sejak masuk obgyn ni firasat kata hati ku selalu menjadi kenyataan....ahad ni bakal ke daerah lubuk basung....sendiri....dan bakal menangani patient sendiri.....patient obgyn yang kebanyakannya patient yang nak bersalin.....sambut baby la kita lepas ni....harap teori dah cukup mantap dan kepercayaan diri dah cukup menebal disertai tiada kesalahan dalam handle patient...ameen...
Sesiapun yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukann Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambaNya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkanNya di dalam dirinya.
Oct 24, 2011
Oct 20, 2011
3-2=1=lonely
8/8/08 = merupakan tarikh melepaskan kakak tersayang,,
kini insyaAllah 3/12/2011 bakal melepaskan abang tersayang ke pangkuan bakal isteri,,,ya Allah sedihnya....takde dah abang untuk main2 mintak tolong,,main2 buli,,main2 dibuli macam selalu....semakin dewasa terasa semakin kehilangan....yang ada cuma ibu dan abah tempat bermanja....i miss my childhood.....jadi anak bongsu tak best...
Oct 19, 2011
ragam dunia hari ini
""weh korang,,labuhkan tudung,,,lecturer tu tak suka orang pakai tudung selempang tayang dada" kata seorang student mengingatkan student pmpn yang lain,,setelah itu dari suasana semua student pakai tudung selempang ke belakang semua turunkan tudung supaya menutupi dada...setelah lecturer keluar,tudung direposisikan semula ke belakang menayang dada,,,1 persoalan,,di mana ketakutan terhadap Tuhan yg di atas pula ye?..
.--ragam dunia hari ini--
Oct 17, 2011
CPR
balik tadi lalu IGD atau nama lain instalasi gawat darurat kalau kat msia panggil apa ntah,,huhu,,lalu ruang resusitasi,,,yang biasanya pintu terbuka kini tertutup dan nampak ada ahli keluarga patient menangis...ingin tahu membuat ku pergi ke bahagian belakang bilik dan selak pintu,,,nampak ada seorang lelaki terbaring dengan ada luka2 sikit di kaki sedang dilakukan CPR oleh team doc....kritikal jugak..disebabkan badan letih post on call+sedikit xsihat so xsanggup tengok lama2 dan terus berlalu pergi...otw balik rumah terbayang kalau ditakdirkan terjadi pada orang2 yang ku sayangi...ya Allah mintak dijauhkan semua itu...tak sanggup rasanya ;'(
Oct 14, 2011
pengalaman itu mengajar erti hidup yang sebenar
rupanya menjadi seorang student clinical tidak lah mudah,,berhadapan dengan macam2 ragam residen dan konsulan....seperti tradisi,,yang semakin berilmu merasakan hebat dan yang masih di bawah seperti ^%&* ...apakah maksud memarahi dan menyusahkan itu mengajar atau menghukum?,,,kalau mengajar,perlukah dengan cara itu?....secara psikologis, menyebut perkataan2 kesat itu bukanlah cara motivasi yang baik.....patutlah senior2 selalu kata "kita dah mengalami macam2 disini sebenarnya membuatkan kita mampu bertahan bila balik msia nanti kerana ketidaksukaan doc kt msia terhadap student medic dari indo (diskriminasi)",,,alhamdulillah walaupun migrain hari ni tapi hati terasa kosong,,,,,kalau dulu mrym sentiase cepat terasa bila dimarahi tapi bila sekarang, lupakan jela....apa nak jadi pun jadi je lah....cuma mampu berusaha, berdoa dan terus berdoa...hasil = redha ....kalau dimarahi kerana kesalahan tak apalah,,tapi bila dimarahi bukan kerana kesalahan?....sangat menyebalkan....
tapi tak semua macam tu,,,,ada je yang baik...tapi bila terkena dapat yang macam tu...astaghfirullahaladzhim......mudah2an cepat selesai belajar di sini...5tahun tidak menetap di malaysia membuatku terlalu rindu dengan family dan rumah....
insyaAllah bila suatu hari nanti saya berilmu seperti mereka,saya akan buat yang terbaik untuk orang yang di bawah...ameen...
