Jun 25, 2013

25.5.2013 versi kenangan

sebulan dah berlalu....
bila diingat kembali...
mungkin orang kata moment paling takkan dilupakan dalam hidup..
ye betul...
sebab orang lain moment yang tersusun rapi ..
yang mrym ni moment kelam kabut...
dah la kelam kabut nak balik msia....dengan segala urusan diperumit orang indo nih...
tapi yang paling tak boleh lupa kenangan masa nak akad nikah...
malam tu abang Muhammad kacau kata ni malam terakhir kamu sebagai anak dara cehhh...
dah berapa hari kot kena kacau....ada aku kisah?
sibuk pekatkan inai di jari tidur jam2pagi....
besok pagi bangun tolong abah masak lepas subuh dalam jam6am....
jam7am tukang mekap datang..
mandi cepat-cepat dan siap2 untuk di mekap..
"akak saya nak makeup yang simple n sweet ok"
tup2 hasil dia perghhhhh dengan bulu mata palsu tak tahan betul...
abg muhammad masuk je bilik terus komen2 arghhhhhh....dah la terima jela...
kakak tu agak kelam kabut sebab ada customer lagi seorang yang perlu di make-up juga so tudung yang dipakaikan agak tak rapi....dengan baju yang agak selekeh sebab buat masa berat 8kg lebih berat..walaupun bila pakai agak ok tp bila tengok gambar nampak tak kemas....(suka sangat dengan baju sebelah lelaki)....

jam10pagi tiba2 kelam kabut kata pihak lelaki dah datang.....
aihhhh tok kadi datang kan jam11 ....macam mana boleh miscommunication ni????
"maryam macam mana pihak laki boleh datang kul10 ni??"
"maryam tak tau kan hari tu dah bincang dengan ibu abah so mrym ingatkan bila zaid sebut pukul10 tu diorang baru bertolak dari rumah"

ok tu kelebihan kat pihak laki2 sebab kerana sejam awal tu sang suami agak rileks masa tok kadi datang siap boleh kenyit2 mata arghhhhh rasa nak ketawa je kuat2 kat situ geli hati betul TT

oh ye becerita tentang pihak laki2 datang awal....saudara2 mrym semua tak siap lagi dan kelam kabut juga....

dengan peristiwa bulu mata palsu yang sangat xselesa tercabut....call akak banyak kali tapi tak di angkat....kemudian pihak lelaki dah sampai...kemudian tiada sesiapa yang menemani ku untuk memberi advice pengantin kena macam ni macam ni macam ni.....tiba-tiba sepupu datang dan cakap "kak mrym,,ibu suruh turun duduk dulu kat bawah"....

dengan muka blur dan tak tau apa2 turun la tunggu cam pungguk rindukan bulan siap bersandar kat dinding sebab tak suka duduk bersimpuh kebassssss .....
tade orang pun...
lepas tu bila sorang2 pihak laki masuk tak tau la diorg konpius ke tak tapi bila sedara datang diorang bisik kat telinga mrym
"MARYAM PENGANTIN MANA DUDUK AWAL2 KAT LUAR..PENGANTIN TUNGGU DALAM BILIK DULU!!"

tiba2 muka rasa tak cukup tebal make-up
>.<

nampak kelibat akak datang mendekati mrym...
"akak!!!!bulu mata palsu cabutttttt nak wat camne mata mrym dah berair ni xtahannnnnnn"
"kenapa tak call akak suh datang awal??"
"xcall mende mrym dah call banyak kali tapi akk tak angkat!!!"

