Jun 29, 2011

ibu...mrym sayang ibu....syggg ibu sangatt sangattt...

hari-hari yang busy,,,esok (khamis) maybe presentation untuk bed site teaching,,,balik nak terus pergi imigresen,,,lepas tu siap2 pergi hospital coz oncall,,

jumaat,,

=exam final posting forensic

=hari yang mendebarkan,,

=hari untuk ibu bakal di operate kali ke6 dalam hidupnya...(3kali melahirkan,2kali coz ovarian cyst dan kali ke6 sebab hernia)

ya Allah,,Engkau permudahkan lah semuanya....mrym xsanggup tengok ibu sakit lagi....

pada tahun 2003,,

kira2 3bulan sebelum PMR,,

ibu ku yang telah di diagnose dengan ovarian cyst sudah tidak tahan lagi dengan kesakitan yang dihadapinya,,,

lalu kami membawanya ke hosp tengku ampuan rahimah...dengan patient yang ramai,,,doc yang bertugas untuk menguruskan ibu ku berkata

"kita tengok dulu macam mana coz patient ramai yang Q"

malam tu ibu bangun solat malam,,,meminta padaNya

"ya Allah,jika operation itu yang terbaik maka permudahkanlah segalanya buat ku"

esok pagi doc memberitahu ibu boleh di operate dalam beberapa hari lagi,,,

setelah di operate ----

ibu demam,,,badan menggigil,,,,puas nak panaskan badan ibu.,,,alhamdulillah lepas tu keadaan ibu dah stabil tapi tetap lemah kerana masih demam....beberapa hari kemudian ibu disuruh pulang coz dah beberapa hari di rawat di hosp (walaupun masih demam)

{sampai sekarang saya sering persoalkan dan agak tak puas hati,, patient yang post operation dan tiba2 demam kenapa doc x suspek suatu INFECTION???!!!!}

balik tu...ibu selalu mengeluh ada banyak semut atas katil tempat ibu tidur..ibu selalu tanya maryam "kenapa banyak semut ni maryam?","ibu nak meninggal dah ke?" dll,,

dalam 4hari lepas balik dari hosp,,masa tu baru masuk waktu maghrib,,selesai solat tiba2 dengar ibu menjerit panggil mrym....bila pergi kat bilik ibu,nampak ada cairan atas lantai berwarna kuning dan BANYAK,,,

"tadi ibu nak pergi amek wudhuk tiba2 masa berdiri mencurah air keluar,,darah ke mrym??tolong ibu tengokkn" (ibu yang takut tengok darah dah panik)

mrym yang agak kelam kabut tengok cairan atas lantai,,warna macam kuning susu,,,bau nya agak kuat,,,tak mungkin darah...(masa ni masih tak belajar medic jadi masih kurang faham)...bila minta ibu bukak baju nahh mengalir2 cairan “itu” dari luka jahitan..bila sapu dengan tisu cairan tu terus mengalir keluar..mrym terus call makcik yang bekerja sebagai doc specialist di pantai medical center..atas saranan makcik,ibu dibawa ke klinik,,,kemudian dirujuk ke hosp tengku ampuan rahimah kembali,,masuk ke bahagian emergency...doc tebuk dinding perut ibu dan mengeluarkan dalam 500ml NANAH...(patut la semut banyak hurung katil,,mereka dapat menghidu lebih awal) ..itu pun doc kata masih ada sisa yang tak dapat dikeluarkan...maka ibu di admit dan esok paginya doc buka kembali jahitan operation dalam keadaan ibu sedar dan mencuci rahim ibu dengan cairan NaCl ,,lepas tu ibu agak seriau sebab sakit sangat....dalam 2hari kemudian ibu dibenarkan pulang,,doc suruh ambil ubat di farmasi hosp,,,takdir Allah,,,pekerja farmasi tertukar dosis ubat,,ubat antibiotic diberi lebih dari yang diminta oleh doc ..tak lama lepas tu pengakhir nanah keluar exactly lepas ibu habiskan ubat antibiotic nya yang terakhir,,,

selepas itu,,jahitan operation ibu tidak dijahit kembali,,doc minta setiap 2x/hari luka ibu di bersihkan dengan NaCl dan diletak gel placenta...semua dalam family xberani buat sebab nampak daging kulit ibu (rasanya cuma sampai kulit sahaja yang dibiarkan terbuka)...maka selama sampai ibu sembuh mrym yang uruskan luka ibu,,,

mrym yang tinggal lagi 2bulan nak PMR (jangan study last minute cm mrym),,tiada siapa di rumah,,kakak dan abang dekat Univ,,,abah ada time malam sahaja (kerja) ,,,bila teringat balik situasi tu...selalu rasa nak menangis...tengok ibu yang tak bermaya,,makan minum rumah semua mrym urus...kadang2 ibu nak tolong jugak tapi mrym tak bagi...2bulan yang agak struggling...

