Apr 29, 2011

apabila plan A berlegar dalam jiwa ;)

alhamdulillah selamat sampai malaysia,,hati berbunga2,,,balik tadi duduk belek2 jubah yang ibu beli masa umrah hari tuh...pakai dengan tudung labuh,,awwwww sooo suwit^^ orang kelantan ckp "nampok juruh/jughuh"~hehee,,,wanita itu keindahan diri nya bukan terletak pada bentuk tubuh nya tapi pada kesopanan pakaian nya^^ itu lah ciri2 wanita syurga (tapi kena la disertai akhlak yang mulia),,

pastu tadi tolong goreng ayam kampung,,ok saya tak tahu la kalau saya ni jakun ke tapi parents saya beli ayam kampung 10ekor order kat semenyih secara ONLINE!!WAHHHH HEBATTT!!!dan dihantar sendiri ke rumah!!!memang mudah~sedap ayamnya,,manis,,,dan insyaAllah HALAL TERJAMIN sebab beli dari orang islam (rasanya memang company islam xtanya lebih lanjut pulak tapi parents sangat berhati2 bab halal/haram ni)~alhamdulillah dah dibuka jalan~tapi link dia esok la letak,,,parents dah tidur,,


oh ye,,besok nak gi bookfair dengan sahabat x-padang~emmm nak usha buku apa ye~hehehe~start dah tu start dah tu ~^^~ (maryam sila jangan membazir~)

p/s : tak sempat lagi jumpa maiya anak buah kedua yang lahir pada 24feb lepas~

p/s : pergi pasar malam uhh cam heaven tengok makanan tapi ibu cuma bagi beli sate dan kerang je~huhhhh sedappp~~puas ^^ esok 1hari merayap so lemak sila bakar sepuas2nya heheh~~

p/s : beli buah untuk dulang hantaran pertunangan abang ahad ni,,insyaAllah dengan kenalan sewaktu form1 dulu,,student medic UPM,,,jelesnye saya....hurmm (mengeluh sendiri),,mudah2an ini jalan yang terbaik buat saya ~insyaAllah~peace~

Apr 28, 2011

balikkkkkkkkkkkkkk!!!

29april-5mei 2011
,,,tak buat apa2 plan pun tapi yang pasti ahad dah terisi penuh,,,esok lepas balik nak jumpa budak kecik tembam baru (ala xde hadiah pun untuk maiya) pastu sebagai duta kecik MYDIN USJ WAJIB PERGI SHOPPING SANA!!! hoyehhhh....~nak buat visa tak nak nak buat visa xnak,,,hurmm malas tol....esok subuh dah kena bersiap~malasss~(sebenarnye tak suka bila memikirkan nak kena naik kapal terbang..berapa tahun duk ulang alik pun xhilang2 fobia ni,,nasib baik la 45minit je..)...

Apr 21, 2011

yudisium tanggal 27april =rabu

alhamdulillah nak balik Malaysia dah Jumaat minggu depan bersamaan 29april,,ingat nak balik seminggu,,(walaupun x book flight 2ways untuk berjaga2) tapi,,tapi,,tapi,,tiba2 dapat pula sad news,,dari koordinator kompre (ujian final before msuk clinical) memberitahu pihak akademik kata exam kompre pada 13mei,,sebelum ni diorang kata jun dan dah budget timing paling awal pun 20mei n now suddenly diorang kata 13mei!!!!!!!!!!so nampaknya ubah plan balik Malaysia dalam 5hari je.....sedih ;'(

Apr 20, 2011

Wahyu terakhir kepada Rasullullah SAW (3)

Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w.bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w.memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka Rasulullah s.a.w. pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah s.w.t., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail a.s., "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah, "Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w., "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah s.a.w..

Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s., "Ya aku tahu" Rasulullah s.a.w.bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t" Berkata Jibril a.s., "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s., "Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud,"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Setelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibrila.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda,"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."

Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w.berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Wahyu terakhir kepada Rasullullah SAW (2)

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." ApabilaRasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." LaluRasulullah s.a.w. berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."


Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju. Setelah Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah s.a.w., siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu" Kemudian Rasulullah s.a.w.berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."

Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialahAllah s.w.t., kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku."

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya Rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra., "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w.berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kataRasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."



Wahyu terakhir kepada Rasullullah SAW (1)

sumber

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."

Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w.. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah mukaRasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali ra. berkata, "YaRasulullah s.a.w., Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".

Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara 'Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah s.a.w., 'YaRasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda." Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal ra., "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."


Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau. "Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah,Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?" Bilal ra. tidak menjawab pertanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.

Apr 19, 2011

Jika isteri menangis

rujukan : mukabuku


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA..

Apr 17, 2011

kecantikan wanita

selalu ada je idea nak di tulis tapi bila dah depan laptop ni jadi tak tertulis,,,dan memandangkan saya agak busy dengan exam final untuk masuk clinical lagi sebulan ,,rasanya nak copy paste je artikel2 menarik kat sini,,,buat rujukan saya di masa depan....jumpa kat blog mana ntah,,,xsempat save...juga dijadikan sebagai bahan kultum dalam usrah tadi...mengenai :

kecantikan wanita =)

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Apr 14, 2011

Andai Lelaki Tahu


jumpa di facebook dan sampai sekarang tak pernah jemu dengan isi2 nya =)

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.


Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda.

balik!!balik!!balik!!


insyaAllah yudisium antara 20-27 april,,bermakna dalam 2minggu lagi dah BOLEH BALIK MALAYSIA!!!!ehh dah berapa bulan ye tak balik???baru 4bulan dah kecoh cam tak balik setahun..tak sabarnya,,nak jumpa baby baru!!!!baby Sumaiya~emmm dah la gebu~hehe nak tengok baby nangis~rindu~

tapi cuti tak boleh lama2...ada lagi 2tahun untuk graduate yang sebenarnya....ya Allah rindunya kat Malaysia...

Apr 12, 2011

makanan tiruan

rasanya semua orang pun sekarang duk sibuk tentang kes telur tiruan ni...maybe baru start di Malaysia kot..kalau kat Indonesia dah masuk tv sekitar tahun 2008 dulu...hurm kalau nak bercerita tentang makanan, memang semua makanan kat dunia ni dah tak selamat..


TELUR : telur palsu/tiruan,,,yang tak tahan ada juga usus babi dan anggur yang di "klon'' pakai kaedah sama..teruk betul..oh ye,,bukan telur ayam je,,telur itik pun sama...lepas ni makan telur ostrich jela...tak tau la kalau lepas ni "klon" telur ostrich pula kan..

AYAM : ayam suntik..ada yang kata suntik hormon la nak bagi gemuk/besar cepat..pernah tengok rancangan kat sini..diorang dah siap sembelih dan cuci..diorang ambil macam pam basikal berhujungkan jarum dan suntik air ke dalam tubuh ayam sampai kembang (untuk beratkan timbangan),,tengok tu dah cukup rasa mual...patut la mase sekolah dulu bila cuci ayam macam ada selaput berair semacam...eeeuuuu ....

IKAN : ni...hurmm...dengar cerita di formalin kan untuk bagi tahan lama...formalin,bahan untuk mengawetkan mayat2 manusia ....kita makan mayat ikan eh??...

DAGING : daging segala macam jenis daging....ada apa2 kisah tak tentang daging??rasanya ada tapi lupa sebab jarang makan..kalau tak silap ada jugak yang formalin kan daging ni...

