Mar 27, 2011

final week

khamis dan sabtu baru ni student2 dah selesai mengikuti batch pertama exam kompre,,,,
malam tadi tiba2 palpitasi sendiri....berdebar tak tentu hala,,,
lepas ni maryam pulak akan ikuti exam kompre ni,,,
tapi tak bersedia lagi,,
lepas exam final blok13 ni nak kejar untuk exam kompre ni,,,
nak sangat masuk clinical dan habis cepat,,,mudah-mudahan Allah tolong maryam,,,

sebelum tu,,study betul2 utk exam blok13

Mar 24, 2011

neyo,,si kucing garang ,,,

di kawasan perumahan saya ni ada seekor kucing yang diberi nama neyo,,neyo adalah seekor kucing betina...dia memang lahir kat kawasan ni dan seperti raja...bila musim mengawan selalu bising kawasan sini pada hal cuma seekor je pun kucing betina kat sini,,(tak tau la kalo ade bepuluh kucing betina macam mana),,,sebenarnya bukan nak cerita tantang musim mengawan tapi nak bercerita tentang perangai kucing ni..

neyo ni kuat manja dia,,boleh bagi nama manjakani tetapi malas sebab kucing ni ganas gila...dengan orang lain yang tak bagi makan bukan main manja dia...terutama dengan lelaki spesis manusia,,,sangat gedik...kitorang tengok pon menyampah ,,ishk3...tapi bila dengan maryam&zubi (housemate) selalu kena gigit kaki ,,neyo suka datang gesel2 badan nak manja lepas tu sedar-sedar kaki kena gigit OUUCCHHH SAKIT!!,,jenuh fikir kenapa kami yang di attack???jahat sangat ke kami ni??rasanya neyo tau kami yang rajin bagi makan kat dia jadi kalau tak bagi makan nanti dia gigit la tanda lapar....ok jawapan ni mungkin dapat dijawab kat padang masyar nanti oleh si neyo...

semalam kena gigit dek kucing ni kat ibu jari kanan sepanjang 1.5cm,,dalam jugak sebab memang darah mengalir je lepas tu,,,darah mengalir saya tak beberapa kisah sebab saya tau saya bukan penderita haemophilia..masalahnya mana la tau kucing ni pengidap rabies,,huhu,,mati la saya,,,tapi da 2hari insyaAllah takde apa2 kot,,dah tekan2 bagi darah keluar, sapu pulak alcohol,,,letak lagi minyak gamat,,mudah-mudahan cepat sembuh,,dah la kena ibu jari kanan,,saya yang gemar sms pun jadi malas nak sms,,huhuhu,,(tapi tetap sms jugak kn,,)~


neyo,,jangan lah garang sangat,,kesian la kat orang yang rajin memberi mu makan ,,walaupun hati dan tangan kata tak nak bagi makan dah coz mogok mode,tetap bg makan jugak lepas tu dan tadi,,uhuk3 ,,,sedih,,,,,tak sampai hati,,,,(kalau la kucing ni tak cumel memang tak bagi makan dah kot,,bias habis haha XD )

bahagia =)

alhamdulillah selesai exam skillslab,,,next week adalah final week before exam,,,lepas tu grad sebagai doc. muda ,,,tak sabar sangat,,,bakal menjalani hidup di hospital pulak lepas ni :)

dan alhamdulillah ibu abah dah selamat sampai malaysia hari ni dari umrah,,,

semalam dapat 4kali misscall tapi tak di angkat sebab hp silent,,lagi pun memang tak suka jawab phone call pun lagi-lagi no yang tak dikenali,,,tak lama lepas tu dapat lagi call dari no sama,,,bila angkat dengar suara laki kat hujung sane

"kenapa tak angkat??=="

huhuuu abah rupanya~abah nak habiskan kredit sebanyak rm90 (simkad arab saudi sana),,,borak-borak dengan ibu,,ibu beli 2jubah n inai untuk maryam,,yeahhh,,memang suke pakai inai sejak azali hehe ^^ ni la yang tak sabar nak balik malaysia ni~

rupanya ibu curi-curi waktu je nk pergi shopping..tu pun tak beberapa nak shopping sebab nanti ibadah kurang....bagus-bagus ^^ teringat lirik lagu raihan untuk lagu ni :