walaupun tak sempat study,,mrym tau Allah tolong mrym untuk dapat keputusan cemerlang untuk PMR...tak kn mrym lupakn kisah ni...

kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari,kemudian Allah datangkan pula guruh dan kilat.puas kita menangis mencari dimana matahari.rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi

ayat yang sentiasa tersemat dalam hati...masing2 manusia punya cerita tersendiri dan di sini mrym kongsikan kisah mrym :’)

dan akibat terlalu sering di operate maka ibu mengalami complication hernia ...(ibu start dari melahirkan abang mrym dan sampai sekarang if operate memang selalu demam dan yang paling teruk adalah sewaktu operation terakhir tahun 2003 lalu)..

hanya padaMu aku meminta ya Allah..permudahkan lah jalan buat ibu ku...mrym xsanggup tengok ibu sakit lagi...lagi2 bila mrym tiada di sisi ibu..cukup lah Engkau tempatku merintih...selamatkanlah ibu ku ya Allah....mrym sayangkan ibu sangattt sangaatttttt.....

(mac 2007)

ibu seorang yang sangat tabah...dari kecil sampai sekarang macam2 dugaan Allah berikan pada ibu...mrym harap ibu tetap tabah sampai ke nafas yang terakhir....mrym minta maaf sebab tak dapat jadi anak yang terbaik untuk ibu....moga di akhirat kelak Allah berikan ibu tempat yang terbaik di sisiNya..ameen...

forensic (4)


(tetapi sebagai hamba,tetaplah kena berusaha untuk mengejar rahmatNya itu)

setelah hampir 4minggu di dept. forensic,,tinggal lagi 3hari sebelum tukar ke dept. berikutnya...
selama seminggu kebelakangan ni juga setiap hari ada jenazah yang dibawa masuk...ada yang meninggal disebabkan oleh accident pesawat,motorsikal,breast cancer dan yang sudden death...dari 6jenazah,,1perempuan dan 5lelaki,,,patut la lelaki makin pupus ditelan zaman...

dari 6jenazah ini,,2muslim,3non-muslim dan 1tak tahu...

selama ni diri ni selalu nak tengok perbezaan antara mereka yang meninggal antara muslim dan non-muslim untuk meneguhkan lagi keimanan ni...maka...

setelah meng-observe semua jenazah,,,memang terdapat beza wajah mereka yang meninggal dalam agama islam,,,walaupun sama2 accident,darah banyak tapi wajah yang beragama islam itu terpancar ketenangan....teringat surah Yasin ayat 55-59 yang berbunyi :


"Indeed this day the dwellers of Paradise are in comfort, with blissful hearts.

They and their wives are in shades, reclining on thrones.

In it (paradise) are fruits for them and whatever they ask for.

Upon them will be “Peace” - a Word from their Merciful Lord!"

“And be separated (from others) this day, O you criminals!”

hidup di dunia itu cuma sebentar...mudah-mudahan menjadi pengajaran buat kita yang masih hidup....



Jun 23, 2011

forensic (3)

hari yang sangatttt penat,,dari pagi ada bimbingan,,kemudian terus pergi imigresen,,balik rumah sempat solat asar je dan keluar pergi beli modem internet yang rosak lepas petir kuat semalam,,balik baru je nak main2 dapat mesej

"teman2, ada warga negara malaysia mau pem. luar jenazah...mungkin bisa di otopsi,,datang aja dulu"

malaysia????
malam tu dari jam8pm tunggu sampai jam10 baru start buat autopsi dan selesai pada jam3am,,huhhh penat!!!!!kaki rasa nak tercabut....alhamdulillah dapat belajar....dua hari sebelum tu dapat mangsa lemas tapi family nya tak bagi buat pem. luar...jadi ada yang kecewa,,sekarang datang pula kes yang lebih berat....lepas autopsi baru tau penyebab kematian arwah....

