Jun 7, 2011

forensic (1)

semalam merupakan 1st day kat forensic,,tuptup nama termasuk dalam list untuk 1st on call pada malam semalam...semua memberi alasan baru selesai on call pada posting sebelum ni dalam erti kata lain "membuli" kami yang baru masuk posting (cheese),,,mentang2 forensic semua mengelat(penakot!!)...

nak dijadikan cerita,,kami berlima bekerja malam tadi,,dan sepanjang hari semalam ada 5case...

1case di pagi hari melibatkan seorang nenek di belasah (punca-xpuas hati), kemudian tengahari ada 1case budak perempuan kena rogol, petang tu 2case melibatkan perkelahian antara saudara sampai tumbuk mencekik (gile la diorang ni =="), dan malam tu ada 1case atok berusia 90tahun kena rompak,,wallet,duit 6juta semua kena curi,,yang kelakarnye gigi palsu pon kena curi sekali gile tol ishk3 (xtau la kalau gigi palsu emas kn tapi xheran pun sebab senior punya tongkat pun ada yang sudi curi),,lepas tu malam tadi tiba2 dapat call dari perinatology kata nak letak mayat baby yang meninggal,,,yang ni paling kelakar,,mula2 semua excited tapi last2 semua nak cabut tapi memandangkan ada sorang lelaki so dia la kena bertanggungjawab (nasib baik takde case mayat excident yang dihantar),,,malam tu kami borak2,,,biasanya senior2 cerita 1st day on call jarang ada case,,,ni sampai 5case+1mayat,,antara kami berlima ada mulut yang mengatakan "ada bau2 darah segar dokter muda yang baru masuk ni" = maryam n kawan sorang ni,,,yang peliknya pagi tadi takdde pulak apa2 case so group on call malam tadi lagi la duk ulang2 benda sama,,hehe,,itu namanya rezeki^^ alhamdulillah,,,dari tak tau nak buat apa terus rasa tambah skill ^^

kisah baby yang meninggal ni agak tragis,,time di hantar ke ruang mayat ,family arwah takde,,,,baby ni dah berusia 6hari,,sejak lahir berada di hospital dan punca kematian tidak diketahui,,dari surat yang disertakan dari bahagian perinatology tercatat ayat ni :

"tapi sampai sekarang keluarga tidak datang juga,telah dihubungi lagi malam ni,keluarga mengatakan tidak punya uang untuk membayar biaya perawatan dan keluarga sudah tidak mau tahu tentang pasien ini"

nak nangis lepas baca,,semua terkedu kat ruang jenazah tu ... sedih sangat..tapi yang menariknya baby ni dah meninggal sejak jam12.30pm dan sampai pada kami pada jam 10-30pm,,dah 10jam,,,tapi mayat masih lembut macam baru meninggal dan bercak darah pada kain masih merah seperti fresh blood...takpe,,syurga menanti mu wahai baby :) Allah lebih menyayangi diri mu :) tapi baby ni agak kesian jugak la sebab kebetulan sewaktu orientasi pagi tu jaga kat situ tak beritahu untuk hidupkan fridge kalau ada jenazah dibawa ke situ(ok perkara ni mrym da bagi tahu diorang malam tadi tapi semua blur sebab diorang kata fridge tu dah sejuk maybe dah di "on" kan),,,tiba2 je pagi tadi bapak jaga tu datang dan bagi tau semua orang yang kali on kan fridge tu (harap2 baby tu xbusuk la hehee),,

esok nak tanya diorang kot kot ada yang dapat case menarik ke,,,tapi baru 2hari dah rasa penat,,malam tadi dapat la tidur tapi tak nyenyak,,sakit tulang,,tilam nipis sangat +terbayang2 baby kat bilik jenazah belakang tu (cuma kami berlima sahaja di ruang forensic tu sepanjang malam tanpa jaga atau siapa pun),,rupanya bukan mrym je yang terbayang2,,semua kat situ pon terbayang2 jugak dan semua nampak ngantuk pagi tadi hehhehe(diorang takut sampai gi kuatkan tv kat bilik tu sampai mrym lagi xdapat tidur dengan lena,,)~lepas ni mungkin leh tambah aktiviti yang lebih menarik bila on call tiap 5hari sekali~penat la sabtu ni,,pre test,kena gi unand atas kemudian on call,,dunia kat hospital jauh berbeza di alam kuliah...esok pula ada soal jawab,,list dah buat,,banyaknya benda yang nak si settlekan,,mudah2an diri ni cepat addapt dengan dunia hospital =)

4 comments:

sihat said...

kenapa kalau nak komen ni kena "GeLi-GeLi" ? ><

MaRyAm DzuLkifLi said...

mane tau de kutu ke tu geli geli ><

otai said...

tukar la "GeLi-GeLi" tu ><

MaRyAm DzuLkifLi said...

hari tu mmg nak tuka tp cari2 tempat tukar tu xjumpa >< tu yang tak tuka2~