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima



kalau lah dapat pergi haji kan best,,,tak dapat haji,pergi umrah pun dah happy =)

Mar 19, 2011

minggu2 yang memenatkan~

minggu yang sangat busy,,,,dah ada list yg perlu dibereskan dalam masa terdekat ni,,,antaranya:

1. ukur baju untuk : clinical, on call, OT dekat tempat jahit baju
2. pergi unand atas n selesaikan kad pustaka, yudisium (grad), dan sijil bakti
3. contact pak usman kat jakarta yang tak pernah nak angkat call dan balas sms lepas duit masuk untuk urusan pemanjangan visa
4. topup
5. study nak exam lagi 2minggu + nak bahas soalan next week
6. exam skillslab khamis ni
7. bayar bil elektrik & internet
8. kuruskan badan (perlu ke terselit jugak??)
9. pergi ambil gambar hitam putih untuk sijil grad nanti

alhamdulillah hari ni dah beres list no 1,4,9
nak dijadikan cerita ,,on the way ke tempat ukur baju tu tiba-tiba berlaku excident depan mata ,,uhhhh ngeri,,antara lelaki local yang dah clinical dengan perempuan tak dikenali,,cm student 1st year,,berlaga dua-dua motor,,,nasib baik tak bawak laju....dan nampak perempuan tu jatuh dengan bahu dulu yang jatuh,,,alhamdulillah bukan kepala yang kena dulu,,,,sebelum kejadian tu memang tengah perhatikan dua2 yang bawak motor tu,jadi memang jelas apa yang berlaku,,,yang lelaki tu mungkin da kaget dan malu so buat2 cool mengawal situasi,,geli hati pun ada....dah la dua2 pun tak pakai helmet,,,tak ambil pengajaran betul la mereka ni...cukup la kes abang yagnes hari tu jadi arwah...

lepas tu pergi ukur baju,,harap sangat ada perempuan...tuptup 3laki,,ARGGHHHHHH!!!!kenapa la takde tukang ukur yang perempuan ==" geli betul....tadi pun sengaja pakai baju labuh2 besar2 dengan tudung labuh sebab nak bagi abang tu tau yang client dia seorang ni tak nak dijahitkan baju yang fit/ketat,,,style kat sini baju budak2 clinical semua fit2,,macam baju perempuan kedet polis sekolah tu,,huuuuu,,suka la orang kat hospital cuci mata,,,goliden~~huhh~~alhamdulillah abang tu faham dan kata "adik ni memang biasa pakai baju labuh2 ye ,abang buatkan baju tu tutup punggung sampai habis"~~huhhhh lega dengar~~mudah-mudahan minggu depan bila dapat baju tu puas hati la~

lepas tu pergi ambil gambar,,,pakai punye selekeh,,,,kakak kaunter tu tanya,,"nak pakai bunga ke dik?" jawapan ku "xnak",,,,,ditanya lagi "tapi pakai make up kan?",,jawapan ku "gambar kan hitam putih,kalau pakai make up pun bukan nampak"~~hahahha~~kat sini kalau ambil gambar camtu mesti nak pakai tudung lilit cam nak tecekik tu + bunga besar seketul kat tepi kepala~hahhahhaa~~goliden~~takde masa nak pakai camtu =="

dah lama x ambil gambar,,pipi makin BULAT aouchhhhh

p/s : diorang kata nak awalkan grad ke bln4,,masalahnya saya nak kena balik malaysia perbaharui visa,,,adeh macam mane ni??????,,,20mei xboleh keluar dari indo dah,,tersepit betul,,,,mduah-mudahan semuanya berjalan lancar,,,amin,,,

Mar 14, 2011

bebuka lagi

kolak untuk berbuka hari tu tak habis lagi dah buat juadah yang lain,,,
(tinggal lagi 1tupperware kecik)
hari ni buat popia goreng~emmmmm cedap^^
buat pencuci mulut ni rasa macam bulan puasa pulak~
puasa nazar dari 39hari insyaAllah tinggal lagi 15hari lepas berbuka ni ~
dari blok9-21 dah bernazar bila lulus je nak puasa 3hari nazar/blok,,,so dapat la total 39hari~
nanti dah masuk clinical tiap kali lulus exam puasa nazar sehari pulak~


oh ye,,lepas gempa bumi di Jepun dengarnya penduduk di Indonesia kena berhati-hati...
lagi-lagi kami yang di Padang ni,,,
saya pasrah,,malas fikir,,,kalau dah ajal tak ke mana,,,
lebih baik bersedia dengan amalan sebanyaknya...
ni ada warning dari orang ramai,,sumber CNN kot..

A nuclear power plant in Fukumi, Japan, exploded at 4.30am today, if it rains tomorrow or later, DON'T go outside! If you are outside, please make sure that you have rain protector. It's acid rain. DON'T let it touch you. You may burn your skin and hair or have cancer!! Please pass it to everyone~Stay Safe! =)

(forward message ni adalah tidak benar sama sekali jangan terpercaya)

Mar 12, 2011

~pasar~

nak pergi pasar borong sayur!!!
nak makan brokoli~emmm sedap!!!
sini sayur je yang murah lain mahal~
lepas tu nak cari 3 jenis ubi :
ubi kayu, ubi keledek dan ubi ungu
tapi ubi ungu cam susah nak jumpa,,,
nak buat bubur/kolak cam kat bawah ni untuk bebuka,,harap jumpa la bahan-bahan....




update

baru balik dari pasar setelah dekat 2jam putar2 tempat sama ,,tapi hampa sebab brokoli semua da tak fresh + sini jual sagu besar xmacam kat malaysia ,,lepas ni import sagu dari malaysia je lah,,,ubi ungu pun takde~tapi ganti beli labu,,,penatnya,,total barang yang di angkat tadi dekat 10kg,,,rasa hilang tenaga,,,tapi tetap semangat nak berbuka dengan kolak ^^

Mar 11, 2011

UmRah


alhamdulillah hari ini ibu & abah bakal menunaikan umrah ,, 1st time mereka menjejakkan kaki di tanah suci setelah bertahun memendam cita-cita,,

hari tu ibu tanya "maryam nak kirim salam kat Rasullulah?" , ya, insan itu benar2 wujud ,,bukan sekadar nama pahlawan islam dalam buku-buku sejarah & al-Quran...air mata meleleh,,alangkah cemburu nya di kala ini...sangat mengharap dapat pergi bersama mereka dan "bertemu" dengan Rasullullah ...

pagi ni jam 6 wib bersamaan jam7 pagi malaysia...dapat sms dari ibu

"salam, jika ibu meninggal,tolong gantikan puasa ibu 2hari,tanah kat kelantan jual dan sedekah untuk pembinaan rumah anak2 yatim, insurans ada kat ......, duit dalam kwsp, tabung haji,bayar hutang rumah kat pristana, ambil rumah 1 sorang, emas bahagi ikut faraid, kalau abah masih ada jangan tamak, abah dah tua dan tak ada kudrat lagi. jadilah seorang yang suka bersedekah.ibu mintak maaf banyak2 atas kelemahan dalam mendidik, ibu maafkan semua dan ibu halalkan semua"

rasanya anak mana pun kalau sayangkan mak ayah mereka dan dapat mesej macam ni akan menitiskan air mata..bagi maryam,,,maryam tak perlukan harta tu semua,,,cukup lah ibu abah sebagai harta maryam...maryam doakan mudah-mudahan ibu abah dapat umrah mabrur,,selamat beribadah dan mudah-mudahan selamat pergi&pulang ke tanah air....

sangat menantikan tanggal 24 Mac ni,,,

maryam sayangggggg sangatttt kat ibu abah!!!!!!!!!!!!!!!

