Nov 29, 2013

demam induksi TT

alamak blog bersawang >.<
ohhhh hati senang...
1st time menjamu kawan2 suami setelah bergelar isteri...
masa raya tak sempat...
time usrah pun jadi la...1st time ajak datang ke rumah memikirkan lepas ni tiada masa dah untuk menjamu kawan2 suami...
buat la nasi minyak....
pastu suami hepi kena puji kat kawan2...
senangnya hati tengok suami tersenyum lebar ^^

(sambil makan nasi minyak sambil teringat kenangan masa masak,makan dan menjamu kawan2 makan nasi minyak kat padang suatu waktu dahulu...kenangan hanya tinggal kenangan TT)

ohye seharusnya induksi 25nov bertukar ke 2dec pula...masalah teknikal last minit~
dapat kat JB...
jauhnya la....
kena packing haishhh,,paling tak suka packing ni allergic betul~
dapat pula kat hotel new york,,,
hari tu baru je hantar link dekat akak yg suka tido hotel tentang "haunted hotels in malaysia" tengok2 ada senarai hotel ni kat dalam huwaaaaaaaa ,,,,
mana leh takot kat antu,,,takut cuma kat Allah~
memikirkan breakfast dia yang menggiurkan so sejuk sikit hati ni (mata makanan betul XD)



sekian,,selamat berhoneymoon sehari dan berinduksi di JB~


Oct 24, 2013

kelantan come sokmo =')

pada 17 oktober lalu dapat 3 misscall dari nombor yang sama...
tiba-tiba dapat panggilan ke 4 dari nombor yang sama...
"alamak macam tau je siapa yang call ni TT"
...
call dari SPA menyatakan tarikh temu duga pada 31 oktober ini ,,,
apa la nak study dalam tempoh seminggu ni huhuuuu takoooot TT
...
tapi balik kampung pada 20 okt tetap diteruskan,,,
perjalanan selama 2jam ditempuh sebelum tiba di kampung simpang 3,kampar, perak  setelah 2tahun tak jenguk,,,
cepat je masa berlalu,,,,
setelah makan-makan sambung perjalanan ke "kelantan come sokmo" melalui cameron highland,,,
lama tak travelling mabuk TT
setelah 6jam perjalanan maka sampai la di rumah ayah long di KB jam 10pm,,

besoknya lepas maghrib bertolak ke rumah ayah su pula di palekbang,,,
untuk jumpa nenek "tiri" yang dah 3tahun tak jumpa,,,
melihat tubuh nenek kurusssss nya ='(
kita tak tahu nasib kita  macam mana nanti...
nenek total bed rest je,,,,kena stroke pada mei 2011,,,,tkata mereka tahun lepas masih boleh ajak sembang,,,
mrym tanya..
"nenek masih ingat mrym?"
tapi nenek geleng
sambil usap2 kepala nenek...
takpe lah.....mrym masih ingat nenek,,,
dulu masa balik dari england tahun 1995 masa berpisah dari ibu abah dan tinggal di kelantan setahun nenek yang pakaikan bedak utk mrym masa nak gi sekolah..masa tu mrym darjah 1,,,bila tengah2 malam mrym ngadu gatal kne gigit nyamuk walhal dah pasang kelambu nenek yg tolong garukan....bila mrym nangis kena sakat kat abang muhd nenek yang takut2kan kitorg untuk redakan tangisan mrym....
 walaupun setelah mrym dah besar nenek dah sayangkan cucu yang lain
(tak sedar diri dah besar pun nak jeles dgn budak kecik hihihi)

tapi nenek tetap belikan loket emas dari mekah utk cucu-perempuan,,belikan cincin belah rotan,,,yang sampai sekarang jadi kenangan untuk mrym,,,mrym tak lupa,,,

tapi satu je yang kelaka,,,
makanan dah berkulat pun nenek buang kulat dan kata makanan tu boleh dimakan ...hehehe,,kitorang macam errrrrr geli ,,,,

{before pulang ke shah alam tapi nenek tido so taknak ganggu tapi last2 ganggu juga sebab nak salam}
tapi kata2 ayah su buat mrym rasa tersentap,,

mrym bila interview?kawan ayah su kata "anok dagho (anak saudara) mu masuk kerja 25 nov nanti"..

ntah raya tahun depan dapat cuti tak nak jumpa nenek lagi...alhamdulillah Allah permudahkan untuk dapat jumpa nenek sebelum kerja,,,,sebulan dari sekarang.....

semoga Allah permudahkan HO nanti,,,dan semoga mrym masih dapat jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan anak walaupun bakal minimal,,,

baby,,baik2 dengan ummi ok,,,,semoga ummi kuat,,,,tak sabar rasa nak cuti bersalin.....



Oct 4, 2013

apabila mummy buyung bermonolog ^^

dulu sebelum nikah, punya semangat add macam2 butik pengantin,,hanya untuk melihat koleksi baju2 pengantin,,,,
serabut pun serabut,,,
almaklum lah tak berada di malaysia untuk mengikuti perkembangan fesyen baju pengantin...

kini,,
5bulan telah berlalu,,,
ada je post2 gambar dari butik ini yang menampilkan baju2 pengantin design baru,,,

dan aku cuma,,,bermonolog sendirian,,,
"ermmmm takpelah awak tu dah berbadan dua zaman awak dah berlalu tunggu anak2 awak pulak nanti"


sekian,,
dari orang yang teringin nak kahwin lagi,,,
tapi dengan badan selim,,
dan pasangan yang sama ^^
hihihihi



Sep 19, 2013

our little one

usia pernikahan genap 17minggu,,,
alhamdulillah setelah beberapa kali pergi check up di klinik kesihatan seksyen 19 akhirnya  budak kecik ni dah pasti umurnya,,,,
17minggu juga,,,
bermakna edd ku insyaAllah pada 26 feb 2014...

cepat je dah trimester kedua,,,
macam tak percaya nak jadi seorang ibu secepat ini...

kadang-kadang rasa happy,
kadang-kadang rasa sedih,
kadang-kadang rasa regret,
kadang-kadang rasa takut,
memikirkan bakal kerja dan masalah lain,,,
macam-macam mood sedang dihadapi,,,

keadaan tubuh yang mulai lenguh dan tak selesa,,
carpal tunnel syndrome yang sedang dihadapi yang agak mengganggu tugas harian dan waktu tidurku,,
gula darah yang agak tinggi sejak pregnant trimester kedua ni,,
dan berita yang agak sedih dari dokter tadi untuk follow up pada minggu ke 28 sebab placenta (uri) letak agak rendah,,,
mudah-mudahan placenta akan naik pada minggu ke 28 nanti,,,,
satu sahaja berita  yang agak melegakan,,,BP yang agak tinggi sudah mulai normal kembali,,
130++/90 dan kini 122/72mmHg ...

mendengar heart beat dan bising tali pusat terdengar dari doppler kali pertama hari ini,,,
merasakan gerak janin pada 12 sept 2013 untuk kali pertamanya pada 5.15am WIB...
there's something  in my womb oh Allah TT



semoga diri mu membesar dengan sihat sayang :')

p/s : mesej dengan pembimbing di padang (specialist paeds) beberapa hari lepas,,,rupanya ramai yang runsing memikirkan aku bakal bekerja sebagai HO dengan keadaan seperti ini,,,berdoalah semoga semuanya aman2 saja....
aamiin....