Sesiapun yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukann Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambaNya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkanNya di dalam dirinya.
Nov 30, 2011
kek atau steamboat?
4box d obgyn telah selamat di jalani,,setelah result telah ditayangkan..ternyata ada 1box fail..bukan kehendak ku....semuanya memberi ku pengajaran...JANGAN PERNAH MENGHARAP KEPADA ORG LAIN WALAUPUN DIRI DALAM KESEMPITAN..KENA JUGA BUAT SENDIRI....itulah pengajaran buat diri ku...fail kerana tugasan lambat sampai hantar ke tangan konsulan...bukan kerana nilai tidak bagus...dan nilai ku untuk lulus beza cuma 1markah sahaja...frustnya mintak ampun tapi hati dah redha sejak tau ibu tu tak terima...dah sbagi tugasan 2hari before ke daerah, sibuk dengan exam...main pas kat kawan dan akhirnya smpai lambat ke tangan konsulan pada hal kawan lagi sorang pun sama tapi dia punya diterima sebab jejak tangan jelas sedangkan kepunyaan saya tidak jelas.....ibu tu TAKDE ORGAN tu je yg saya tau....bukan dia tak tau keadaan kami...biar Allah je yang mengadili...
dan alhamdulillah semua urusan surat dari kampus berjalan dengan lancar..dah dapat surat izin...surat perpanjangan jpa pn dah dapat tinggal nk post je....dan esok nak balik malaysia yeahhhhhh~rindu sangat dengan ibu abah ,,,,,,manusia yang paling berharga dan berjasa dalam hidup mrym`,,,
dapat mesej dari ibu tadi,,,
'mrym nk mkn steamboat ke utk birthday?or beli kek aje?abah banyak keje.ibu kasihan abah penat nak keluar mlm2,luv u' jawapan ku ringkas 'kek dah cukup + 1hepi family'..love u all soooooooo muchhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Nov 23, 2011
tolong permudahkan semuanya ya Allah...
Nov 21, 2011
19-11-11
Nov 20, 2011
penat..
sila jangan rasa ngeri,,,,baby ni dah meninggal 2hari yang lalu dalam rahim ibu nya,,berusia 26-27minggu~takpelah dapat tolong mak dia kat akhirat sok insyaAllah....
balik rumah dah berazam bereskan rumah yang kurang dapat perhatian sejak pulang dari daerah...alhamdulillah dah beres,,,dapat tidur 2jam kemudian dapat mesej dari bos kelab umno padang mintak update account kelab umno ...study pun tak habis lagi per satu satu kerja datang...nasib la jadi bendahari yang sering sibuk....dah mintak letak jawatan tapi kata bos tiada pengganti yang boleh dipercayai selain diriku,,sampai hati....perut lapar...mata dah penat....NAKK CUTIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!oh ye,,sebelum balik rumah pagi tadi sempat kacau baby kucing ni sebab cumellll sangat^^
Nov 14, 2011
2minggu di lubas,,,,
Oct 24, 2011
daerah...daerah.....cepatlah berlalu pergi...
