Jul 27, 2011

suara hati ku di malam hari,,

hidup ini cuma sebentar,,
walaupun hidup ini tidak sesempurna hidup mereka yang lebih beruntung,bersyukur sahajalah seadanya,,gembira,sedih,ketawa,menangis,stress,jatuh dan bangkit kembali sering menjadi permainan hidup,,,,

jatuh dan bangkit ,,,
rasanya dah berpuluh kali merasa,,
menangis,,,dalam seminggu pasti ada,,,,
ketawa sopan santun,,,setiap hari kot kecuali bila bersendiri ,,,
walau banyak salahku dengan Allah, Allah masih sudi memberikan ku keluarga dan teman2 yang menyayangi ku,,masih sudi memberi ku rezeki,,masih sudi mengabulkan doa2ku,,masih sudi memberi ku menghirup oksigenNya,,kadang2 bila mrym buat salah,Allah terus tunjuk suatu "pengajaran" buat mrym,,mrym sedar tu,,terima kasih ya Allah,,,walaupun sakit dan berbekas, mrym akan cuba accept sebagai suatu pengajaran hidup dari Mu,,
bila pandang langit,selalu terlintas difikiran,,Allah sedang melihatmu maryam tapi maryam tak nampak,,agak2nya bila mrym dapat jumpa Allah?,,soalan yang sering buat ku mengalirkan air mata,,mudah2an pengakhir hidupku adalah pengakhir yang baik,,,
walau apa yang berlaku,,moga Allah sentiasa memayungi ku dengan rahmatNya,,,
maryam membawa maksud "yang tinggi",,walaupun tidak semulia Maryam ibu nabi Isa,,,terima kasih Allah kerana membuat ibu memberi nama itu buatku,,bila dah besar,selalu menjadi motivasi buat diri ku,,maryam yang tinggi,,,mrym mesti boleh,,contohilah Maryam ibu nabi Isa,,,kuatkan diri mu maryam,,masih ramai yg tidak beruntung seperti dirimu,,Allah sentiasa bersamamu,,,

ya Allah,,jangan pernah tinggalkan ku keseorangan di dunia ini,,,bimbinglah diri ku yang mudah alpa,,,,ampunilah dosa2ku,,,,tempatkan kedua orang tua ku di istana yang indah di sana kelak,,,jangan pernah Engkau bebani kedua orang tua ku dengan kesalahan ku selama di dunia ini,, lembutkanlah hati ku untuk terus di jalan Mu,,dan kurniakan ku teman2 yang sering mengajak ku kepada kebaikan,,,biar hati ini kadang2 cenderung ke jalan yang salah, bantulah diri ku,,janganlah jadikan ku termasuk golongan wanita akhir zaman yang menjadi bahan bakar neraka,,ku sedar akan kesalahan2ku selama di dunia ini,,maka tolong jangan jemu mengampuni dosa2ku...
sesungguhnya rahmatMu dan ampunanMu lebih luas daripada kemurkaanMu ,,,

ameen...


No comments: