Feb 27, 2011

wujud ke istilah nasib tidak menyebelahi diri ku??

alkisahnya berlaku minggu lepas,,
selesai kemas bilik, ada la carpet yang size macam sejadah ni,,,lepas vacuum carpet tu,jemur la kat bawah cahaya matahari untuk beberapa hari..mengharapkan hujan turun..malangnya hujan tak turun2..kalau turun pun renyai2 sekadar melembabkan carpet sahaja...pagi tu lipat la balik carpet tu..tiba-tiba hujan lebat kan..dalam hati
"emm takpe lah esok pulak la jemur lagi"
selepas jemur pagi esoknya malangnye seminggu tak hujan so semalam angkat carpet dan basuh dalam mesin basuh lagi senang sebab cuaca pun panas insyaAllah kering la kalau jemur hari ni...
malang sekali lagi,,malam tadi sampai malam ni hujan non stop,,dari lebat ke renyai semua stage pun ada..alahai...busuk la carpet macam ni...apa la takdir ku..huhuhu...

kisah ni berlaku hari Jumaat minggu lepas, di ruangan tutorial,,kami berlima dalam group ni..tengah semangat ni berbahas..tiba-tiba dalam ruangan ber air-cond sesegar hijau daunan tiba-tiba semerbak bau dot dot dot ..dalam hati ni menjerit
"woittt sape kentot ni busuk huwaaaa !!!"
ok la kalo sekali boleh faham..lepas tu beberapa das tembakan lagi dilepaskan ke udara..ada sampai 5kali...sampai diri rasa nak pengsan...kot ye pun tahan la cik adik oiii,,,,orang cam nak termuntah kat situ....rasanya semua orang pun pernah hadapi situasi macam ni tapi tahan la...da la cuma berlima dalam ruangan tu..nak teka siapa yang melepas tu ketara sangat..huhu..harap tak kn hadapi lagi keadaan camni...

oo ye,,lagi satu,,
tadi lepas makan pergi baring meniarap depan laptop..tak lama lepas tu pening,,,acha pulak potpet kata "tu la tadi kita suruh duduk taknak bla bla bla",,,so at last terkulai layu dah la cuaca sejuk..sapu la minyak kapak kat kepala n badan..botol minyak kapak tu selit sebelah bantal...lepas tu tidur,,bangun-bangun je tadi rasa telinga n kepala sebelah kanan berangin semacam..abaikan jelah...pergi masuk toilet ambil wuduk nak solat isya'...part basuh muka n telinga mak aihh sejuknya!!!!...masuk balik bilik...check teddybear yang menjadi alas kepala masa tidur tadi....habis bau minyak kapak tertumpah...sekian...

Feb 26, 2011

_menu hari ini ialah???_


menu hari ni memang menu yang dah lama diri ni ngidam nak masak
(gambar semua dicilok malas nak ambil gambar hahaha XD )


ayam masak lemak cili padi

+

jantung pisang rebus

+

sambal belacan (menu yang tak boleh terlepas kalau makan masakan2 macam ni)

=
sentiasa tersenyum kepuasan


JANTUNG PISANG
bila tengok je jantung pisang rebus mengingatkan ku terhadap arwah moyang yang dah dijemput kembali ke Tuan nya 12tahun lepas,,waktu tu saya dan adik beradik tinggal dengan nenek di kelantan selama setahun iaitu pada tahun 1995 (waktu ni berpisah dari parents sebab mak nak cari penghidupan di selangor dan ayah masih berada di Liverpool )...rumah nenek dan rumah moyang berjiran je so sering main-main di situ...
1 hari tu,,arwah moyang tunjuk kat saya
"maryam,,makan la ni..sedap...makan dengan sambal belacan lagi sedap"
"ape tu tokcik??cam pelik je"
"ni nama dia jantung pisang..tp jantung pisang yang ni tokcik da rebus"
lebih kurang camtu la conversation nya
sejak tu baru maryam kenal apa itu JANTUNG PISANG
tinggal kat England selama usia 7tahun tak pernah la tengok kan orang makan jantung pisang ni..
rindu dengan arwah...