Oct 20, 2011
3-2=1=lonely
Oct 19, 2011
ragam dunia hari ini
Oct 17, 2011
CPR
Oct 14, 2011
pengalaman itu mengajar erti hidup yang sebenar
Oct 6, 2011
pengalaman oncall di obgyn pada hari pertama^^
Sep 30, 2011
genap 2tahun,,
yehh yehhh dah habis~
Aug 31, 2011
salam eid mubarak 1432H =')
Aug 22, 2011
sesi perbualan dengan abah
Aug 18, 2011
KKN 1
sudah 6hari berlalu sejak pulang dari kkn..kkn=kuliah kerja nyata,,dimana kami seramai 18orang dari 13fakulti yang berlainan dari UNAND ditempatkan di desa kolok mudik, kec barangin,sawahlunto yang jauh dari kota padang selama 31hari untuk menjalankan program2..mengimbau kembali detik2 sebelum ke kkn,,,,,
awalnya, perasaan bosan memikirkan harus ke sana… dah la dapat partner dari kesihatan masyarakat budak laki yg no. student 001 (student jemputan yg paling terer,,cam menakutkan)..kkn,,dari cerita senior kkn tak best,,,mungkin kerana mereka dapat versi 2bulan,,,kkn selama 31 hari just nice untuk buat semua rapat…. Ternyata setelah kkn,1001 macam kenangan yang diraih membuatkan semua merindukan suasana kkn…kenangan masak bersama2,makan bersama,solat berjemaah bersama sampai dapat title suami isteri, melawak dan tertawa bersama, merajuk bersama, main2 bersama,tidur bersama (dengan adik2 perempuan),dan yang paling best sebab student2 yang bersama ke sana menghormati diri ku sebagai kakak mereka dan semuanya sangat supportive,,,takde istilah dengki2..semua kerja dibuat atas dasar sukarela,,tiada unsure paksaan,,,
mengingat kembali ,,waktu awal2 sampai di rumah nenek Yulinar,,hari pertama memang agak shocked,,,,pakai air telaga,tiada pili air, dapur pakai dapur kayu,nasib baik ada jamban (jamban kat belakang rumah),,,walaupun keadaan macam tu, tiada yang merungut ,,,bangun pagi 2nd day tu lenguh lengan sebab duk angkut air telaga,,,dan Alhamdulillah diri ku 1-1nya yang survive tak mandi dekat masjid dan bertahan dengan air telaga,,ada juga yang mengeluh baju putih yang dibawa selepas 31hari bertukar kekuningan sebab air telaga agak keruh,,hehehe,,,
pernah ada 1hari tu, makan ramai2,,,ada masak jering,,so ada la insan2 yang bertuah gi makan jering banyak,,selepas tu buang air kecil dekat tepi telaga yang berdepan dengan bilik kami ,,malam tu mengeluh kami ber4 sebab bilik bau jering~penangan jering~ada adik mintak mrym pasang ubat nyamuk lektrek biar wangi sikit bilik,,hehehe,,,
cuaca kat sana situ pulak bila pagi sangat lah sejuk berkabut tapi start jam10 dah mula panas terik,,seminggu pertama semua sunburn,,termasuk diri ku,,,sampai kena kacau kt adik sebilik “muka kakak udah kayak kaliang”,pada hal dia pon sama je ngate orang hahhaha~
dengan kes kecurian pada awal minggu kedua,,,mula2 ada baju dalam adik2 ni kena curi,,2hari kemudian rumah kena pecah masuk ikut tingkap bilik belakang di malam hari masa semua takde kat rumah gi meeting dengan pemuda tempat tu,,memang meninggalkan kenangan la malam tu,,Alhamdulillah tak sempat curi apa2 (maklumlah semua dari kota mesti ramai bawak laptop),tapi yang sempat di curi 2ekor ayam betina nenek,,,semua tetap bertahan tak nak pindah sebab dah serasi bersama…
bersambung . . .
Jul 27, 2011
suara hati ku di malam hari,,
sekian :)
Jul 26, 2011
miracles do exist :)
balik kejap
p/s : setiap hari adik2 tu mintak ukur BP (blood pressure),,nenek tuan rumah pun sama (sebab dia ada hypertension),,ramainya patient,,tiap ari pun ada je yang asyik mengeluh sakit,,ngade2 betul,,hrp dalam 3hari takde kat sane takde la yang mengeluh sakit,,(sepatutnya bukan ke bila ada doc yg asyik tersenyum akan sentiasa rasa sihat ke?),,hehehe,,,dan ada je yang asyik bertanya soalan2 cepumas berkaitan medic,,,fuhh menguji teori~
Jul 9, 2011
KKN
Jun 29, 2011
ibu...mrym sayang ibu....syggg ibu sangatt sangattt...