arwah,seorang lelaki berumur 57tahun (seperti dalam surat keterangan visum),warganegara malaysia...seorang pilot angkatan tentera udara malaysia (ATM) yang meninggal selepas pesawat yang dibawa arwah jatuh dan tersangkut pada pokok (kata mereka pokok rambutan wallahualam) semasa raptai petunjukan aerobatic pesawat tentera indo-msia...patut la dalam 2-3hari sebelum tu asyik dengar macam bunyi kapal terbang perang kat atas langit padang....link dari utusan...dan video + video kejadian dr uncle youtube...

yang bestnya ,,kawan local yang perasan,,,"wajahnya bersih" kata sorang kawan ni,,lepas perhatikan wajah memang bersih,,,nampak tenang,,semasa jenazah di miringkan untuk tengok luka kat belakang tubuh tiba2 nampak wajah dia lebih jelas,,,arwah sedang tersenyum =) alhamdulillah kali kedua tengok wajah orang muslim yang meninggal, tersenyum depan mata....

mudah2an arwah bersama golongan2 yang disayangi Allah di sana,,,buat isteri dan anak2nya...mudah2an kuat menerima musibah ni,,takziah di ucapkan,,,,ajal maut di tangan Allah,,xsiapa tahu bila ajal bakal menjemput,,dan yang paling di inginkan adalah kematian dalam ketenangan,,selesai sudah tanggungjawab arwah di bumi,,,,lepas ni giliran siapa..mudah2an jadi pengiktibaran buat kita yang masih hidup supaya tetap dilandasan seperti yang diinginkan Allah dengan menjadikan Al-quran sebagai panduan hidup dan islam sebagai agama rohani jasmani....insyaAllah kita akan tetap bersama di syurga kelak...ameen...

-Al-Fatihah-

p/s : pagi kul7-30 am sampai je kat forensic baru 6orang yang datang dari 25 orang~tu pun semua tido...


Jun 19, 2011

dolphin

tadi baru lepas tengok pertunjukan dolphin,,,suatu perkara yang rare in padang~dengan happy nye pergi la tengok,,,rupa2nya setengah jam je,,,keju betul~ tapi yang bestnye dapat dicium dengan dolphin WAAAAAAAAAAA KAWAYIIIIII!!!^^








psttt,,diorang kata ciuman dolphin boleh hilangkan jerawat^^ ehem ehem~tapi air nya punya la kuat bau klorin~sian kat dolphin ~

Jun 18, 2011

kalimah Allah (4JJI)

agak busy kebelakangan ni jadi update pun hari sabtu/ahad je (tapi ahad depan on call + next week tu exam final dept forensic)...nak sharing sikit...10 june lepas masa tengah potong terung nak masak perasan ada garis2 kat hujung terung ni...terasa nak cek kot kot ada rezeki nak jumpa apa2 kalimah kat atas,,, tiba2 ternampak satu kalimah 4JJI tanpa disangka...tapi xtau la mata yang melihat macam mana...dari 2orang saksi mengatakan memang ye kalimah di atas terung ni ...anda pula bagaimana? =)

alhamdulillah kali kedua dimunculkan kalimah 4JJI di depan mata tanpa disangka ...tak semua diberi kesempatan untuk mengalaminya sendiri,,maka yang bertuah haruslah bersyukur dan menyebarkan =)


ni gambar 1st dulu,,dengan mata kasar nampak jelas tapi kat gamba kualiti kurang bagus (coz pakai hp zaman dulu punye hehe)

p/s : ok dah ngantok,,lalok lai~


-----------------------------------------------------------------------------------------------

ni gambar dari kawan yang mintak tolong masukkan sekali (pun kalimah Allah juga dari pokok kaktus di rumahnya)...

Jun 12, 2011

forensik (2)

1st time tengok jenazah dibogelkan tanpa seurat benang...jenazah perempuan,islam,berusia sekitar 40-an,,meninggal disebabkan kanser payudara...bakal dikebumikan di Palembang dalam 24jam perjalanan dari kota Padang,,,kalau nama pun dah 24jam kena la awet jenazah ni,,,agak terkedu,,rupanye begitu caranya mengawet mayat,,,dengan membuat sayatan di peha atas dan mencari vena femoralis kemudian menyuntik formalin+ air dengan nisbah 1:1 fuhhh,,konpem pembuluh darah bengkak...dimasukkan dengan menggunakan pam (macam pam basikal/pam sembur racun serangga)....masa proses mencari vena tu dengan lemak2 ikut terkeluar dari lubang sayatan,,uhhhh seperti lemak ayam...tak kan masak ayam dalam tempoh beberapa waktu ni...