SAMBAL BELACAN
ok dengan jujurnya rasanya ni 2nd time kot sejak tinggal kat sini buat sambal belacan yang ditumbuk....malas sangat la nk tumbuk sambal belacan nih..sedap tapi tak tahan gatal kalau cili dah start melayang ke tangan...kalau kat Malaysia, selalu ibu rajin buat sambal belacan..maryam rajin makan je~kadang2 ibu selalu mintak tolong buat sambal belacan...sebolehnya diri ni selalu mengelak..pernah sekali tu memang takde mood nak menumbuk so merayu la kat ibu
"ibu,,plzz,,anything except tumbuk sambal belacan~ibu nak mrym kemas rumah ke masak ke mrym xkisah tp plzzz xnak tumbuk smbl belacan" (dengan nada minta simpati)




ishk3,,,anak apa la macam ni,,tapi takpe,,,mudah-mudahan ibu tak terasa dengan maryam...risau sangat..,,tapi maryam rasanya jarang/tak pernah menolak permintaan ibu untuk buat apa-apa kerja malah tanpa disuruh maryam akan buat dulu
(angkat bakul sendiri jap)~..jadi ibu ok kot kalau bab sambal belacan nih~
(tetap takde la rajin mana = merendah diri balik)

semuanya berlaku semasa maryam berusia 15tahun dan merasakan diri hampir kehilangan seorang ibu jadi selepas tu tak nak nampak ibu sedih/marah dah...buat je semua kerja tanpa merungut,,yang penting rumah kemas, perut semua kenyang, ibu bahagia dan saya pun bahagia =)

p/s : ibu dah mesej tanya mrym bila nak balik tolong masak , kemas rumah dan jaga baby .. sejak ada cucu kedua ni ibu dah xcukup tangan..belum cucu ke 4,5,6 lagi tu...hehehee~bulan 4 ni mrym balik la XD
tak sabar nak jumpa Sumaiya dengan Qhadija^^


Feb 24, 2011

anak buah ke2




alhamdulillah,,
segala puji bagi Allah,,,
akak selamat melahirkan baby girl,,,
Nur Sumaiya nama diberi seberat 4kg selamat ditemukan dengan dunia...mudah-mudahan jadi serikandi islam seperti nama nya,,,Nur Qhadija dan Nur Sumayyah,,2nama seperti yang diinginkan oleh ibu ku,,pejuang islam,,,tambah Nur didepan sempena nama ibu mertua sebelah suami,,

nampaknya nenek saya kempunan nak cicit laki-laki~semua pun berderet cicit perempuan,,hehehehe,,,

TIBA-TIBA RASA SANGAT HOMESICK !!!
NAK BALIK MALAYSIA DAN MENATAP WAJAH-WAJAH COMEL YANG SAYA RINDU!!!!!!

Feb 21, 2011

Tips Nikah Kahwin | iluvislam.com


Tips Nikah Kahwin | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

lagi...dan lagi....

kenapa la ada ayah yang suka jadi stalker dan sound anaknya ini tak betul itu tak betul kat muka buku..geli hati pun ada..nanti da jadi parents baru tau kot macam mana perasaan tu^^

semalam dapat cerita x-president Tunisia, Ben Ali dah meninggal dunia...kalau betul innalillah... pandai-pandai la tanye Mr. google,,,depress orang tak nak kat dia + post power syndrome kot...