hari-hari yang busy,,,esok (khamis) maybe presentation untuk bed site teaching,,,balik nak terus pergi imigresen,,,lepas tu siap2 pergi hospital coz oncall,,
jumaat,,
=exam final posting forensic
=hari yang mendebarkan,,
=hari untuk ibu bakal di operate kali ke6 dalam hidupnya...(3kali melahirkan,2kali coz ovarian cyst dan kali ke6 sebab hernia)
ya Allah,,Engkau permudahkan lah semuanya....mrym xsanggup tengok ibu sakit lagi....
pada tahun 2003,,
kira2 3bulan sebelum PMR,,
ibu ku yang telah di diagnose dengan ovarian cyst sudah tidak tahan lagi dengan kesakitan yang dihadapinya,,,
lalu kami membawanya ke hosp tengku ampuan rahimah...dengan patient yang ramai,,,doc yang bertugas untuk menguruskan ibu ku berkata
"kita tengok dulu macam mana coz patient ramai yang Q"
malam tu ibu bangun solat malam,,,meminta padaNya
"ya Allah,jika operation itu yang terbaik maka permudahkanlah segalanya buat ku"
esok pagi doc memberitahu ibu boleh di operate dalam beberapa hari lagi,,,
setelah di operate ----
ibu demam,,,badan menggigil,,,,puas nak panaskan badan ibu.,,,alhamdulillah lepas tu keadaan ibu dah stabil tapi tetap lemah kerana masih demam....beberapa hari kemudian ibu disuruh pulang coz dah beberapa hari di rawat di hosp (walaupun masih demam)
{sampai sekarang saya sering persoalkan dan agak tak puas hati,, patient yang post operation dan tiba2 demam kenapa doc x suspek suatu INFECTION???!!!!}
balik tu...ibu selalu mengeluh ada banyak semut atas katil tempat ibu tidur..ibu selalu tanya maryam "kenapa banyak semut ni maryam?","ibu nak meninggal dah ke?" dll,,
dalam 4hari lepas balik dari hosp,,masa tu baru masuk waktu maghrib,,selesai solat tiba2 dengar ibu menjerit panggil mrym....bila pergi kat bilik ibu,nampak ada cairan atas lantai berwarna kuning dan BANYAK,,,
"tadi ibu nak pergi amek wudhuk tiba2 masa berdiri mencurah air keluar,,darah ke mrym??tolong ibu tengokkn" (ibu yang takut tengok darah dah panik)
mrym yang agak kelam kabut tengok cairan atas lantai,,warna macam kuning susu,,,bau nya agak kuat,,,tak mungkin darah...(masa ni masih tak belajar medic jadi masih kurang faham)...bila minta ibu bukak baju nahh mengalir2 cairan “itu” dari luka jahitan..bila sapu dengan tisu cairan tu terus mengalir keluar..mrym terus call makcik yang bekerja sebagai doc specialist di pantai medical center..atas saranan makcik,ibu dibawa ke klinik,,,kemudian dirujuk ke hosp tengku ampuan rahimah kembali,,masuk ke bahagian emergency...doc tebuk dinding perut ibu dan mengeluarkan dalam 500ml NANAH...(patut la semut banyak hurung katil,,mereka dapat menghidu lebih awal) ..itu pun doc kata masih ada sisa yang tak dapat dikeluarkan...maka ibu di admit dan esok paginya doc buka kembali jahitan operation dalam keadaan ibu sedar dan mencuci rahim ibu dengan cairan NaCl ,,lepas tu ibu agak seriau sebab sakit sangat....dalam 2hari kemudian ibu dibenarkan pulang,,doc suruh ambil ubat di farmasi hosp,,,takdir Allah,,,pekerja farmasi tertukar dosis ubat,,ubat antibiotic diberi lebih dari yang diminta oleh doc ..tak lama lepas tu pengakhir nanah keluar exactly lepas ibu habiskan ubat antibiotic nya yang terakhir,,,
selepas itu,,jahitan operation ibu tidak dijahit kembali,,doc minta setiap 2x/hari luka ibu di bersihkan dengan NaCl dan diletak gel placenta...semua dalam family xberani buat sebab nampak daging kulit ibu (rasanya cuma sampai kulit sahaja yang dibiarkan terbuka)...maka selama sampai ibu sembuh mrym yang uruskan luka ibu,,,
mrym yang tinggal lagi 2bulan nak PMR (jangan study last minute cm mrym),,tiada siapa di rumah,,kakak dan abang dekat Univ,,,abah ada time malam sahaja (kerja) ,,,bila teringat balik situasi tu...selalu rasa nak menangis...tengok ibu yang tak bermaya,,makan minum rumah semua mrym urus...kadang2 ibu nak tolong jugak tapi mrym tak bagi...2bulan yang agak struggling...