maka kami terus lari ke bilik belakang jadi macam dalam cerita "runaway bride"
dalam bilik tu rasa nak meletop je huuuuuuuuuuuu......malu kot dah tayang muka lama kat situ~
huwaaaaaaaaaaaaaaa T__T tapi paling selesa bila cabut bulu mata palsu tu  ~^^~

dalam 20minit dalam bilik nenek sedara panggil keluar kata tok kadi dah sampai...
sang suami dah setia menunggu...
dan mrym kena bersimpuh kat tengah2 ruangan....
nak kata nebes?tak!
masih malu kot tapi buat2 tak tau....
maka dimulakan dengan  ceramah dari tok kadi dekat sejam,,,akhirnya yang ditakuti tiba...
kaki kram!!! waaaa kram tak rasa apa2 dah..nasib kaki kiri je.....
dah risau....
sepupu kat sebelah duk try support bagi mrym selesa sikit..
ya Allah aku dah tak boleh concentrate kawmengaaaa TT
tok kadi : maryam dah boleh start ke?
mrym : hah?apa dia? (cam tak fokus sebab duk elokkan kaki yang kram)
tok kadi : dah boleh start ke mrym?
ibu : tok kadi tanya tu dah boleh start ke jawab jela ye (sambil berbisik)
mrym : ye ye boleh T__T
tok kadi : pengantin lelaki tolong cek betul ke ni pasangannya?
suami (sambil memandangku dan buat thumbs up) ceh sempat lagi buat aksi kelaka ehhh  XD
kakak : mrym ni adalah bahagian paling berdebar,,selamatlah (sambil berbisik dari belakang)
mrym :  hurm?ntah xrasa apa2 (monolog sendirian kerana dah kepenatan TT)
5minit gerak2 kaki biar lah orang nak kata apa asal kaki bahagia TT

abah : aku nikah kan dikau dengan anak perempuan saya Maryam inti Dzulkifli dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai
suami : aku terima nikahnya Maryam binti Dzulkifli dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai

 disambut kawan-kawan suami yang hepi sebab sekali lafaz....
dah baca doa dan tok kadi suruh mrym datang dekat untuk baca lafaz taklik...ok ni agak suspen sebab kaki baru baik dari kram TT
masa diri macam dah nak terjatuh....wuhhhhh apa pasal la ada je yang tak kena ni TT
duduk pula sebelah suami...rasa macam pelik sangat....pelik sebab masih rasa macam mimpi....
dia pula duk pandang-pandang yang mrym ni dah malu sangat kot rasa nak ketawa je
(noted : mrym kalau stress akan ketawa) TT

selesai,,naik ke bilik,,,dia menunaikan solat sunat...kawan2 dia duk ketawa2 nak tumpang toilet....betul la punya kawan....hehe...lepas tu sibuk nak ambil gambar atas katil ....mula-mula peluk bahu je....1st time membuatkan darahku menyirap....senangnya dia menyentuhku di depan teman2nya yang aku ni dah malu2 hondehhhh T__T

bila turun bawah semua dah lesap~
ehh takde sarung2 cincin ke???aduhhhhh~
last2 sepupu2 jela jadi saksi bersama adik beradik dan teman-teman sebelah suami~
seronok posing,,cium tangan cium dahi (ok cium dahi ni dah bagi tahu sebelum nikah yang mrym xnak cium2 dahi ni segan tapi tetap dilakukan..)

bersama pangeran-pangeran~^^~ ambil gamba selim sikit haha~


lepas tu?ntah la lepas tu bergamba dan apa2 ntah macam dah penat....penat senyum TT lenguh dah otot2 mulut ni....lepas pukul4 masuk bilik dan buang mekap yahooooo i hate those stuff melekat kat muka xdapat oksigen TT

keluar dari bilik semua dah senyum2..apa kena la makhluk2 Tuhan semua ni TT
tapi alhamdulillah sampai 3hari tu aku mampu membendung semuanya dengan buat muka toya basi hihihi...