dan dalam 3hari lepas..malam tu dah plan ramai2 gi kat cafe yang baru di buka...dah sampai tempatnya dah pun,tapi disebabkan malu yang amat sangat sebab tempat tu agak "class" gitu + pakaian : seluar track,tudung pun ada koyak ckit+baju port dickson+selipar bata yang mcm selipar jepun + nampak orang yang datang makan kat situ pakaian smart habis, maka saya dan kawan (acha) cabut balik dan tinggalkan yang lain di sana terkapai2 (sori),,tension tau~lepas tu kami dah taubat tak nak pakai selekeh~hahaha~malas la nak jaga penampilan kat sini...(balik tu cerita dekat kakak senior, dia tergelak2,,hehe,,)

dalam perjalanan balik, tiba-tiba perasan gerai yang jual sate padang favourite mrym buka juga akhirnya...lama jugak diorang tak berjualan....gerai ni dimiliki oleh sepasang suami isteri,,suami dia biasanya akan tolak gerai dari rumah ke rumah dan isteri dia akan jaga gerai lagi satu kat tempat yang mrym biasa beli ni,,,tapi kali ni cuma nampak sang suami je...mrym try la beramah mesra dengan bapak ni,,,

"pak,kok udah lama gak berjualan?"
"ya,,kelmarin tu isteri saya meninggal makanya ga berjualan"
"oooo" (speechless)...tiba-tiba "ehh,,ibu yang selalu berjualan disini kan pak????"
"iya nak,,dia meninggal pas melahirkan..anaknya alhamdulillah selamat tapi isteri saya sempat koma,,dia tu udah dibilang sama doc supaya operasi aja...tapi dia ga mau,,,"

ceritanya isteri dia ni asma tapi menolak untuk melahirkan anak cara caeser,,,muka suami dia nampak frust time bercerita...suami mana tak sayang isteri...balik rumah teringat balik kenangan dengan ibu tu...mrym selalu pesan kuah sate lebih kalo dengan ibu tu..ibu tu tak pernah lokek..memang antara peniaga yang murah senyuman manis...ibu tu dalam awal 30-an...orang kata dah ajal...kalo operate mungkin juga akan meninggal..ntah la...benda macam ni tak boleh terlalu difikirkan...tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...mudah-mudahan ibu tu bahagia di sana....
-Al-Fatihah-

setenang air di takungan...

dah 2malam maryam tak dapat tidur...

semalam hati resah selepas dengar kata2 dari ibu,,tapi selepas solat tahajud dan istikharoh jiwa jadi setenang-tenang air yang tidak diganggu...itu ke petunjuk dari Dia?...Dia lebih tau yang mana terbaik buat maryam...

hari ni pula due date akak...bakal dapat anak buah kedua...akak dan along saja main teka teki dengan kami semua tentang jantina anak buah kedua ni~tapi ramai yang kata anak lelaki sebab perut tajam~akak pun nampak lebih cantik berbanding masa mengandung anak buah pertama Qhadija...apa-apa pun maryam harap semuanya selamat...tapi kalau anak buah lelaki dah tak comel macam Qhadija la,,ishk3..

habis la Qhadija tak boleh manja2 cam selalu~tapi kalau dapat baby boy untung la Qhadija,,atok sayang dia lebih...hehee,,,

hari ni start sem baru...sedang menunggu jadual untuk blok nutrisi dan pencernaan,,selepas 7 minggu around 8april dah boleh fly balik malaysia jumpa anak buah ,,,tak sabarnya ^^ tapi bakal busy menguruskan visa,,malasnya nak pergi kedutaan indo kat malaysia....

Feb 16, 2011

saya suka dan saya xkisah apa orang nak kata^^


tadi keluar berjalan ramai2 pergi kfc pukul 9.30pm sampai kul11.30pm~ni memang sindrom bosan tahap max sebab ada cuti lg 5hari before start sem baru...
on the way balik, singgah kedai wahyu...tiba2 nampak 1rak cumel,,,excited jap...
dengan kesedaran penuh, saya gi beli beberapa barang seperti di bawah :
1. colouring book
2. pensil warna LUNA
3. belon


siap ade sticker tu KAWAYIIIIIII!!! ~^^~

perhatian : semua ni untuk saya bukan untuk anak buah saya
semua ni membangkitkan memory2 masa kecik2 dulu..rindunya ^^
nanti balik malaysia belikan untuk anak buah pula ~