oh ye,,malam tadi time on call budak2 ni asyik tergelak2 (agak galak juga la) dan sorang laki ni masa nak masuk bilik (bilik untuk student yang on call) pergi buat suara2 pelik,, tak lama lepas tu dengar ada orang masuk n gesel dinding dari luar dan nampak kelibat orang dari bawah pintu,,,dan tiba2 bunyi penutup botol terjatuh kat belakang (bilik bedah mayat kat belakang tu la),,lepas tu kami semua terus keluar nak cek tapi tiada sesiapa,,,hurmm ada 4kali lagi on call dalam tempoh 3minggu,,harap lepas ni takde pape benda pelik lagi la....

p/s : tanda kalau formalin dah cukup dalam saluran darah jenazah : 1) wajah mula gelap 2)konjungtiva hiperemis 3) saluran darah wajah menonjol

pp/s : mudah2an roh arwah tengah bahagia sekarang....ameen...

Jun 7, 2011

forensic (1)

semalam merupakan 1st day kat forensic,,tuptup nama termasuk dalam list untuk 1st on call pada malam semalam...semua memberi alasan baru selesai on call pada posting sebelum ni dalam erti kata lain "membuli" kami yang baru masuk posting (cheese),,,mentang2 forensic semua mengelat(penakot!!)...

nak dijadikan cerita,,kami berlima bekerja malam tadi,,dan sepanjang hari semalam ada 5case...

1case di pagi hari melibatkan seorang nenek di belasah (punca-xpuas hati), kemudian tengahari ada 1case budak perempuan kena rogol, petang tu 2case melibatkan perkelahian antara saudara sampai tumbuk mencekik (gile la diorang ni =="), dan malam tu ada 1case atok berusia 90tahun kena rompak,,wallet,duit 6juta semua kena curi,,yang kelakarnye gigi palsu pon kena curi sekali gile tol ishk3 (xtau la kalau gigi palsu emas kn tapi xheran pun sebab senior punya tongkat pun ada yang sudi curi),,lepas tu malam tadi tiba2 dapat call dari perinatology kata nak letak mayat baby yang meninggal,,,yang ni paling kelakar,,mula2 semua excited tapi last2 semua nak cabut tapi memandangkan ada sorang lelaki so dia la kena bertanggungjawab (nasib baik takde case mayat excident yang dihantar),,,malam tu kami borak2,,,biasanya senior2 cerita 1st day on call jarang ada case,,,ni sampai 5case+1mayat,,antara kami berlima ada mulut yang mengatakan "ada bau2 darah segar dokter muda yang baru masuk ni" = maryam n kawan sorang ni,,,yang peliknya pagi tadi takdde pulak apa2 case so group on call malam tadi lagi la duk ulang2 benda sama,,hehe,,itu namanya rezeki^^ alhamdulillah,,,dari tak tau nak buat apa terus rasa tambah skill ^^

kisah baby yang meninggal ni agak tragis,,time di hantar ke ruang mayat ,family arwah takde,,,,baby ni dah berusia 6hari,,sejak lahir berada di hospital dan punca kematian tidak diketahui,,dari surat yang disertakan dari bahagian perinatology tercatat ayat ni :

"tapi sampai sekarang keluarga tidak datang juga,telah dihubungi lagi malam ni,keluarga mengatakan tidak punya uang untuk membayar biaya perawatan dan keluarga sudah tidak mau tahu tentang pasien ini"

nak nangis lepas baca,,semua terkedu kat ruang jenazah tu ... sedih sangat..tapi yang menariknya baby ni dah meninggal sejak jam12.30pm dan sampai pada kami pada jam 10-30pm,,dah 10jam,,,tapi mayat masih lembut macam baru meninggal dan bercak darah pada kain masih merah seperti fresh blood...takpe,,syurga menanti mu wahai baby :) Allah lebih menyayangi diri mu :) tapi baby ni agak kesian jugak la sebab kebetulan sewaktu orientasi pagi tu jaga kat situ tak beritahu untuk hidupkan fridge kalau ada jenazah dibawa ke situ(ok perkara ni mrym da bagi tahu diorang malam tadi tapi semua blur sebab diorang kata fridge tu dah sejuk maybe dah di "on" kan),,,tiba2 je pagi tadi bapak jaga tu datang dan bagi tau semua orang yang kali on kan fridge tu (harap2 baby tu xbusuk la hehee),,

