May 28, 2011

konvo 2011

alhamdulillah anak ibu abah dah grad (untuk teori baru) dan insyaAllah bakal grad lagi sekali 2tahun lagi =) tak sabarnya nak jadi dokter!!!!!!!!!

oh ye,,nama ku sekarang = maryam dzulkifli,S.Ked (haha poyo je)


(sebelum bertolak)

me n cik zubi

patut berenam~tapi yg ke6 tengah ambil gambar

selamat menuju ke alam clinical semua =)


Add Image
p/s : baju konvo memang x cantik ,, yang penting kejayaan~

May 26, 2011

jawatan.

27mei - rehearsal konvo
28mei - konvo
30mei - orientasi..
6june - 1st posting

akaun kelab umno padang baru dibereskan,,lega nye bila dah tele(ke camne ntah eja dia)..dah la duit rupiah berjuta2,,,,pening nengoknya huhu....alhamdulillah selesai dah....bila la nak letak jawatan....tak sanggup dah nak pikul amanah ni....(tak pernah berminat join kelab ni,tak teringin nak berparti politik,tak teringin pegang amanah sebagai bendahari selama 2tahun,,tapi semuanya datang bertimpa membuatku terus tabah pegang amanah berat ni,,dulu kena lantik bendahari kelas sebab budak2 laki nak kena kan,bila jadi pengawas pusat sumber pun jadi bendahari jugak,,ingatkan berhenti setakat tu,,tiba2 bulan4 tahun lepas kena pegang amanah bendahari kelab umno selepas ada kakak senior mintak tolong,,lepas ni?insyaAllah pegang amanah lagi besar untuk family pula,,makin dewasa makin banyak amanah yang harus dipikul),,

amanah memegang duit,,kalau terlebih pun risau,kalau terkurang tidak mengapa....kalau terlebih risau tak tau sumber mana...kalau terkurang boleh topup duit sendiri...(tapi tetap mengharapkan duit dalam keseimbangan sesuai keluar dan masuknya duit)



ya Allah,,tabahkan ku memikul amanah2 yang bakal mendatang...
kalau tengok zmn sekarang manusia berlumba2 nak berebut jawatan..cuba kalau jawatan tidak menjanjikan nama dan wang ,masih adakah yang sudi berebut jawatan2 itu?....

May 24, 2011

clinical

ALHAMDULILLAH!!!!
dapat good news tadi~lulus sudah professional exam~bermakna 6june 2011 saya akan memasuki alam baru~nak tak nak saya tetap harus harungi alam baru ini untuk dapatkan gelaran doc maryam insyaAllah lagi 2tahun..tadi call ibu rupa2nya ibu nak balik kelantan...nenek tenat katanya...dimana ada berita gembira di situ juga ada berita sedih dan sebaliknya....mudah2an nenek kuat menghadapi semuanya....baru nak pujuk ibu datang konvo sabtu ni...hurmm....

May 23, 2011

speechless

[8:31:50 PM]
salam cik yam
mak aku suh aku ngorat kau
haha
k lah..saje je nk bgtau tu
salam

ehhea betul la.ala..tau je la mak aku tu ..dia ckp camni kt aku dpn adik2 aku lak tu.."mung g ngorat2 la maryam tu seney, dok banyok songeh, pitih ado,.haha.. "
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
serius kah dia?kalau saya tidak meminati seseorang itu saya tidak akan berbicara seperti di atas..dah la dekat 2tahun tak pernah contact....saya ke yang perasan?ishk3...dari sekolah sampai sekarang kalau ada kes2 macam ni selalu melarikan diri..adakah diri ni terlalu takut dengan suatu hubungan serius?tak kot....tapi takut jika ada yang meminati ku bukan kerana diri ku tetapi faktor pencetus yang lain...kerana itu diri ini lebih rela mencari calon sendiri melalui orang tengah..biarlah orang kata "cari laki yang sayangkan kita lebih dari kita sayangkan mereka",,sebenarnya susah...sebelum kahwin ye boleh macam tu,,tapi lepas kahwin tak siapa yang tau....dilema seorang anak dara yang inginkan calon suami dan ayah yang terbaik buat dirinya dan anak2nya,,wuhuuuu~

kesimpulannya : biarkan masa yang menentukan segalanya....kalau dah jodoh tak ke mana.....fikir positif =) dia xserius~cuma bergurau~(kalau ibu tau ni confirm kecoh 1rumah)