Feb 15, 2011

alah bisa tegal biasa

pada tahun 2008,,maka pembantu dekan 1 (PD1) naik pangkat menjadi dekan,,
kerusi pembantu dekan 1 pula di ambil oleh seorang wanita ,Specialist bahagian histo yang kamcing dengan dekan,,
maka ramai malaysian yang mengeluh,,kerana semasa si dia menjadi PD1 pun da terasa di diskriminasi,,,apa lagi menjadi dekan...

kami sentiasa dikatakan dapat mendapat tempat disini kerana mempunyai duit...setiap perkara yang dibangkitkan dari mulutnya seolah2 kami ni loser...seolah2 kami yang teringin sangat nak belajar kat sini..teringat kata2 dari mulutnya "kami tidak memanggil kamu ke sini tapi kamu yang nak datang ke sini "...kami seperti dipergunakan...namun tak siapa boleh lawan kuasa yang di atas...
doa dari mereka yang di aniaya,,maka pada tanggal 30sept2009,,dimana gempa yang terjadi di padang+kondisi kampus yang tidak aman+dijanjikan oleh kerajaan malaysia untuk pulang dan sambung belajar di malaysia maka ramai lah student malaysia yang pulang belajar ke malaysia....dari 300 malaysian students,cuma 100 orang sahaja yang masih setia di padang dengan alasan masing2....alhamdulillah,Allah masih sayangkan dekan..masih nak tunjuk siapa sebenarnya yang lebih berkuasa dan siapa yang lebih memerlukan...setelah kejadian itu, dekan siap bagi surat untuk memujuk malaysian student pulang ke padang,,,dan dia nampak lebih prihatin selepas tu dengan kami...panggil buat perjumpaan tanya apa masalah semua (tu pun sebab kejadian selepas gempa)...tapi kami semua seperti "lantak ko lah,hati ni dah sakit"...saya pasti,ramai malaysian student di sini hanya berfikir untuk belajar, habis cepat n pulang ke tanah air secepatnya...
ni hasil dari senior malaysia...tak ingat apa peristiwa time ni tapi rasanya ada gab 2hari je antara raya aidilfitri dan christmas tapi tak nak bagi cuti...pada hal x terfikir ke diorang, kami semua ni bukan tinggal di padang..semua dari kota yang sangat jauh...tambang tiket lagi..ingat murah ke semua tu...fikir la....
mereka memang gemar mengugut kami..selalu...kalau mintak sekali takpe jugak..ni tiap masa mintak..ingat kitorang berniaga mesin fotostat ape tiap masa nak fotostat untuk korang benda yang sama all over again...

nampaknya semua ni tidak berhenti setakat ni,,,setelah belang sang suami mulai surut,,sekarang belang isteri nya pula yang tampak...saya ingat kan cuma beberapa orang je yang tak suka kan dia,,,rupa2nya 1batch tak suka kan dia...masa blok20 hari tu, ada group yang dapat sang isteri (dikenali dengan PD4 coz lagak kalah pembantu dekan yang lain) ni sebagai instruktur OSCE..malangnya,cume beberapa orang sahaja yang lulus setelah exam beberapa kali dengan dia dan selebih 40 orang di fail kan...yang peliknya, anak2 doc yang exam dengan dia diluluskan pula...ada nampak bias tak kat situ...


"dekan dan sang isteri mempunyai seorang anak angkatan 2006 yang sedang clinical di hospital,,kalau diorang wat perangai dengan anak2 doc lain bermakna anak diorang yang tengah clinical tak kan selamat kerana bakal di fail kan,,,faham tak situasi ni....bermakna, kami yang bukan siapa2 di sini bakal menghadapi tantangan yang lebih hebat dari mereka...."


