Showing posts with label anak buah. Show all posts
Showing posts with label anak buah. Show all posts

May 2, 2011

bookfair 2011-PWTC

hari sabtu bersamaan 30hb april 2011 lepas,
ke bookfair bersama sahabat x-padang,,naik KTM,,sepanjang perjalanan berdiri,sampai di PWTC juga sesak...alhamdulillah hawa dingin aircond tetap terasa (tetapi peluh tetap mengalir kat muka menyesal pakai serba hitam),,,naik tingkat 2 pusing sana sini tapi keinginan membeli buku tiada (inilah akibatnya jika pergi ke bookfair tanpa plan buku apa yang nak dicari,, saja ngada2 nak pergi memandangkan dah 6tahun tak pergi bookfair)...
bila dah penat,,

sheefa : maryam,,awak nak beli buku apa?
maryam : ntah,,awak takde buku nak beli ke?kita xde idea,,xde benda yang comel2 ke?
sheefa : kite pun xtau nak cari buku apa..jom lah turun bawah..

maka 2orang sahabat ni turun ke tingkat bawah,,masuk lah ke booth ANA MUSLIM,,,waaaaa kawayii!!!banyak benda cute2 ~dan ini lah hasilnya~(beli sekadar menyeronokan hati nanti balik tangan kosong parents pelik pula)
kemudian ke booth karangkraf..tak plan nak beli novel pun,,tiba2 dengar ada pelancaran buku SUTERA BIDADARI oleh Ramlee Awang Murshid sambungan ke4 dari novel BAGAIKAN PUTERI,,,wahhhhh memang terkejut dan terus mata meliar mencari...akhirnya hasil dari sepanjang di bookfair maka dapat la ke5-5 buku ni..(bila la nak baca~busy~)
maka setelah penat dari pukul 8.30am-1.00pm , kami pun jalan2 cari makan,,balik tu sempat singgah ke kedai kasut apa ntah,,,(gambar ni sebagai bukti kepada parents yang maryam memang keluar dengan kawan ^^ hehe)
sampai je kat KTM,,manusia mampat cm sardin,,,dengan polis yang terjerit2,,,nak beli tiket tapi xgerak2 Q..pengalaman yang tidak terduga~memang sangat penat dengan cuaca panas+berdiri dalam KTM (nasib baik la tak galak pakai high heels)...
balik tu singgah rumah akak dan melampiaskan kerinduan kepada anak buah yang ke2!!!sumaiya aka maiya....(maiya rupa cam india sedikit pada hal masa lahir macam muka jepun)...
"maryam,,maiya nampak lagi cerah dari maryam" kata akak....T__T
sekarang ni asyik rindu je dengan dija dan maiya...anak buah aka buah hati ku...jangan lupa kan mak usu...mak usu lepas ni jarang dah balik msia...ingat muka mak usu selalu tau...jadi kalau jumpa mak usu nanti xde lah nangis sebab tak kenal ..(rupanya ada hikmah Allah memberi rupa ku seiras wajah ibu ku supaya mereka tidak merasakan diri ku adalah orang asing ^^ alhamdulillah,,)

Apr 14, 2011

balik!!balik!!balik!!


insyaAllah yudisium antara 20-27 april,,bermakna dalam 2minggu lagi dah BOLEH BALIK MALAYSIA!!!!ehh dah berapa bulan ye tak balik???baru 4bulan dah kecoh cam tak balik setahun..tak sabarnya,,nak jumpa baby baru!!!!baby Sumaiya~emmm dah la gebu~hehe nak tengok baby nangis~rindu~

tapi cuti tak boleh lama2...ada lagi 2tahun untuk graduate yang sebenarnya....ya Allah rindunya kat Malaysia...

Feb 26, 2011

_menu hari ini ialah???_


menu hari ni memang menu yang dah lama diri ni ngidam nak masak
(gambar semua dicilok malas nak ambil gambar hahaha XD )


ayam masak lemak cili padi

+

jantung pisang rebus

+

sambal belacan (menu yang tak boleh terlepas kalau makan masakan2 macam ni)

=
sentiasa tersenyum kepuasan


JANTUNG PISANG
bila tengok je jantung pisang rebus mengingatkan ku terhadap arwah moyang yang dah dijemput kembali ke Tuan nya 12tahun lepas,,waktu tu saya dan adik beradik tinggal dengan nenek di kelantan selama setahun iaitu pada tahun 1995 (waktu ni berpisah dari parents sebab mak nak cari penghidupan di selangor dan ayah masih berada di Liverpool )...rumah nenek dan rumah moyang berjiran je so sering main-main di situ...
1 hari tu,,arwah moyang tunjuk kat saya
"maryam,,makan la ni..sedap...makan dengan sambal belacan lagi sedap"
"ape tu tokcik??cam pelik je"
"ni nama dia jantung pisang..tp jantung pisang yang ni tokcik da rebus"
lebih kurang camtu la conversation nya
sejak tu baru maryam kenal apa itu JANTUNG PISANG
tinggal kat England selama usia 7tahun tak pernah la tengok kan orang makan jantung pisang ni..
rindu dengan arwah...

SAMBAL BELACAN
ok dengan jujurnya rasanya ni 2nd time kot sejak tinggal kat sini buat sambal belacan yang ditumbuk....malas sangat la nk tumbuk sambal belacan nih..sedap tapi tak tahan gatal kalau cili dah start melayang ke tangan...kalau kat Malaysia, selalu ibu rajin buat sambal belacan..maryam rajin makan je~kadang2 ibu selalu mintak tolong buat sambal belacan...sebolehnya diri ni selalu mengelak..pernah sekali tu memang takde mood nak menumbuk so merayu la kat ibu
"ibu,,plzz,,anything except tumbuk sambal belacan~ibu nak mrym kemas rumah ke masak ke mrym xkisah tp plzzz xnak tumbuk smbl belacan" (dengan nada minta simpati)




ishk3,,,anak apa la macam ni,,tapi takpe,,,mudah-mudahan ibu tak terasa dengan maryam...risau sangat..,,tapi maryam rasanya jarang/tak pernah menolak permintaan ibu untuk buat apa-apa kerja malah tanpa disuruh maryam akan buat dulu
(angkat bakul sendiri jap)~..jadi ibu ok kot kalau bab sambal belacan nih~
(tetap takde la rajin mana = merendah diri balik)

semuanya berlaku semasa maryam berusia 15tahun dan merasakan diri hampir kehilangan seorang ibu jadi selepas tu tak nak nampak ibu sedih/marah dah...buat je semua kerja tanpa merungut,,yang penting rumah kemas, perut semua kenyang, ibu bahagia dan saya pun bahagia =)

p/s : ibu dah mesej tanya mrym bila nak balik tolong masak , kemas rumah dan jaga baby .. sejak ada cucu kedua ni ibu dah xcukup tangan..belum cucu ke 4,5,6 lagi tu...hehehee~bulan 4 ni mrym balik la XD
tak sabar nak jumpa Sumaiya dengan Qhadija^^


Feb 24, 2011

anak buah ke2




alhamdulillah,,
segala puji bagi Allah,,,
akak selamat melahirkan baby girl,,,
Nur Sumaiya nama diberi seberat 4kg selamat ditemukan dengan dunia...mudah-mudahan jadi serikandi islam seperti nama nya,,,Nur Qhadija dan Nur Sumayyah,,2nama seperti yang diinginkan oleh ibu ku,,pejuang islam,,,tambah Nur didepan sempena nama ibu mertua sebelah suami,,

nampaknya nenek saya kempunan nak cicit laki-laki~semua pun berderet cicit perempuan,,hehehehe,,,

TIBA-TIBA RASA SANGAT HOMESICK !!!
NAK BALIK MALAYSIA DAN MENATAP WAJAH-WAJAH COMEL YANG SAYA RINDU!!!!!!

Feb 21, 2011

setenang air di takungan...

dah 2malam maryam tak dapat tidur...

semalam hati resah selepas dengar kata2 dari ibu,,tapi selepas solat tahajud dan istikharoh jiwa jadi setenang-tenang air yang tidak diganggu...itu ke petunjuk dari Dia?...Dia lebih tau yang mana terbaik buat maryam...

hari ni pula due date akak...bakal dapat anak buah kedua...akak dan along saja main teka teki dengan kami semua tentang jantina anak buah kedua ni~tapi ramai yang kata anak lelaki sebab perut tajam~akak pun nampak lebih cantik berbanding masa mengandung anak buah pertama Qhadija...apa-apa pun maryam harap semuanya selamat...tapi kalau anak buah lelaki dah tak comel macam Qhadija la,,ishk3..

habis la Qhadija tak boleh manja2 cam selalu~tapi kalau dapat baby boy untung la Qhadija,,atok sayang dia lebih...hehee,,,

hari ni start sem baru...sedang menunggu jadual untuk blok nutrisi dan pencernaan,,selepas 7 minggu around 8april dah boleh fly balik malaysia jumpa anak buah ,,,tak sabarnya ^^ tapi bakal busy menguruskan visa,,malasnya nak pergi kedutaan indo kat malaysia....

Jan 14, 2010

~qhadija makin nakal~


these photos were taken last month^^
qhadija makin besar^^ yeyehhh^^
dan selalu kne buli^^
dalam gamba2 ni qhadija baru berusia 5bulan (sekarang da berusia 6bulan) tapi dah boleh buat macam2~hehee~meaning that she's quite advanced from other babies yg sebaya,sebuku,sekaki dengannye heheehh^^ go go dija^^

~pakai baju atok^^~konpem baju yg dah dipakai ni~hueee bucuk^^~


~dia dah boleh berdiri wpon dgn sokongan benda lain^^~




~she can duduk~
hahaa suke betul dia masuk gamba^^


~zzzzZZZzzz~

~model berus gigi utk si kecil^^ ~

hurmm actually da 3bulan xjumpa qhadija~rindu betul ngan budak kecik sorang ni~terkejut bila dapat tau anak buah sorang ni da pandai duduk n diri~nak nanges waaaaaaaa~mesti dia xkenal maksu dia~huhuuuu~(3bulan itu amat berharga)

Sep 13, 2009

~my lil sweetheart~

QHADIJA!!!!MAKSU RINDUKAN QHADIJA!!!!!!WAAAAAA!!!
~semalam genap dah usia dia 10minggu~


MAMA CAKAP "maryam,,akak nak tunjuk gamba qhadija dengan kembar dia"

ingatkan kembar apa la tengok2 teddy frog yang maryam hadiahkan untuk qhadija before qhadija lahir lagi~kih3~


ehh ehh dia senyum sama cam froggy tuh~hehee~

qhadija memang sangat suka bercakap bahasa planet n gelak sorang2~xtahan tengokTT
nak cubit2 pipi dia sampai nangis (memang kebiasaanku kih3~)

orang salu tanya "baby boy ke baby gurl ni??"
sekarang mama dia dah pakaikan dia gelang so jangan tanya lagi~keh3~
(rupa2nya kitorang adik beradik memang lahir dengan rupa leh dua2 jantina,, @_@ nampaknya qhadija ikot kitorang gak~welcome to the club budak montel ^^)

I MISS U SOOOOOOO MUCHHH SWEETYYYY!!!!!!!

p/s : zaid tengok tau~kata nak tengok~xtengok siap dia~goreng atas kuali~kih3~