Feb 15, 2011

alah bisa tegal biasa

pada tahun 2008,,maka pembantu dekan 1 (PD1) naik pangkat menjadi dekan,,
kerusi pembantu dekan 1 pula di ambil oleh seorang wanita ,Specialist bahagian histo yang kamcing dengan dekan,,
maka ramai malaysian yang mengeluh,,kerana semasa si dia menjadi PD1 pun da terasa di diskriminasi,,,apa lagi menjadi dekan...

kami sentiasa dikatakan dapat mendapat tempat disini kerana mempunyai duit...setiap perkara yang dibangkitkan dari mulutnya seolah2 kami ni loser...seolah2 kami yang teringin sangat nak belajar kat sini..teringat kata2 dari mulutnya "kami tidak memanggil kamu ke sini tapi kamu yang nak datang ke sini "...kami seperti dipergunakan...namun tak siapa boleh lawan kuasa yang di atas...
doa dari mereka yang di aniaya,,maka pada tanggal 30sept2009,,dimana gempa yang terjadi di padang+kondisi kampus yang tidak aman+dijanjikan oleh kerajaan malaysia untuk pulang dan sambung belajar di malaysia maka ramai lah student malaysia yang pulang belajar ke malaysia....dari 300 malaysian students,cuma 100 orang sahaja yang masih setia di padang dengan alasan masing2....alhamdulillah,Allah masih sayangkan dekan..masih nak tunjuk siapa sebenarnya yang lebih berkuasa dan siapa yang lebih memerlukan...setelah kejadian itu, dekan siap bagi surat untuk memujuk malaysian student pulang ke padang,,,dan dia nampak lebih prihatin selepas tu dengan kami...panggil buat perjumpaan tanya apa masalah semua (tu pun sebab kejadian selepas gempa)...tapi kami semua seperti "lantak ko lah,hati ni dah sakit"...saya pasti,ramai malaysian student di sini hanya berfikir untuk belajar, habis cepat n pulang ke tanah air secepatnya...
ni hasil dari senior malaysia...tak ingat apa peristiwa time ni tapi rasanya ada gab 2hari je antara raya aidilfitri dan christmas tapi tak nak bagi cuti...pada hal x terfikir ke diorang, kami semua ni bukan tinggal di padang..semua dari kota yang sangat jauh...tambang tiket lagi..ingat murah ke semua tu...fikir la....
mereka memang gemar mengugut kami..selalu...kalau mintak sekali takpe jugak..ni tiap masa mintak..ingat kitorang berniaga mesin fotostat ape tiap masa nak fotostat untuk korang benda yang sama all over again...

nampaknya semua ni tidak berhenti setakat ni,,,setelah belang sang suami mulai surut,,sekarang belang isteri nya pula yang tampak...saya ingat kan cuma beberapa orang je yang tak suka kan dia,,,rupa2nya 1batch tak suka kan dia...masa blok20 hari tu, ada group yang dapat sang isteri (dikenali dengan PD4 coz lagak kalah pembantu dekan yang lain) ni sebagai instruktur OSCE..malangnya,cume beberapa orang sahaja yang lulus setelah exam beberapa kali dengan dia dan selebih 40 orang di fail kan...yang peliknya, anak2 doc yang exam dengan dia diluluskan pula...ada nampak bias tak kat situ...


"dekan dan sang isteri mempunyai seorang anak angkatan 2006 yang sedang clinical di hospital,,kalau diorang wat perangai dengan anak2 doc lain bermakna anak diorang yang tengah clinical tak kan selamat kerana bakal di fail kan,,,faham tak situasi ni....bermakna, kami yang bukan siapa2 di sini bakal menghadapi tantangan yang lebih hebat dari mereka...."


kalau dulu cuma kami yang ditindas,,,,sekarang korang pula rasakan apa yang kitorang rasakan dahulu...bukan senang nak belajar kat tempat korang ni,,,,memerlukan kekuatan mental...dengan media yang suka memburukkan malaysia lepas tu kami seperti di perli oleh beberapa pihak...rasanya kalau boleh di sukat air mata sejak datang sini, melimpah dah kot dari takungan...maka mereka yang memandang rendah pada kami pelajar malaysia yang belajar di sini, fikir2 kan lah...semua ni bukan mudah...belajar sama2 belajar macam tempat lain,,,tapi nak bekerjasama dengan mentality orang macam ni sangat susah...kata kami memujuk hati "takpe,kita semua bakal jadi doc yang kuat dari segi mental"...rasanya semua ni cuma berlaku di padang,,sebab bila tanya student2 yang belajar di serata indo,xde pula masalah macam ni....sebab tu padang xboleh buat twinning program dengan Uni kat malaysia,,,susah nak deal dengan orang2 seperti ini....lagi pun, student medic padang baik sangat..pernah tengok news kat jakarta..ada 1Uni yang dekan dia suka buat hal...lepas tu student protes sampai dekan turun takhta....

mudah2an Allah bagi hidayah kat orang2 seperti ni...hidup kat dunia tak lama...bukan selamanya korang pegang kuasa tu..kuasa tu cuma amanah sahaja...maka jaga lah amanah tersebut baik2...jangan sampai kami menuntut hak kami di sana kelak....

orang baik/jahat mana2 boleh jumpa...walaupun saya tak sabar nak jadi PR tetap malaysia, padang tetap akan menjadi kenangan suka duka saya :) ditemukan sahabat2 baik dari malaysia mau pun indonesia.. dengan pembimbing akademik saya Pak Endrinaldi yang concern dengan pelajaran dan masalah saya,,,semua tu kenangan berharga buat saya :) plus,saya sangat bersyukur mempunyai ibu yang sentiasa memberi semangat kepada saya dan sentiasa menyokong saya :)

2 comments:

Zaid said...

buat kempen cakap budak2 malaysia takyah datang padang dah pasni. keh3

MaRyAm DzuLkifLi said...

emmm hari tu shuk kata dia gi jakarta n ada news ckp mmg xkan hntr da budak medic ke indo n mesir...xtau la mksdnye ape~tp hrp sgt xde da yg datang cni :) biarlah cuma kami yang merasa,,,