kalau dulu cuma kami yang ditindas,,,,sekarang korang pula rasakan apa yang kitorang rasakan dahulu...bukan senang nak belajar kat tempat korang ni,,,,memerlukan kekuatan mental...dengan media yang suka memburukkan malaysia lepas tu kami seperti di perli oleh beberapa pihak...rasanya kalau boleh di sukat air mata sejak datang sini, melimpah dah kot dari takungan...maka mereka yang memandang rendah pada kami pelajar malaysia yang belajar di sini, fikir2 kan lah...semua ni bukan mudah...belajar sama2 belajar macam tempat lain,,,tapi nak bekerjasama dengan mentality orang macam ni sangat susah...kata kami memujuk hati "takpe,kita semua bakal jadi doc yang kuat dari segi mental"...rasanya semua ni cuma berlaku di padang,,sebab bila tanya student2 yang belajar di serata indo,xde pula masalah macam ni....sebab tu padang xboleh buat twinning program dengan Uni kat malaysia,,,susah nak deal dengan orang2 seperti ini....lagi pun, student medic padang baik sangat..pernah tengok news kat jakarta..ada 1Uni yang dekan dia suka buat hal...lepas tu student protes sampai dekan turun takhta....

mudah2an Allah bagi hidayah kat orang2 seperti ni...hidup kat dunia tak lama...bukan selamanya korang pegang kuasa tu..kuasa tu cuma amanah sahaja...maka jaga lah amanah tersebut baik2...jangan sampai kami menuntut hak kami di sana kelak....

orang baik/jahat mana2 boleh jumpa...walaupun saya tak sabar nak jadi PR tetap malaysia, padang tetap akan menjadi kenangan suka duka saya :) ditemukan sahabat2 baik dari malaysia mau pun indonesia.. dengan pembimbing akademik saya Pak Endrinaldi yang concern dengan pelajaran dan masalah saya,,,semua tu kenangan berharga buat saya :) plus,saya sangat bersyukur mempunyai ibu yang sentiasa memberi semangat kepada saya dan sentiasa menyokong saya :)

i LOVE RAsullullah

Selamat Menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW

setiap kali menyambut Maulidurasul, mesti teringat 1kejadian yang sangat memalukan,,
dulu time sekolah,,memang teringin sangat la nak berdiri atas pentas buat persembahan nasyid,,memang teringin sangat tapi sebab diri ni sangat la pemalu so angan2 tinggal angan2,,lagi pun xde band nasyid perenpuan kat sekolah time tu,,,

tahun 2005 telah mencatat sejarah dalam hidup ku
,,budak2 1st year perempuan gi pujuk cikgu untuk adakan band nasyid perempuan,,selaku senior time tu,saya pun menyelit la masuk untuk 1persembahan nasyid sempena menyambut maulidurasul,,,nak dijadikan cerita, ada 1part nasyid tu saya jadi solo,,memang dah bersiap pun,,tulis lirik atas tapak tangan takut gugup,,okeh memang sangat memberangsangkan sebab ternyata saya memang cam tak betul masa jadi solo tu,,sambil nasyid,tangan sebelah pegang microphone tangan lagi sebelah bukak lirik,,haha bila ingat balik cam kelakar,,turun dari stage,,,kawan2 perempuan puji kata suara sedap (rasa bangga la kejap,,nak jugak selit ayat ni kan,,,tak budget tol mrym XD ),tiba2 datang 2orang budak laki "maryam sedap gile suara ko",,tetibe terkedu,,time tula baru terfikir dosa yang baru dilakukan+berapa banyak lelaki yang mendengarkan suara ku di dalam dewan tadi tu,,suara perempuan adalah AURAT dan tetap akan menjadi AURAT,,,lepas dari tu memang taubat,,,tak nak nyanyi/nasyid dah di depan khalayak ramai,,biarlah jadi sejarah..orang kata
"once in a life time"

ibu yang hadir masa sambutan tu pulak kata "ibu rasa biasa je maryam nasyid,maybe coz dah selalu bising rumah dengan suara maryam tapi nampak mrym bukak tapak tangan nak baca lirik tadi"~(sangat memalukan haha)

ini lah lagu yang disembahkan time tu,,senang je pun,,tapi ntah la,,lawak pn lawak,,1rangkap lagu pun kena tulis lirik,,saya memang darah gemuruh...harap maklum,,