SAYUR dan BUAHAN : banyaknya diorang pakai pesticide sampai ibu2 rumah tangga ni bila pergi membeli aduiii cantiknye sayur2 dan buah2an...pilihlah yang berulat itu lebih baik tapi kalau untuk sayur la..kalau buah beli berulat cmne nk makan..huhu...saya pernah beli buah helai...lama tak makan..terlupa...bila teringat nak makan,tengok ehh cantiknya lagi buah ni...kupas je kat dalam hahh da membusuk~sejak tu bila beli buah epal/helai saya akan kupas kulit dan buang,,,tapi selalunya saya lebih gemar beli buah limau sebab dia punye kulit tinggal nak kupas dan buang,isi insyaAllah terjamin...(bila cerita kisah ni kat ayah terus dia kupas semua kulit buah sebelum memakan isinya hehe)

kesimpulan : siapa tau kalau masih wujud makanan yang selamat?kalau beli makanan dah sedia masak kat luar pasti menggunakan MSG...ohh saya tak suka,,,sebab tubuh saya sensitif,,nanti cepat sangat dahaga....dan, junkfood ,fastfood dan macam2 food seumpamanya menggunakan macam2 perasa tambahan dan pewarna....kalau orang yang nak jaga kesihatan macam mana nak hidup kat dunia zaman sekarang?patut lah macam2 penyakit sekarang ni...lepas ni kalau rasa nak ubah generasi bagi hidup sihat kena duduk kat kampung,,bela ayam itik lembu kambing,tanam pokok buah2an, tanam sayur2an sendiri...bestnye....teringin nak buat kerja2 macam ni..hehee...

suka masak!!

baru selesai masak~menu hari ni simple macam biasa : ayam masak kicap + kobis tumis~emm bila la zubi nak balik~malas nak makan bila takde orang kat rumah~zubi pat balik!!! hehehhe XD
bercerita tentang masak,,hurmmm,,,ada tak orang yang tak suka masak?ada ke??sebab saya suka sangat masak,,sebab tu "cumel" sgt~saya tak suka masakan luar..bagi saya masakan saya tetap yang terbaik,kebersihan pun terjaga dan jimat duit....tapi kadang2 teringin jugak makan kat luar bila dah bosan dengan masakan sendiri..hehe...

kalau makan kat kedai2 biasa...sekali makan leh beli sekor ayam..kalau makan kat kedai high standard macam pizza hut,,huhh leh beli 4ekor ayam untuk sekali makan kat situ...patut la mak saya selalu masak..jimat katanya,,sekarang baru saya faham...plus,ayah saya tak suka masakan selain masakan rumah...

nak tekankan..masakan sendiri confirm :

jimat + bersih + sedap (sebab ikut selera kita) + penuh kasih sayang + yg paling penting HALAL (insyaAllah) ..itu kot orang kata nak "ikat" suami dengan air tangan isteri fuhh fuhhhh hehehe~

baby cicak = bycak

sedang menyaksikan adegan seekor baby cicak merangkak di atas lantai bilik sambil berkejar-kejaran dengan nyamuk..mula-mula ingat nak halau tapi bila tengok dia duk seronok makan nyamuk cam happy lak,,,,baca doa sebelum makan ye cik bycak^^ jimat ridsect,,tak perlu sedut chemical malam ni~ada pertolongan dari cik bycak kikiki ...cuma membayangkan bakal terlihat warna2 hitam putih je kat perabot bilik/tingkap,,huhu,,,sebelum ni tak pernah ada cicak,,tapi sebab kat syiling ade celah + saudara cicak yang makin bertambah maka diorang pun nak tumpang bilik...jangan lupa bayar sewa tau ,,,baru adil~

Apr 11, 2011

saudara

tahun ni 5orang saudara akan menikah...2orang pada bulan may ni dan lagi 3orang hujung tahun ni...bestnya,,semua pun teman sepermainan waktu kecil....bulan april tahun depan insyAllah abang muhammad pulak nak menikah...jodoh korang datang dulu....moga bahagia sampai ke syurga....

p/s : kalau la dapat balik msia tengok pernikahan diorang kn best,,,

jerawat tanda stress??

ohh jerawat,,,jerawat nasi je pun,,,tapi dah naik beberapa kat dahi sejak 3hari ni,,adehh....pecah rekod muka licin selama ni T__T cepat la sembuh dari luka,,,,nak licin balik~


