Mar 11, 2011

UmRah


alhamdulillah hari ini ibu & abah bakal menunaikan umrah ,, 1st time mereka menjejakkan kaki di tanah suci setelah bertahun memendam cita-cita,,

hari tu ibu tanya "maryam nak kirim salam kat Rasullulah?" , ya, insan itu benar2 wujud ,,bukan sekadar nama pahlawan islam dalam buku-buku sejarah & al-Quran...air mata meleleh,,alangkah cemburu nya di kala ini...sangat mengharap dapat pergi bersama mereka dan "bertemu" dengan Rasullullah ...

pagi ni jam 6 wib bersamaan jam7 pagi malaysia...dapat sms dari ibu

"salam, jika ibu meninggal,tolong gantikan puasa ibu 2hari,tanah kat kelantan jual dan sedekah untuk pembinaan rumah anak2 yatim, insurans ada kat ......, duit dalam kwsp, tabung haji,bayar hutang rumah kat pristana, ambil rumah 1 sorang, emas bahagi ikut faraid, kalau abah masih ada jangan tamak, abah dah tua dan tak ada kudrat lagi. jadilah seorang yang suka bersedekah.ibu mintak maaf banyak2 atas kelemahan dalam mendidik, ibu maafkan semua dan ibu halalkan semua"

rasanya anak mana pun kalau sayangkan mak ayah mereka dan dapat mesej macam ni akan menitiskan air mata..bagi maryam,,,maryam tak perlukan harta tu semua,,,cukup lah ibu abah sebagai harta maryam...maryam doakan mudah-mudahan ibu abah dapat umrah mabrur,,selamat beribadah dan mudah-mudahan selamat pergi&pulang ke tanah air....

sangat menantikan tanggal 24 Mac ni,,,

maryam sayangggggg sangatttt kat ibu abah!!!!!!!!!!!!!!!

Mar 10, 2011

lesson (1)



kat dunia ni memang macam-macam manusia,macam-macam punya ragam..meh nak tekankan sikit kat sini,,,ni ada satu spesis yang saya kenal, takde la rapat, tapi bila nak pinjam barang orang bukan main merayu,,janji itu ini,,tapi bila nak pulangkan boleh pulak lupa (tak tau la kalau buat2 lupa kan),,last-last kita pulak yang kena terhegeh gi call dan ambil barang yang dipinjam orang tu,,memang pantang betul la kalau ade spesis macam ni,,,

saya tak tau spesis ni dapat didikan yang macam mana/memang diri sendiri tak nak berubah...kita kalau dah pinjam barang orang,jangan tunggu sampai orang yang meminjam datang meminta..kalau rasa diri tak dapat pulangkan, pergi la merayu kat orang lain untuk pulangkan balik barang yang dipinjam,,jangan sampai yang meminjam DAH X NAK BAGI PINJAM LEPAS NI..tak kira la ni baru kali pertama pinjam,,,itu dinamakan 1st impression...

tak kira anda muda/tua atau busy sekali pun, sila rasa MALU kalau meminjam barang orang,,kalau rasa terlupa SILA MOHON MAAF YANG SEBENARNYA kalau terlupa dan yang paling penting cepat2 pulangkan bila dah tersedar kesilapan sendiri...lagi-lagi kalau dah tau barang itu memang sentiasa digunakan & diperlukan oleh si peminjam....

sekian pengajaran untuk hari ini.

Mar 9, 2011

rindu

. . .rindukan rumah. . .
~sebulan lagi,,,banyak2kan bersabar~

Mar 2, 2011

chapati & resepi


hari isnin baru ni, parents housemate datang padang~
pior darah pakistan tu,,cakap pun bahasa Urdhu (camne ntah eja dia),,bahasa yang sangat halus dan lembut,,sampai2 je mak dia bawak chapati dari malaysia (homemade punye ok)~so sweet ^^
,,siap bawak tepung lagi tu,,,punya la happy dapat belajar buat chapati ,,(sebab saya memang penggemar makanan2 yang berasal dari pakistan/arab ni hehehe)


dari sumber makcik dia kata chapati ni dibuat dari tepung Atta (tak pasti ejaan juga),,

1) tepung Atta + air + minyak sikit ,maybe + garam sikit kot = digaul sampai adunan rupa mcm ni,,melekit-lekit seperti gambar di atas



2) tarik sedikit adunan (1) dan letak di dalam pinggan yg berisi tepung Atta..bulat kan dia

3) tipiskan sepanjang bulatan adunan tu dan start penyekkan dan tepuk-tepukkan adunan ke tangan kiri-kanan-kiri-kanan sampai jadi bulat (ok part ni saya rasa susah sebab da try buat dan hasilnya jadi oblong bukan bulat,,tak pasti kalau boleh pakai roller nak penyekkan dia atau tak,,hehehe)


ulala memang sangat sedap!!!

mereka kata siapa yang on diet / mengidap diabetic boleh la ambil chapati sebagai pengganti karbohidrat sebab tepung Atta mengandungi karbohidrat yang paling sedikit dibandingkan dengan semua tepung jadi siapa nak slim makan chapati tau...jangan makan chapati dengan nasi pulak,,melampau namanya tu ^^

time buat ni ada soalan cepumas saya lontarkan pada makcik
"ehhh macam senang la buat chapati ni,,makcik,kalau buat pakai tepung gandum agak2 jadi tak macam ni ?"
balasannya
"ntah la,,jadi lempeng la kot"
tiba2 rasa malu dengan soalan sendiri pada hal rajin je buat lempeng tapi gi tanya soalan cepumas 1ni~hahaha~
adunan chapati dan lempeng lebih kurang je adunan dia cuma tepung je yang lain~

sekian ^^

p/s : ni kalau beli kat kedai mamak berapa kena charge?rasanya modal nak buat murah je~