Jun 23, 2011

forensic (3)

hari yang sangatttt penat,,dari pagi ada bimbingan,,kemudian terus pergi imigresen,,balik rumah sempat solat asar je dan keluar pergi beli modem internet yang rosak lepas petir kuat semalam,,balik baru je nak main2 dapat mesej

"teman2, ada warga negara malaysia mau pem. luar jenazah...mungkin bisa di otopsi,,datang aja dulu"

malaysia????
malam tu dari jam8pm tunggu sampai jam10 baru start buat autopsi dan selesai pada jam3am,,huhhh penat!!!!!kaki rasa nak tercabut....alhamdulillah dapat belajar....dua hari sebelum tu dapat mangsa lemas tapi family nya tak bagi buat pem. luar...jadi ada yang kecewa,,sekarang datang pula kes yang lebih berat....lepas autopsi baru tau penyebab kematian arwah....

arwah,seorang lelaki berumur 57tahun (seperti dalam surat keterangan visum),warganegara malaysia...seorang pilot angkatan tentera udara malaysia (ATM) yang meninggal selepas pesawat yang dibawa arwah jatuh dan tersangkut pada pokok (kata mereka pokok rambutan wallahualam) semasa raptai petunjukan aerobatic pesawat tentera indo-msia...patut la dalam 2-3hari sebelum tu asyik dengar macam bunyi kapal terbang perang kat atas langit padang....link dari utusan...dan video + video kejadian dr uncle youtube...

yang bestnya ,,kawan local yang perasan,,,"wajahnya bersih" kata sorang kawan ni,,lepas perhatikan wajah memang bersih,,,nampak tenang,,semasa jenazah di miringkan untuk tengok luka kat belakang tubuh tiba2 nampak wajah dia lebih jelas,,,arwah sedang tersenyum =) alhamdulillah kali kedua tengok wajah orang muslim yang meninggal, tersenyum depan mata....

mudah2an arwah bersama golongan2 yang disayangi Allah di sana,,,buat isteri dan anak2nya...mudah2an kuat menerima musibah ni,,takziah di ucapkan,,,,ajal maut di tangan Allah,,xsiapa tahu bila ajal bakal menjemput,,dan yang paling di inginkan adalah kematian dalam ketenangan,,selesai sudah tanggungjawab arwah di bumi,,,,lepas ni giliran siapa..mudah2an jadi pengiktibaran buat kita yang masih hidup supaya tetap dilandasan seperti yang diinginkan Allah dengan menjadikan Al-quran sebagai panduan hidup dan islam sebagai agama rohani jasmani....insyaAllah kita akan tetap bersama di syurga kelak...ameen...

-Al-Fatihah-

p/s : pagi kul7-30 am sampai je kat forensic baru 6orang yang datang dari 25 orang~tu pun semua tido...


2 comments:

life said...

pergi kelas tidur -_-

Anonymous said...

Mohon share story