Rasulullah

Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

{{ Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu }}

(time ni saya nyanyi solo,sampai sekarang ingat)

Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
------------------------------------------------------

saya harap generasi2 akan datang tidak ditelan arus kehidupan dunia sampai melupakan pengorbanan Nabi junjungan kita dan hanya mengingati Baginda hanya pada hari ni sahaja..
biarlah sambutan itu setiap hari dan amalkan lah selawat setiap kali menunaikan solat...mudah-mudahan beroleh shafaat di sana kelak :)

Feb 14, 2011

package lengkap

alhamdulillah,,,hari ni telah dilalui dengan separuh jaya nya~
macam2 perkara berlaku walaupun hari belum senja,,
goodnews dan badnews sentiasa bermain dengan hidup,,,

untuk hari ni dapat 1package lengkap,di mana

goodnews :
1. result blok21 dah keluar n ramai lulus termasuk mrym..
2.kawan yang baru balik dari malaysia tolong bawakkan barang2 yang dipesan,,

tapi,,badnews nya ialah :
1. dah pesan kat kawan nanti kek lapis sarawak yang di pos laju ke rumah dia tolong simpan dalam FRIDGE.malangnya disebabkan fridge dia penuh dia letak kat lua selama 5hari,,,buka kotak tadi dah berkulat!!!!stress sangat,,bukan murah,,,sebab sayang duit dah labur,,buang bhgn kulat kat luar je,,,dari 4 cume yang ni je nampak cantik,,

tapi tetap, tekstur kek dia tidak sesedap yang dibayangkan,,membayangkan kek lapis sarawak yang basah2 manis lemak,,,hurmmm...hari tu kakak gi sarawak n belikan kek lapis sarawak jugak tapi orang rumah xmasukkan dalam fridge..end up mrym balik malaysia n kek dah berkulat,,,pisang berjaya berbuah 2kali~,,bukan rezeki ku,,

2. junior batch 08' yang balik padang setelah cuti mid sem seminggu di malaysia bengang sebab koordinator blok13 tak tahu hari ni exam ulangan untuk paper nutrisi & pencernaan..hehe..kalau tak diorang masih tengah enjoy kat malaysia sekarang ni..wat penat je balik awal..

3. ni yang paling penting,,,exam ulangan paper indra khusus SUSAH GILE!!!!!!
banyak gile 1soklan 1scenario n 100minit xcukup untuk 100soalan wehh!!!apa da nye koor kesian la kat kitorang huwaaaaaaa!!!!dah la soalan critical nya kena fikir...harap2 lulus la semua orang...tak sanggup repeat blok pulak.....mudah2an kami semua lulus...amin amin amin....

so secara keseluruhannya tinggal tunggu result blok 19 lagi...overall da clear kecuali 1 blok...minggu depan start new sem...dalam 4bulan lagi exam untuk masuk clinical pula,,,harap2 semua jalan dibuka seluas2nya~

SAYA TAK SABAR NAK JADI PERMANENT RESIDENT KAT NEGARA SENDIRI!!!!!!!==''

Feb 13, 2011

MARYAM, IBU & EXAM

yessss~saya sangat bahagia~
esok exam ulangan untuk paper indra khusus~
dan baru tadi mesej ibu kerana rasa RINDU~


tapi ini balasan dari ibu~uhh uhhh~ibu~mrym mesej tu tulus mulus
ikhlas dari dasar hati mrym bukan sebab 10sen ishk3 ~

kesimpulannya : kasih sayang bukan dari kata2 tapi dari perbuatan aka praktikal
tapi sebab jauh so tak dapat nak praktikkan~yang mampu cuma dari kata-kata~
hehehe ~^^~
saya sayang ibu saya!!!!!!!

hari kiamat


video "gambaran hari kiamat",,,untuk dikongsikan bersama,,,mudah-mudahan ambil pengiktibaran....kerana manusia itu mudah lupa....kena sentiasa di ingat2 kan selalu....






Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1.Hari Kiamat,
2.apakah hari Kiamat itu?
3.Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu?
4.Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu yang bertebaran,
5.dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan.
6.Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya,
7.maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan.
8.Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya,
9.maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.
10.Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?
11. (Yaitu) api yang sangat panas.

Al-Qur'an
Al-Haqqah (Hari Kiamat)

13 Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup, 14 dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur. 15 Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat, 16 dan terbelahlah langit, karena pada hari itu langit menjadi lemah. 17 Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ArsyTuhanmu di atas (kepala) mereka. 18 Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatu pun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah).

Feb 12, 2011

'Dream come true'


alhamdulillah akhirnya suara rakyat mesir telah berjaya membuat hosni mubarak, presiden mesir turun dari takhta..pasti menjadi igauan dan mimpi buruk sepanjang hayat dia....moga dia diberikan hidayah selepas ni..tua dah pun ^^ kepada rakyat mesir, tahniah,,usaha anda semua tidak sia2.. lepas ni pandai2 la korang pilih pemimpin untuk dapat hidup aman dan damai..bestnya mereka yang dapat hidup time zaman Rasullullah n para sahabat kan....

__________________________________________________

sumber : aljazeera.net

Hosni Mubarak, the Egyptian president, has resigned from his post, handing over power to the armed forces.

Omar Suleiman, the vice-president, announced in a televised address on Friday that the president was "waiving" his office, and had handed over authority to the Supreme Council of the Armed Forces.

Suleiman's short statement was received with a roar of approval and by celebratory chanting and flag-waving from a crowd of hundreds of thousands in Cairo's Tahrir Square, as well as by other pro-democracy campaigners who attending protests across the country.


After the announcement, he drove past Mubarak's former palace, where crowds cheered him. He stopped briefly to thank and hail the pro-democracy campaigners before driving in.The top figure in Egypt's new regime is now Field Marshal Mohammed Hussein Tantawi, the country's defence minister.

In its third statement to the nation since Thursday, the Supreme Council of the Armed Forces said it was examining the situation "in order to materialise the aspirations of our great nation".

The statement said that "resolutions and statements regarding the ... actions to be followed" in order to achieve the demands of the people will be handed down later.

In the televised address, the spokesman also extended "greetings and appreciation" to Mubarak for his service to the country, and saluted the "marytrs and those who have fallen" during the protests.

'Dream come true'

The crowd in Tahrir responded to Suleiman's statement by chanting "we have brought down the regime", while many were seen crying, cheering and embracing one another.

Mohamed ElBaradei, a leading opposition leader, hailed the moment as being "a dream come true" while speaking to Al Jazeera.

"I can't tell you how every Egyptian feels today," he said. "We have been able to restore our humanity ... to be free and independent".

ElBaradei reiterated that Egypt now needs to return to stability, and proposed that a transition government be put in place for the next year.

The government, he said, would include figures from the army, from the opposition and from other circles.

"We need to go on ... our priority is to make sure the country is restored as a socially cohesive, economically vibrant and ... democratic country," he said.

Ayman Nour, another opposition figure and a former president, told Al Jazeera that he would consider running for the presidency if there was consensus on his candidacy.

He called Friday "the greatest day in Egyptian history".

"This nation has been born again. These people have been born again, and this is a new Egypt."

Amr Moussa, the secretary-general of the Arab league, said on Friday that he would resign from his post, one that he has headed for about ten years, "within weeks". Some analysts say he may well run for the Egyptian presidency when elections are held.

Following Mubarak's announcement, our correspondent in Tahrir Square, said: "Tonight, after all of these weeks of frustration, of violence, of intimidation ... today the people of Egypt undoubtedly [feel they] have been heard, not only by the president, but by people all around the world."

'Explosion of emotion'

Al Jazeera's correspondents across the country reported scenes of jubilation and celebration on the streets of major cities.


