Jun 29, 2011

ibu...mrym sayang ibu....syggg ibu sangatt sangattt...

hari-hari yang busy,,,esok (khamis) maybe presentation untuk bed site teaching,,,balik nak terus pergi imigresen,,,lepas tu siap2 pergi hospital coz oncall,,

jumaat,,

=exam final posting forensic

=hari yang mendebarkan,,

=hari untuk ibu bakal di operate kali ke6 dalam hidupnya...(3kali melahirkan,2kali coz ovarian cyst dan kali ke6 sebab hernia)

ya Allah,,Engkau permudahkan lah semuanya....mrym xsanggup tengok ibu sakit lagi....

pada tahun 2003,,

kira2 3bulan sebelum PMR,,

ibu ku yang telah di diagnose dengan ovarian cyst sudah tidak tahan lagi dengan kesakitan yang dihadapinya,,,

lalu kami membawanya ke hosp tengku ampuan rahimah...dengan patient yang ramai,,,doc yang bertugas untuk menguruskan ibu ku berkata

"kita tengok dulu macam mana coz patient ramai yang Q"

malam tu ibu bangun solat malam,,,meminta padaNya

"ya Allah,jika operation itu yang terbaik maka permudahkanlah segalanya buat ku"

esok pagi doc memberitahu ibu boleh di operate dalam beberapa hari lagi,,,

setelah di operate ----

ibu demam,,,badan menggigil,,,,puas nak panaskan badan ibu.,,,alhamdulillah lepas tu keadaan ibu dah stabil tapi tetap lemah kerana masih demam....beberapa hari kemudian ibu disuruh pulang coz dah beberapa hari di rawat di hosp (walaupun masih demam)

{sampai sekarang saya sering persoalkan dan agak tak puas hati,, patient yang post operation dan tiba2 demam kenapa doc x suspek suatu INFECTION???!!!!}

balik tu...ibu selalu mengeluh ada banyak semut atas katil tempat ibu tidur..ibu selalu tanya maryam "kenapa banyak semut ni maryam?","ibu nak meninggal dah ke?" dll,,

dalam 4hari lepas balik dari hosp,,masa tu baru masuk waktu maghrib,,selesai solat tiba2 dengar ibu menjerit panggil mrym....bila pergi kat bilik ibu,nampak ada cairan atas lantai berwarna kuning dan BANYAK,,,

"tadi ibu nak pergi amek wudhuk tiba2 masa berdiri mencurah air keluar,,darah ke mrym??tolong ibu tengokkn" (ibu yang takut tengok darah dah panik)

mrym yang agak kelam kabut tengok cairan atas lantai,,warna macam kuning susu,,,bau nya agak kuat,,,tak mungkin darah...(masa ni masih tak belajar medic jadi masih kurang faham)...bila minta ibu bukak baju nahh mengalir2 cairan “itu” dari luka jahitan..bila sapu dengan tisu cairan tu terus mengalir keluar..mrym terus call makcik yang bekerja sebagai doc specialist di pantai medical center..atas saranan makcik,ibu dibawa ke klinik,,,kemudian dirujuk ke hosp tengku ampuan rahimah kembali,,masuk ke bahagian emergency...doc tebuk dinding perut ibu dan mengeluarkan dalam 500ml NANAH...(patut la semut banyak hurung katil,,mereka dapat menghidu lebih awal) ..itu pun doc kata masih ada sisa yang tak dapat dikeluarkan...maka ibu di admit dan esok paginya doc buka kembali jahitan operation dalam keadaan ibu sedar dan mencuci rahim ibu dengan cairan NaCl ,,lepas tu ibu agak seriau sebab sakit sangat....dalam 2hari kemudian ibu dibenarkan pulang,,doc suruh ambil ubat di farmasi hosp,,,takdir Allah,,,pekerja farmasi tertukar dosis ubat,,ubat antibiotic diberi lebih dari yang diminta oleh doc ..tak lama lepas tu pengakhir nanah keluar exactly lepas ibu habiskan ubat antibiotic nya yang terakhir,,,

selepas itu,,jahitan operation ibu tidak dijahit kembali,,doc minta setiap 2x/hari luka ibu di bersihkan dengan NaCl dan diletak gel placenta...semua dalam family xberani buat sebab nampak daging kulit ibu (rasanya cuma sampai kulit sahaja yang dibiarkan terbuka)...maka selama sampai ibu sembuh mrym yang uruskan luka ibu,,,

mrym yang tinggal lagi 2bulan nak PMR (jangan study last minute cm mrym),,tiada siapa di rumah,,kakak dan abang dekat Univ,,,abah ada time malam sahaja (kerja) ,,,bila teringat balik situasi tu...selalu rasa nak menangis...tengok ibu yang tak bermaya,,makan minum rumah semua mrym urus...kadang2 ibu nak tolong jugak tapi mrym tak bagi...2bulan yang agak struggling...

walaupun tak sempat study,,mrym tau Allah tolong mrym untuk dapat keputusan cemerlang untuk PMR...tak kn mrym lupakn kisah ni...

kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari,kemudian Allah datangkan pula guruh dan kilat.puas kita menangis mencari dimana matahari.rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi

ayat yang sentiasa tersemat dalam hati...masing2 manusia punya cerita tersendiri dan di sini mrym kongsikan kisah mrym :’)

dan akibat terlalu sering di operate maka ibu mengalami complication hernia ...(ibu start dari melahirkan abang mrym dan sampai sekarang if operate memang selalu demam dan yang paling teruk adalah sewaktu operation terakhir tahun 2003 lalu)..

hanya padaMu aku meminta ya Allah..permudahkan lah jalan buat ibu ku...mrym xsanggup tengok ibu sakit lagi...lagi2 bila mrym tiada di sisi ibu..cukup lah Engkau tempatku merintih...selamatkanlah ibu ku ya Allah....mrym sayangkan ibu sangattt sangaatttttt.....

(mac 2007)

ibu seorang yang sangat tabah...dari kecil sampai sekarang macam2 dugaan Allah berikan pada ibu...mrym harap ibu tetap tabah sampai ke nafas yang terakhir....mrym minta maaf sebab tak dapat jadi anak yang terbaik untuk ibu....moga di akhirat kelak Allah berikan ibu tempat yang terbaik di sisiNya..ameen...

4 comments:

murniizar said...

banyak gile nanah! terkumpul kat mane sebenanye? kat op wound ke? gile aa

MaRyAm DzuLkifLi said...

actually org pn xpsti kump katne,,,time tu doc kate kt rahim (atau myb doc nk bg kite sng fhm je kot),,yg pasti nanah mengalir dr op wound tu+di saat terakhir dia keluar ikut faraj,,,nnt da msuk posting obgyn bru fhm ~

Anonymous said...

kita ingat lagi citer PMR tue

MaRyAm DzuLkifLi said...

dhuha : sedih kn kn kn >< ingat korang datang lawat mak kita bwk buah heheheh ^^