May 22, 2011

mereka dah balik

alhamdulillah selamat sudah makcik dan 2orang anak daranya pulang ke malaysia setelah 3hari shopping di padang dari pagi khamis-pagi ahad...memang shopping sakan la sebab anak dara sulung makcik ni nak kahwin...beli kain untuk buat baju pengapit,baju sendiri,kemudian tempah jahit kat sini,beli telekung sutera, wowwwww gila banyak dan mahal..hanya mampu tersenyum je ishk3 ...untuk hantaran telekung harga rm400++ wahhh takut tengok..tapi beli kat padang dah tentu beganda murah dari kat malaysia..oh ye mereka semua ni adalah dokter...mak nye doc specialist pathologist kat pantai medical centre,anak sulung yang nak kahwin ni doc dari ireland dan insyaAllah bakal suami pun doc dari ireland dan anak daranya doc dari UM...oh terselit diri ni bakal doc dari indo (insyaAllah)...

sebenarnya makcik ni hubungan dia dengan saya jauh la juga..pangkat nenek saudara,,dan anak2nya dengan saya pangkat mak sepupu..jadi kami tak rapat...tapi bersyukur sangat sebab makcik suruh juga saya tinggal di hotel dalam tempoh 3hari ni bersama mereka membuatkan saya mengenali anak2nya dan berjaya mengubah persepsi saya terhadap mereka..walaupun kami dari kecil sering berjumpa (mereka tinggal di KL dan saya di shah alam) tapi tak pernah dapat bergurau2 dan ketawa...dingin je...macam ada gab antara kami,,alhamdulillah mereka dapat mengenali saya lebih dekat juga...sampaikan kak lala cakap "maryam'u'r the most happiest person i've ever met"...terima kasih kak lala^^ hope lepas ni if jumpa kat malaysia kita boleh teruskan hubungan macam sekarang...sunyi pula bila diorang dah balik setelah busy 3hari ni...semalam walaupun hujan tetap kami redah semata2 nak tengok sunset di tepi laut..subhanallah cantik sangat...kak lala,seorang yang saya kenali dengan perwatakan menakotkan ,rupanya terselit perangai kebudakan yang saya rasa comel dan caring,,kak mimi yang ke kakak-an tapi selalu bising sebab kena kacau dengan kak lala,,,bumi ni memiliki manusia yang pelbagai ragam hehe...

May 17, 2011

♥...Pernikahan atau Perkahwinan...♥




♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
............PERNIKAHAN ATAU PERKAHWINAN..........
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥


...¤    *  ✭
  ✭Buat Calon Suami
* ★      ✰
¤    *  ✭

Pernikahan atau Perkahwinan

Menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak setabah Fatimah
Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah


Pernikahan atau Perkahwinan

Mengajar kita kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyid (pembimbing)nya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya

Pernikahan atau Perkahwinan

Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa a.s
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh



(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤

¤    *  ✭
  ✭Buat Calon Isteri
  * ★      ✰
¤    *  ✭

Pernikahan atau Perkahwinan

Membuka tabir rahsia suami yang menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad, tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Isa atau Ayub atau pun segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman
Yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh solehah

Pernikahan atau Perkahwinan

Mengajar kita kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal, kamu navigatornya
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya

Saat suami menjadi Raja, kamu nikmati anggur singgasananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah ubat penawarnya
Seandainya suami berkata yang lancang, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkahwinan

Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah

(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤
╔╗
║║╔═╦╦╦═╗
║╚╣║║║║╩╣
╚═╩═╩═╩═╝
(●̮̮̃•̃) (●̮̮̃•̃)
/█\ ♥/█\
Your Husband / Wife

_____♥_♥_♥_♥_______♥_♥_♥_♥______
___♥_________♥___♥__________♥___
__♥____________♥_____________♥__
__♥____________♥_____________♥__
__♥__________♥Cinta♥__________♥__
___♥_________♥Apa ♥__________♥__
____♥_______♥Adanya♥_______♥___
______♥___________________♥_____
________♥_______________♥_______
__________♥__________♥__________
____________♥_____♥_____________
______________♥_♥_______________
_______________♥________________


terima kasih kepada tuan empunya blog ni =)

May 14, 2011

alhamdulillah dah selesai

alhamdulillah selesai sudah professional exam..mengharapkan lulus , masuk clinical cepat dan grad cepat ~pengalaman osce yang sangat geli hati dan bakal jadi kenangan sampai bila2...rupa2nya ada hikmah wujudnya professional exam ni...membuatkan kami lebih sedia memasuki alam clinical...result?maybe dalam minggu ni dapat...tapi diri ku sangat berserah padaNya...sebelum exam asyik berdoa mintak dipermudahkan dan diberi ketenangan..alhamdulillah dipermudahkan dan diberi ketenangan (oh diri ku jenis sangat cepat panic)..if lulus,maka akan masuk clinical insyaAllah 6june ni,,kalau tak,kena tunggu bulan 9...doa sekarang cuma mintak "kalau lulus itu yang terbaik buat diri ku maka luluskan lah aku"....dan sejak balik dari malaysia banyak pulak naik jerawat kt dahi ni...stress tengok jerawat lebih dari stress exam....kenapa lah zaman remaja ku baru nak bermula sekarang~sakit jerawat~

