May 11, 2011

dalam duka ada bahagia :)

baru dapat berita daripada seorang senior bahawa adik perempuannya yang berusia 23tahun mengambil jurusan medic di universiti tempatan telah didiagnosa dengan cancer ovari ..semuanya bermula semasa teman adiknya itu melakukan pemeriksaan fizik ke atas abdomen tubuhnya dan mendapati terdapat benjolan...setelah diagnosa ditegakkan,adik perempuan senior ni pun di operate..

nak dijadikan cerita, selepas tunangnya (belajar di mesir course agama) dapat berita ni terus dia ajak adik perempuan senior ni nikah...insyaAllah mereka akan menikah bulan september ini .. yang sweetnya, mereka tidak pernah bertemu dan hanya dikenalkan oleh orang tengah melalui gambar,masing2 setuju dan buat2 bertunang jarak jauh...subhanallah..dalam duka rupanya tersirat seribu hikmah..semoga bahagia ke syurga...