Jul 26, 2011

miracles do exist :)

kadang2 manusia tak sedar yang hitungan sezarah kebaikan telah dibalas secara tidak langsung di dunia (dan insyaAllah di akhirat juga),,,

pernah tak rasa kita dah usaha semaksimum mungkin,,dah doa sampai tak terkira juraian air mata yang keluar supaya dimakbulkan Tuhan tapi tetap tidak dimakbulkan,,,mungkin ada benarnya kata2 bahwa doa tidak dimakbulkan kerana ada yang LEBIH baik yang menanti,,tapi pernah tak terlintas sesuatu,,

"dengan memudahkan hidup orang lain secara tidak langsung Allah akan memudahkan hidup kita"

orang minta bantuan tenaga kita tak merungut dan ikhlas membantu kerana Allah
orang minta ajarkan ilmu kita dengan ikhlas ajarkan kerana Allah
semuanya kerana Allah

inilah pengajaran dalam hidup ku,,,dengan memegang kata2 dari ibu ku
"jangan pernah buat sesuatu yang kita tak suka jika orang lain lakukan kepada kita"
secara tidak langsung membuat ku lebih cepat rapat dengan manusia di sekeliling ku,,
senyuman,bantuan,,bersabar,,,tidak merungut,,ikhlas,,jujur,,semua ini mengajar ku kepada suatu hubungan yang indah sesama manusia,,

walaupun kadang2 diri ni tak sempurna,,kadang2 mulut potpetpotpet merungut tak puas hati,,hakikatnya jika semua itu di isi dengan kesabaran mudah2an tiada yang susah,,,sebab yang menyusahkan manusia pada azalinya adalah yg "bertanduk",,maka, jangan pernah kedekut dengan apa yang kita miliki,selagi masih ada kudrat bantulah manusia yang memerlukan bantuan,,baik bantuan tenaga, ilmu,kewangan dan apa2 yang boleh dibantu beri lah (jika mampu),,sebab semuanya itu milik Allah,,kadang2 kita tak sedar permintaan bantuan itu adalah suatu ujian/jongkong emas buat kita...menerima / menolak?keputusan pada diri sendiri,,,menolak bermakna anda tidak lulus ujian Allah dan kehilangan jongkong emas,,menerima bermakna anda berjaya melepasi ujian Allah dan dapat jongkong emas,,indahnya tawaran Allah yang tidak di sangka2..

semua ni bukan lah bermakna pada haiwan kita boleh ambil mudah,,tanpa disedari sebenarnya haiwan juga mampu membuat manusia dari hampir masuk neraka dapat masuk syurga,,,berbuat baiklah pada haiwan,,sayangi dan berikanlah sebahagian rezeki milik Allah pada mereka,,,tak papakedana nya kalau kongsi rezeki :) sayang sesama makhluk Allah=disayangi Allah,,ameen :)

mudah2an bila doa ku kebelakangan ni sering dimakbulkan Allah, harap sangat merupakan suatu kebaikan buat diri ku,,bukan suatu istidraj,,naudzubillah...

No comments: