Jun 2, 2011

resepi sambal goreng jawa nyum2 =)

alhamdulillah selamat sudah sambal goreng masuk perut,,melepas jugak ngidam ke sambal goreng ni^^ memandangkan abah orang jawa pior (atok n nenek sedia tinggal di perak masa penjajahan dulu lagi) maka kami selalu la dapat makan sambal goreng jawa ni sejak kecil...cara nak buat dia sangat lah simple tapi leceh..sebabnya dia kena goreng asing2 dan last sekali campur kan semua~ dapat resepi dari ibu semalam tapi kena sound

"masak saje anak ibu ni,,kata nk diet"~oppssss haha XD

(memandangkan 2hari cuti ,hari ni dan besok jadi boleh la masak2)

mula2 : mayang bawang merah + bawang putih + halia + hiris cili macam gamba kat bawah ni ~

kemudian boleh la start potong dan goreng tempe + tauhu

lepas tu potong kentang jadi macam potato chips dan goreng

udang sebagai penyedap rasa..nak pakai lobster pon boleh~

so-un

oke da siap semua bahan boleh la start tumis bawang+halia+cili, lepas tu masukkan udang+garam+gula secukup rasa,,agak2 dah wangi tu masukkan potato+tauhu+tempe yang dah digoreng tadi,,+asam jawa sedikit..camni la rupa dia..boleh masukkan petai sebagai penambah warna..

kemudian last sekali masukkan so-un yang dah di celur dalam air panas..dan tuang kicap masin/manis sesedap rasa dan ini lah hasil akhirnya tadaaaa~~

walaupun rupa akhir kurang menarik tapi orang kata "never judge a food by its appearance",,maka dari hasil kajian, kawan2 yang makan tadi untuk pertama kalinya kata SEDAP~so boleh la masak lagi lepas ni,,kot (kalo larat)~

1 comment:

hani zaha said...

askum...
pjm resepi ye, teringin plak nak mkn tempe goreng saun hari ni...tq..