Mar 10, 2011

lesson (1)



kat dunia ni memang macam-macam manusia,macam-macam punya ragam..meh nak tekankan sikit kat sini,,,ni ada satu spesis yang saya kenal, takde la rapat, tapi bila nak pinjam barang orang bukan main merayu,,janji itu ini,,tapi bila nak pulangkan boleh pulak lupa (tak tau la kalau buat2 lupa kan),,last-last kita pulak yang kena terhegeh gi call dan ambil barang yang dipinjam orang tu,,memang pantang betul la kalau ade spesis macam ni,,,

saya tak tau spesis ni dapat didikan yang macam mana/memang diri sendiri tak nak berubah...kita kalau dah pinjam barang orang,jangan tunggu sampai orang yang meminjam datang meminta..kalau rasa diri tak dapat pulangkan, pergi la merayu kat orang lain untuk pulangkan balik barang yang dipinjam,,jangan sampai yang meminjam DAH X NAK BAGI PINJAM LEPAS NI..tak kira la ni baru kali pertama pinjam,,,itu dinamakan 1st impression...

tak kira anda muda/tua atau busy sekali pun, sila rasa MALU kalau meminjam barang orang,,kalau rasa terlupa SILA MOHON MAAF YANG SEBENARNYA kalau terlupa dan yang paling penting cepat2 pulangkan bila dah tersedar kesilapan sendiri...lagi-lagi kalau dah tau barang itu memang sentiasa digunakan & diperlukan oleh si peminjam....

sekian pengajaran untuk hari ini.

Mar 9, 2011

rindu

. . .rindukan rumah. . .
~sebulan lagi,,,banyak2kan bersabar~

Mar 2, 2011

chapati & resepi


hari isnin baru ni, parents housemate datang padang~
pior darah pakistan tu,,cakap pun bahasa Urdhu (camne ntah eja dia),,bahasa yang sangat halus dan lembut,,sampai2 je mak dia bawak chapati dari malaysia (homemade punye ok)~so sweet ^^
,,siap bawak tepung lagi tu,,,punya la happy dapat belajar buat chapati ,,(sebab saya memang penggemar makanan2 yang berasal dari pakistan/arab ni hehehe)


dari sumber makcik dia kata chapati ni dibuat dari tepung Atta (tak pasti ejaan juga),,

1) tepung Atta + air + minyak sikit ,maybe + garam sikit kot = digaul sampai adunan rupa mcm ni,,melekit-lekit seperti gambar di atas



2) tarik sedikit adunan (1) dan letak di dalam pinggan yg berisi tepung Atta..bulat kan dia

3) tipiskan sepanjang bulatan adunan tu dan start penyekkan dan tepuk-tepukkan adunan ke tangan kiri-kanan-kiri-kanan sampai jadi bulat (ok part ni saya rasa susah sebab da try buat dan hasilnya jadi oblong bukan bulat,,tak pasti kalau boleh pakai roller nak penyekkan dia atau tak,,hehehe)


ulala memang sangat sedap!!!

mereka kata siapa yang on diet / mengidap diabetic boleh la ambil chapati sebagai pengganti karbohidrat sebab tepung Atta mengandungi karbohidrat yang paling sedikit dibandingkan dengan semua tepung jadi siapa nak slim makan chapati tau...jangan makan chapati dengan nasi pulak,,melampau namanya tu ^^

time buat ni ada soalan cepumas saya lontarkan pada makcik
"ehhh macam senang la buat chapati ni,,makcik,kalau buat pakai tepung gandum agak2 jadi tak macam ni ?"
balasannya
"ntah la,,jadi lempeng la kot"
tiba2 rasa malu dengan soalan sendiri pada hal rajin je buat lempeng tapi gi tanya soalan cepumas 1ni~hahaha~
adunan chapati dan lempeng lebih kurang je adunan dia cuma tepung je yang lain~

sekian ^^

p/s : ni kalau beli kat kedai mamak berapa kena charge?rasanya modal nak buat murah je~