Oct 6, 2011
pengalaman oncall di obgyn pada hari pertama^^
alhamdulillah sedang menjalani posting obgyn dengan bahagia~1st day di obgyn lepas tarik undi terdapat oncall untuk 1st day..memang sangat menyedihkan sebab dah plan macam2 yang nak dibuat hari tu terutama gi tukar duit rm-rp,,dengan rasa pasrah lalui je hari tu...pengalaman yang tak dapat dilupakan....
start jam12am,,3patient masuk...patient pertama bernama S,,tanda2 inpartu dan tunggu masa je..melihat patient tu mrym dan kawan rasa lembik~hehe~siyes....rupanya tak mudah melahirkan lagi2 anak pertama,,,nampak la si ibu mengerang2 sakit dalam nada rendah,,benarlah seorang wanita itu sangat tabah....mrym masa tengok je perempuan tu asyik mengadu sakit + merasakan kontraksi uterus dari dinding abdomen memang rasa ya Allah macam mana aku nk beranak suatu hari nanti,,mampu ke aku menahan kesakitan hebat seperti di depan mata ku sekarang ni....tibalah waktu di mana luas bukaan servix mencapai 10cm dan semua team yang oncall dah berada di ruangan...dengan memberi semangat kat si ibu maka proses melahirkan pun bermula....mrym diminta tolong jaga bahagian kepala patient....saat ni sangat x best sebab xdapat tengok live kepala baby keluar...sambil memegang bantal di kepala patient,,memberi minum saat patient da xbemaya,,lap peluh patient,,memberi kata2 semangat...rupanya x sia2 jaga di bhgn kepala,,hehe,,,sekali tu si ibu da penat meneran tapi baby keluar sikit dan masuk lagi ke dalam...akhirnya si doc gi gunting bukaan kemaluan supaya lebih luas..si ibu nampak memang dah sangat penat...mrym dari di posisi hanya menonton terus kembali di bahagian kepala, mendekatkan bibir mrym di telinga si ibu dan mengurut lengannya sambil memberi motivasi "IBU TETAP SEMANGAT!SEDIKIT LAGI BU!!" tak kusangka ibu tu dari nampak lemah terus mata dia melirik ke mataku dan terus meneran buat kali terakhir sambil doc residen lelaki menolak perut si ibu dan tadaaaaa bayinya keluar disertai sorakkan dari semua team yang membantu persalinan pada hari tu~lepas dari tu semua ketawa2 sebab doc yang tolong tolak baby dari atas katil tu tak nak beganjak dari katil si ibu lagak seperti seorang suami pula,,hehe,,si ibu dari awalnya menahan kesakitan kemudian tak putus asa meneran sebab dikhuatiri baby meninggal dan akhirnya melihat anak di atas perutnya terus tersenyum gelak ketawa,,bila ditanya "ibu masih sakit?",,dia jawab "tak" sambil tersenyum melihat baby pertamanya..
di kala ni terbit perasaan ..
subhanallah,,sesungguhnya Engkau memberikan kesakitan yang maha hebat kepada wanita ini tapi dalam sesaat Engkau mampu menghilangkan kesakitan ini dan menggantikannya dengan kebahagian....betapa indahnya ciptaanMu....