Apr 10, 2011

zina 2

namun,,di sebalik kerasnya hukuman Allah, terselit sifat Nya yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang,,Allah menyediakan pintu-pintu taubat buat hamba Nya yang menyedari kesilapan mereka..1-1nya pintu yang akan terbuka seluas2nya sehingga terbitnya matahari di sebelah barat....maka pintu2 taubat ini akan tertutup dan bagi mereka yang masih memikul dosa, menangislah anda sepuas2nya...kerana sudah tiada pertolongan buat anda di kemudian hari....

di sini saya ingin menegaskan....buat yang bergelar manusia...kenapa anda harus berzina?kenapa bila dah ada benih di dalam rahim anda baru sibuk nak menikah?anda memikirkan anda akan bahagia walaupun bernikah?tidak sama sekali...kerana anda akan sentiasa rasa pernikahan anda atas dasar terpaksa dan malu...

bagi mereka yang mampu menikah, menikah lah kalian...jangan ditunggu2 kelak buruk padahnya...kerana setelah dihalaunya iblis dari syurga,dia sudah berjanji pada Allah bahwasanya dia akan menyesatkan anak adam sampai hari kiamat...dan iblis ini sangat licik cara nya..

saya ingin berpesan....

kepada pihak perempaun :
--> permudahkan lah urusan buat pihak lelaki,,janganlah meletak kan harga yang terlalu tinggi,,lebih sedikit itu lebih baik di pandangan Allah...biarlah perkahwinan anda atas dasar inginkan keredhaan Allah..insyaAllah bila Allah dah redha,rezeki selepas nikah akan melimpah ruah tanpa disangka2..kerana bila Allah dah suka anda pasti akan mengecapi kebahagiaan dunia akhirat... islam tak pernah ingin menyusahkan umat nya...dan Allah tidak pernah menyusahkan hambaNya kerana Dia lebih mengetahui kelemahan manusia ini..dan tidak perlulah anda meminta perkahwinan seperti cinderella di dunia,,,simpanlah angan2 anda itu untuk pernikahan di alam syurga yang lebih mewah dari segala nya di dunia ini,,,hidup perlu berkorban untuk dapat yang lebih baik di syurga..insyaAllah...

kepada pihak lelaki :
--> pilihlah wanita itu kerana anak2 mu bukan kerana tuntutan nafsu dunia semata..cari lah wanita yang bakal menjadi ibu terbaik buat anak2mu supaya anak2 mu menjadi orang2 yang berguna,.,kerana anak adalah investment anda untuk hari akhirat kelak,,kenapa Rasul berpesan "pilihlah wanita kerana agamanya"?kerana wanita beragama itu akan memastikan dirinya dan orang2 yang disayanginya masuk syurga bersamanya,,tidakkah anda mahu masuk syurga?dan janganlah terlalu membebankan diri mu dengan soal kewangan,,rezeki itu milik Allah,tidakkah kamu terfikir bila kamu membuat sesuatu dengan niat kerana Allah, Allah akan redha dan memberikan rezeki tanpa kamu sedari??

kepada pihak perempuan dan lelaki :
-->jagalah maruah anda jika menginginkan perkahwinan yang bahagia sehingga ke syurga...tanamkan sifat malu,berakhlak,sabar insyaAllah walau papakedana pun cara anda menikah,bila Allah redha,rezeki tetap akan datang tanpa disangka..kerana rezeki itu milik Allah,,Dia akan beri pada mereka yang Dia inginkan...

kepada pihak ibu dan bapa :
--> permudahkan lah urusan anak2 yang ingin membina masjid...janganlah anda menyekat kerana urusan wang semata..wang boleh dicari tapi maruah tiada galang ganti nya....zaman anda berbeza dengan zaman anak2 anda..zaman sekarang gejala sosial yang semakin menular seperti virus yang tiada ubatnya,video2 porno yang mudah untuk di akses, mempunyai pemimpin negara yang tidak mempraktikkan islam sehingga tidak tegas mendidik rakyat..hotel2 yang murah berlambak..masyarakat yang tidak pernah peduli dan semakin bisa menerima semua ini...istilah girlfriend dan boyfriend..hati2...kerana anak2 yang berbuat dosa kelak akan menuntut anda di akhirat ...naudzubillah minta dijauhkan...