"I have waited, I have worked all my adult life to see the power of the people come to the fore and show itself. I am speechless," Dina Magdi, a pro-democracy campaigner in Tahrir Square told Al Jazeera."The sense of euphoria is simply indescribable," our correspondent at Mubarak's Heliopolis presidential palace, where at least ten thousand pro-democracy activists had gathered, said.

"The moment is not only about Mubarak stepping down, it is also about people's power to bring about the change that no-one ... thought possible."

In Alexandria, Egypt's second city, our correspondent described an "explosion of emotion". He said that hundreds of thousands were celebrating in the streets.

Responding to the announcement, Barack Obama, the US president, said his country would "continue to be a friend and partner to Egypt", and would provide whatever assistance was "necessary and asked for".

He said voice of the Egyptian people had been heard, and that Mubarak had "responded to the ... people's hunger for change".

He said that moving forward, the Egyptian military must ensure the rights of citizens are protected, that the state of emergency is lifted, the constitution revised and a clear path created to free and fair elections. He also praised the army's conduct so far.

Catherine Ashton, the European Union's foreign policy chief, told Al Jazeera that the 27-nation bloc "respect[ed] the decision that President Mubarak has taken".

She said the EU wanted to "pay tribute to the dignity of" Egyptians' behaviour at this time, and that Europe was ready to offer its assistance in this transition period in the fields of elections, building civil society and other areas.

The Swiss foreign ministry, meanwhile, has confirmed to Al Jazeera that they have frozen assets linked to Mubarak.

'Farewell Friday'

Suleiman's announcement came after hundreds of thousands of Egyptians took the streets for the 18th consecutive day, marching on presidential palaces, state television buildings and other government installations.

Earlier on Friday, hordes of pro-democracy activists took to the streets in several cities, including Alexandria [AFP]

Pro-democracy activists had dubbed the day 'Farewell Friday', and had called for "millions" to turn out and demand that Mubarak resign.

Hundreds of thousands were seen to have gathered at Cairo's Tahrir Square, which has been the focal point of protests, chanting slogans against the government and expressing their dissatisfaction with Mubarak's statement on Thursday night, when he had reiterated his vow to complete his term.

Hundreds of thousands were also seen demonstrating in Alexandria, where several thousand also marched to a presidential palace there.

Protests were also reported from the cities of Mansoura, Mahalla, Suez, Tanta and Ismailia with thousands in attendance.

Violence was reported in the north Sinai town of el-Arish, where protesters attempted to storm a police station.

At least one person was killed, and 20 wounded in that attack, our correspondent said.

Earlier in the day, protesters had laid siege to the state television's offices in Cairo, accusing the broadcaster of being a Mubarak mouthpiece. The military stood aside and allowed them to surround the building, which had been heavily defended in previous days.

At least ten thousand also gathered outside Mubarak's Heliopolis presidential palace, where our correspondent reported that there was a strong military presence throughout the day, but no indication that the army intended to crack down on protesters.

As crowds grew outside the palace, Mubarak left Cairo on Friday for the Red Sea resort of Sharm al-Shaikh, according to sources who spoke to Al Jazeera.

Army statement

Earlier on Friday, before Mubarak's resignation, in a statement read out on state television at midday on Friday, the military had announced that it would lift a 30-year-old emergency law but only "as soon as the current circumstances end".

The military said it would also guarantee changes to the constitution as well as a free and fair election, and it called for normal business activity to resume.

Al Jazeera's correspondent in Tahrir Square said people there were hugely disappointed with that army statement, and had vowed to take the protests to "a last and final stage".


Feb 1, 2011

hidup untuk exam..


hari ni exam, esok exam, sabtu exam, lagi seminggu exam, lagi 6minggu pun exam..akan datang exam kompre pulak....exam exam exam.....sungguh bahagia bersama exam
...mudah-mudahan semua exam pun lulus tapi yang paling utama,
exam hidup kat dunia WAJIB lulus =)