walaupun tak sempat study,,mrym tau Allah tolong mrym untuk dapat keputusan cemerlang untuk PMR...tak kn mrym lupakn kisah ni...
kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari,kemudian Allah datangkan pula guruh dan kilat.puas kita menangis mencari dimana matahari.rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi
ayat yang sentiasa tersemat dalam hati...masing2 manusia punya cerita tersendiri dan di sini mrym kongsikan kisah mrym :’)
dan akibat terlalu sering di operate maka ibu mengalami complication hernia ...(ibu start dari melahirkan abang mrym dan sampai sekarang if operate memang selalu demam dan yang paling teruk adalah sewaktu operation terakhir tahun 2003 lalu)..
hanya padaMu aku meminta ya Allah..permudahkan lah jalan buat ibu ku...mrym xsanggup tengok ibu sakit lagi...lagi2 bila mrym tiada di sisi ibu..cukup lah Engkau tempatku merintih...selamatkanlah ibu ku ya Allah....mrym sayangkan ibu sangattt sangaatttttt.....
forensic (4)
setelah hampir 4minggu di dept. forensic,,tinggal lagi 3hari sebelum tukar ke dept. berikutnya...
"Indeed this day the dwellers of Paradise are in comfort, with blissful hearts.
They and their wives are in shades, reclining on thrones.
In it (paradise) are fruits for them and whatever they ask for.
Upon them will be “Peace” - a Word from their Merciful Lord!"
“And be separated (from others) this day, O you criminals!”
hidup di dunia itu cuma sebentar...mudah-mudahan menjadi pengajaran buat kita yang masih hidup....
Jun 23, 2011
forensic (3)
Jun 19, 2011
dolphin
Jun 18, 2011
kalimah Allah (4JJI)
ni gambar 1st dulu,,dengan mata kasar nampak jelas tapi kat gamba kualiti kurang bagus (coz pakai hp zaman dulu punye hehe)
-----------------------------------------------------------------------------------------------
ni gambar dari kawan yang mintak tolong masukkan sekali (pun kalimah Allah juga dari pokok kaktus di rumahnya)...
Jun 12, 2011
forensik (2)
Jun 7, 2011
forensic (1)
Jun 4, 2011
1st posting
berlalunya hari ini maka telah selesai sudah hari orientasi sebelum masuk clinical...isnin ni 1st posting di FORENSIC...dalam hati berapa kali kata tak nak forensic yang 1st~(nak radiology yang 1st tapi nampak gayanya radiology adalah posting terakhir ku sebelum bergelar doctor)..takot terkejut nak deal dengan jenazah yang macam2 rupa..mudah2an Allah kuatkan semangat ku...dan lebih banyak mengingat kematian...(ada senior cakap best,,boleh belajar jahit, belajat bedah kepala n otak wuhhhuuu).....selalunya yang tak nak tu la yang dapat..