masa tengah obesrvasi patient kedua yang asyik menangis sebab tak tahan sakit tiba2 dikejutkan dengan team oncall yang kelam kabut,,bila tanya rupa2nya ada patient ke3 masuk dengan komplikasi membabitkan nyawa si ibu,,,
si ibu berusia 24tahun,,menderita kelainan jantung,,pernah dinasihatkan supaya tidak mengandung tetapi naluri seorang ibu untuk punya anak tak siapa mampu menghalang,,,dah la mengandung,tak pernah control ke doc,,datang dengan sesak nafas....patient dilakukan tindakan persalinan dengan forsep..ok ni kali pertama tengok alat forsep ni,,rpanya forsep itu cm sendok yang sangat besar~
chief residen malam tu "JANGAN MENERAN KALAU TAK NYAWA KAMU DALAM BAHAYA,,""OK TARIK NAFAS DALAM2",,,semuanya berjalan dengan sangat cepat,,dari memasukkan forsep digunting dan dikeluarkan baby (beza dengan persalinan awal tadi yang memakan waktu yang lebih lama),,,setelah baby keluar,, "JANGAN JANGAN MENERAN TARIK NAFAS LAGI",,memang saat yang sangat genting,,,antara hidup dan mati...plasenta dikeluarkan dengan hati2,,darah banyak keluar macam biasa...tapi si ibu masih mampu tersenyum,,,
ya Allah,,ibu ni kerana naluri wanita nya yang sangat kuat sanggup menggadaikan nyawa untuk ada zuriat,,nyawanya benar2 ditaruhkan...hebatnya wanita ini...walaupun dalam kesakitan tapi masih mampu tersenyum....
setelah persalinan selesai,,,ibu tu tetap diruangan tu,,di observasi terus tekanan darah,pulse,urine tiap 15minit dan itulah pekerjaan ku..kondisi ibu tu sangat lemah,,sedih tengok,,tiba2 dia kata,, "nak minum,,haus" sambil tersenyum,,luruh hati ni tengok....huwaaaaa benarlah kata ibu..mrym orangnya tak boleh tengok orag yang sakit..mesti nak buat yang terbaik....bila tanya doc residen dia kata ok tapi jangan banyak2 sebab patient xstabil...mrym cari keluarga patient dan minta air minum dan bagi ibu tu seteguk sambil pesan "ibu minum sedikit je ye,,sekadar basah mulut,,doc xbagi minum banyak",,ibu tu patuh je...terbit rasa sayang dan kagum...petang tu jenguk tengok ibu tu masih di ruangan sama...pergi tegur dan dia tanya tentang baby dia,,rupanya dia belum tengok lagi baby..."ibu jangan risau,,baby ibu alhmdulillah sihat,,nanti ibu dah stabil sikit kita bawak baby ibu ke sini,,sekarang ibu istirehat biar cepat sembuh"....ibu tu senyum dan angguk...besoknya pun ibu tu masih di tempat sama...mrym sekadar melewati ruangan tu dan senyum kat patient tu,,ingatkan dia tak perasan..rupanya dia nmpk dan membalas senyuman ku...hari ni tak sempat lagi jumpa..harap2 nanti bila jumpa ibu tu sabtu ni baby dah ada di sisi dia....
tak rugi belajar medic...banyak keindahan ciptaan Allah yang mrym dapatkan walau baru posting ke3...benarlah wanita itu makhluk ciptaan Allah yang sangat hebat...sanggup pertaruhkan nyawa demi anak2nya tanpa memikirkan risiko pada dirinya....bermati2an untuk memberi kehidupan pada anak2nya...pada awalnya melihat sebagai suatu kesakitan,akhirnya mampu membuka hati ku untuk melalui nya suatu hari nanti insyaAllah....
seperti kata ibu ku
"kalau semua perempuan boleh tak kan mrym xboleh"
dan seperti kata doc specialist bedah lelaki
"saya pelik dengan wanita,,,mereka boleh beranak sampai bepuluh2 anak,,macam isteri saya,,saya tengok sakitnya dia bila nak beranak,tapi anak dah 4orang..xserik2 walaupun sakit,,cuba tengok orang lelaki,,korang yang lelaki2 ni nak tak disunat kali ke2?" jwpn student2 laki "taknak sambil ketawa",,
sekian^^
p/s bahasa tonggang langgang,,nnt2 la edit,,,
Subscribe to:
Posts (Atom)