tapi part yang tak boleh tahan masa tiba2 ibu cakap depan saudara2 semua
"HAHHHH MARYAM DAH BOLEH SOLAT????????????"
tercengang mrym >.<
"ibu tak leh cakap kuat lagi ke?nanti mrym bagi microphone" =.=

ohye,,kemudian resepsi kat sebelah lelaki,,,makeup dia lagi cantik....lebih sweet...tak macam semalam tu lebih heavy....(tapi abah kata nampak macam opera cina tu =.=)....time ni mekap tak pakai bulu mata palsu...awalnya tukang mekap cakap tak cantik kalau tak pakai bulu mata palsu tapi selepas mrym berkeras taknak pakai so dia terima la...sedang pakaikan maskara tiba2 tukang mekap tu kata "bulu mata mrym cantik la,,,tebal dan melentik tak pakai bulu mata palsu pun dah cantik"...alhamdulillah ....dah tau sebab melentik la bulu mata palsu taknak melekat~
lepas dah sampai kat dewan rasa macam cinderella je tempat makan beradab dia cantik sangat serius tak perlu pelamin....macam king n queen dah rasa....
suami bagi speech kat depan....dah berpeluh2 dia baca sajak....sweet betul ^^ sampai time hanimun pun mrym duk kacau2 dia tentang "cinta" hihihi....


ada tiga benda tak boleh lupa masa kat resepsi lelaki..
1. sempat terlepas dengar ucapan suami sebab makanan depan mata (ahhhh ini memang sesuatu yang menyakitkan TT nasib baik ada yang record ucapan tu..sedar2 dengar "yang paling cantik" disertai tepukan gemuruh dari tetamu,,,ehh ehhh nape ni???) aaaa nasib baik ada ibu kat sebelah bagi tau....hihihihi....walaupun time awal2 ucapan  tu sempat dengar dengan lagu latar belakang yang membuatku terharu....ohhh dirimu sunggu puitis suamiku T__T

2. nak makan dadih,,,,tapi takde masa nak merasa....bawak ke hulu ke hilir dadih tapi makannya idak....so last2 suami suruh letak balik....dengan mulut muncung bak kata suami leh sangkut hanger maka mrym pun letak balik dadih yg dah tak sejuk tu....tiba2 ada satu pakcik yang jaga kat situ cakap "ehhhh kenapa letak balik?nanti mengidam pengantin perempuan kita nanti"...ter-giggle pulak dengar pakcik tu cakap camtu sambil pusing ke arah suami dan melihat ada seorang perempuan sebaya suami memandang ke arah ku sambil mulutnye mengucap sesuatu yang semua orang nak dengar "ehhhhh comelnyeeeeee ~^^~" (ok dia tengah tunggu je mrym untuk selesaikan masalah dadih tu) ...perasan betul la mrym ni ~

bukti tengah pegang sudu untuk makan dadih tapi tak sempat2 merasa TT


3. orang tengah yang memperkenalkan aku dengan suamiku Aqilah dan suaminya Epul nak bergambar sebelum pulang...tiba2 Aqilah berbisik....
"mrym,,tadi ada orang yang duk semeja dengan kita puji kata pengantin perempuan comel sangat pastu kita kata kat dia pengantin perempuan tu kawan saya tau"
"hoiiiihahahhaa bangga nampak ada jela dia ni"
"ehh mesti ah bangga"

kesimpulannya :
1. macam2 masalah dihari nikah pada hal aku anak terakhir yang menikah dalam family TT
2. jangan terlalu perasan comel boleh tak?~
3.mekap membawa perubahan besar on your wedding day~
tukang mekap sebenar tengah holiday,,dsebabkan mrym desperate so minta jela sesiapa yang mekap lebih kurang macam dia..maka kak fiza kasi 2orang krew mekap ,,,satu utk time nikah n satu time resepsi lelaki...tapi makeup kakak ni mrym rekeman sangat sebab simple tapi sweet ..namanya kak fiza..boleh jahit baju untuk reception juga,,,harga berpatutan.... kak fiza walaupun penat masih boleh layan  kecerewetan pelanggan dia hihi thanx a lot kak fiza!!! ,servis bagus,mekap cantik....beruntung terbaca rekemen dari satu blog ni di awal desember 2012 yang lalu...ni link direct ke kakak tu makeup kak fiza juga tempahan baju pengantin