esok nak tanya diorang kot kot ada yang dapat case menarik ke,,,tapi baru 2hari dah rasa penat,,malam tadi dapat la tidur tapi tak nyenyak,,sakit tulang,,tilam nipis sangat +terbayang2 baby kat bilik jenazah belakang tu (cuma kami berlima sahaja di ruang forensic tu sepanjang malam tanpa jaga atau siapa pun),,rupanya bukan mrym je yang terbayang2,,semua kat situ pon terbayang2 jugak dan semua nampak ngantuk pagi tadi hehhehe(diorang takut sampai gi kuatkan tv kat bilik tu sampai mrym lagi xdapat tidur dengan lena,,)~lepas ni mungkin leh tambah aktiviti yang lebih menarik bila on call tiap 5hari sekali~penat la sabtu ni,,pre test,kena gi unand atas kemudian on call,,dunia kat hospital jauh berbeza di alam kuliah...esok pula ada soal jawab,,list dah buat,,banyaknya benda yang nak si settlekan,,mudah2an diri ni cepat addapt dengan dunia hospital =)

Jun 4, 2011

1st posting


berlalunya hari ini maka telah selesai sudah hari orientasi sebelum masuk clinical...isnin ni 1st posting di FORENSIC...dalam hati berapa kali kata tak nak forensic yang 1st~(nak radiology yang 1st tapi nampak gayanya radiology adalah posting terakhir ku sebelum bergelar doctor)..takot terkejut nak deal dengan jenazah yang macam2 rupa..mudah2an Allah kuatkan semangat ku...dan lebih banyak mengingat kematian...(ada senior cakap best,,boleh belajar jahit, belajat bedah kepala n otak wuhhhuuu).....selalunya yang tak nak tu la yang dapat..

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. (Terjemahan Quran Surah al-Baqarah [02]: 216)

Jun 3, 2011

dalam kenangan =')

tadi terjumpa gamba latest di bawah..gambar kami sekeluarga suatu waktu dahulu di england pada tahun 1991 dan gambar terkini 2011..subhanallah 20tahun dah berlalu...rindu sangat kat sana...saya dilahirkan disana pada 01 dec 1988 dan menjalani alam persekolahan sehingga usia 7tahun....walaupun tak beberapa ingat tapi gambar2 dan video lama sedikit sebanyak berjaya mengembalikan sisa2 memory ku di sana =') harap sangat dapat ke sana at least sekali...
IN MEMORY 1991-2011

kredit pada adik kawan yang upload gambar terbarunya ber-holiday ke england

Jun 2, 2011

resepi sambal goreng jawa nyum2 =)

alhamdulillah selamat sudah sambal goreng masuk perut,,melepas jugak ngidam ke sambal goreng ni^^ memandangkan abah orang jawa pior (atok n nenek sedia tinggal di perak masa penjajahan dulu lagi) maka kami selalu la dapat makan sambal goreng jawa ni sejak kecil...cara nak buat dia sangat lah simple tapi leceh..sebabnya dia kena goreng asing2 dan last sekali campur kan semua~ dapat resepi dari ibu semalam tapi kena sound

"masak saje anak ibu ni,,kata nk diet"~oppssss haha XD

(memandangkan 2hari cuti ,hari ni dan besok jadi boleh la masak2)

mula2 : mayang bawang merah + bawang putih + halia + hiris cili macam gamba kat bawah ni ~

kemudian boleh la start potong dan goreng tempe + tauhu

lepas tu potong kentang jadi macam potato chips dan goreng

udang sebagai penyedap rasa..nak pakai lobster pon boleh~

so-un

oke da siap semua bahan boleh la start tumis bawang+halia+cili, lepas tu masukkan udang+garam+gula secukup rasa,,agak2 dah wangi tu masukkan potato+tauhu+tempe yang dah digoreng tadi,,+asam jawa sedikit..camni la rupa dia..boleh masukkan petai sebagai penambah warna..

kemudian last sekali masukkan so-un yang dah di celur dalam air panas..dan tuang kicap masin/manis sesedap rasa dan ini lah hasil akhirnya tadaaaa~~

walaupun rupa akhir kurang menarik tapi orang kata "never judge a food by its appearance",,maka dari hasil kajian, kawan2 yang makan tadi untuk pertama kalinya kata SEDAP~so boleh la masak lagi lepas ni,,kot (kalo larat)~