May 11, 2011

dalam duka ada bahagia :)

baru dapat berita daripada seorang senior bahawa adik perempuannya yang berusia 23tahun mengambil jurusan medic di universiti tempatan telah didiagnosa dengan cancer ovari ..semuanya bermula semasa teman adiknya itu melakukan pemeriksaan fizik ke atas abdomen tubuhnya dan mendapati terdapat benjolan...setelah diagnosa ditegakkan,adik perempuan senior ni pun di operate..

nak dijadikan cerita, selepas tunangnya (belajar di mesir course agama) dapat berita ni terus dia ajak adik perempuan senior ni nikah...insyaAllah mereka akan menikah bulan september ini .. yang sweetnya, mereka tidak pernah bertemu dan hanya dikenalkan oleh orang tengah melalui gambar,masing2 setuju dan buat2 bertunang jarak jauh...subhanallah..dalam duka rupanya tersirat seribu hikmah..semoga bahagia ke syurga...

May 5, 2011

Dokter Muda,,alhamdulillah

alhamdulillah setelah 3tahun 8bulan belajar teori medic (normal 3tahun 6bulan), akhirnya berjaya mendapat sarjana kedokteran dan mendapat gelaran Dokter Muda...next week exam penentu dapat masuk clinical yang akan dijalani selama 2tahun pula..mudah-mudahan semua pun lulus...lepas ni akan berada di dunia sebenar sebagai seorang dokter,,kena deal dengan patient yang berbagai penyakit ,dengan keluarga patient dan specialist yang berbagai ragam,,,mudah-mudahan diri ni berjaya melepasi setiap stage dengan jayanya dan menjadi seorang dokter yang berjaya dan disukai ramai , insyaAllah,,amin =)

May 2, 2011

bookfair 2011-PWTC

hari sabtu bersamaan 30hb april 2011 lepas,
ke bookfair bersama sahabat x-padang,,naik KTM,,sepanjang perjalanan berdiri,sampai di PWTC juga sesak...alhamdulillah hawa dingin aircond tetap terasa (tetapi peluh tetap mengalir kat muka menyesal pakai serba hitam),,,naik tingkat 2 pusing sana sini tapi keinginan membeli buku tiada (inilah akibatnya jika pergi ke bookfair tanpa plan buku apa yang nak dicari,, saja ngada2 nak pergi memandangkan dah 6tahun tak pergi bookfair)...
bila dah penat,,

sheefa : maryam,,awak nak beli buku apa?
maryam : ntah,,awak takde buku nak beli ke?kita xde idea,,xde benda yang comel2 ke?
sheefa : kite pun xtau nak cari buku apa..jom lah turun bawah..

maka 2orang sahabat ni turun ke tingkat bawah,,masuk lah ke booth ANA MUSLIM,,,waaaaa kawayii!!!banyak benda cute2 ~dan ini lah hasilnya~(beli sekadar menyeronokan hati nanti balik tangan kosong parents pelik pula)
kemudian ke booth karangkraf..tak plan nak beli novel pun,,tiba2 dengar ada pelancaran buku SUTERA BIDADARI oleh Ramlee Awang Murshid sambungan ke4 dari novel BAGAIKAN PUTERI,,,wahhhhh memang terkejut dan terus mata meliar mencari...akhirnya hasil dari sepanjang di bookfair maka dapat la ke5-5 buku ni..(bila la nak baca~busy~)
maka setelah penat dari pukul 8.30am-1.00pm , kami pun jalan2 cari makan,,balik tu sempat singgah ke kedai kasut apa ntah,,,(gambar ni sebagai bukti kepada parents yang maryam memang keluar dengan kawan ^^ hehe)
sampai je kat KTM,,manusia mampat cm sardin,,,dengan polis yang terjerit2,,,nak beli tiket tapi xgerak2 Q..pengalaman yang tidak terduga~memang sangat penat dengan cuaca panas+berdiri dalam KTM (nasib baik la tak galak pakai high heels)...
balik tu singgah rumah akak dan melampiaskan kerinduan kepada anak buah yang ke2!!!sumaiya aka maiya....(maiya rupa cam india sedikit pada hal masa lahir macam muka jepun)...
"maryam,,maiya nampak lagi cerah dari maryam" kata akak....T__T
sekarang ni asyik rindu je dengan dija dan maiya...anak buah aka buah hati ku...jangan lupa kan mak usu...mak usu lepas ni jarang dah balik msia...ingat muka mak usu selalu tau...jadi kalau jumpa mak usu nanti xde lah nangis sebab tak kenal ..(rupanya ada hikmah Allah memberi rupa ku seiras wajah ibu ku supaya mereka tidak merasakan diri ku adalah orang asing ^^ alhamdulillah,,)