zina 1

lagi-lagi kisah bayi buangan,,kenapa manusia ni??tak takut dengan azab Allah ke???dah zina,buang pulak anak,,,dah tentu berzina,tak pernah dengar la kalo orang elok2 menikah tetiba buang anak kan??nak kata bodoh ke??dah la zina menyakitkan,keseronokan sementara tak kan ke mana lah..melahirkan pun menyakitkan,,lelaki belum tentu akan bertanggungjawab..maruah tergadai...wahai mereka yang bergelar WANITA!!!!!aku memohon seisi syurga buat kalian!!!JAGALAH MARUAH ANDA KERANA IA CUMA DIBERIKAN SEKALI SEUMUR HIDUP!!!!JANGAN SIA2 KAN MARUAH ANDA!!!!!!kalau anda tidak memberi peluang semua ini tidak akan terjadi....tolonglah jaga.....jangan menyesal di kemudian hari....aku memohon sangat,,kasihanilah pada generasi2 anda....dan generasi2 saya,,,janganlah kerana kesalahan kalian, masa depan generasi kita rosak....tahukah kalian???apa akibatnya berzina??dosa besar dan azab Allah,,tidak takutkah kalian??Allah sangat keras hukumanNya,,taubat lah sebelum terlambat....

hidup perlu banyak berkorban,,tapi bukan mengorbankan maruah sendiri...kamu wanita diberi perasaan malu,,,,dan sebaik2 perhiasan wanita itu malu dan akhlak....tidak malu kah kamu???kalau tidak malu dengan Allah,malu lah dengan generasi kamu,,,tidak terfikirkah kamu,,bila anak2 tahu "oh mak aku seorang penzina",,tak malu ke????atau anda rasa bangga??jangan jadi bodoh lah...kalau rasa tak takut dengan Allah,try merasa mini neraka letak tangan atas api dapo tu kalo dah rasa tak takut sangat dengan azab Allah,,,mak aku selalu berpesan,,"maryam kalau rasa nak buat dosa,letaklah tangan atas api,kalau tak tahan,jangan sesekali berani buat dosa",,,,ye,mungkin penzina2 ni xdapat perhatian dan kasih sayang keluarga sampai terbuai dengan janji2 laki jongos sampai terrrlanjur,,kononnye terlanjur,merasakan nikmat sementara maka anda meeelanjurkan diri lagi dan lagi sehinggalah terbentuk benih di dalam rahim anda hasil dari perbuatan haram anda...semua bermula dari 1titik,membentuk cycle,,cycle akan sentiase berputar sampai ada 1generasi yang inginkan perubahan ke arah kebaikan dan keluar dari jahiliah kehidupan....tapi sebelum capai ke generasi itu,tidakkah kamu memikirkan dosa2 yang bakal ditanggung???dosa ibarat mainan MLM....kamu sebagai orang dipuncak piramid,siapa yang menjadikan anda contoh hidupnya kelak anda juga akan dapat "bonus" dari kesalahan anda sendiri.....


Allah berfirman dalam surah Al-Ishak ayat 32 yang bermaksud :
"Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat"

sememangnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan kotor sehinggakan Allah memerintahkan mereka yang berzina mestilah dihukum dengan 100sebatan sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat ke2 yang bermaksud :

"perempuan-perempuan dan laki-laki yang berzina hendaklah keduanya di dera (sebat) dengan masing2 100 deraan (sebatan) dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk menjalankan agama (hukum) Allah,jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian....."

dari sini kita nampak betapa kerasnya hukuman Allah...tak dapat kat dunia,jangan lupa,kat akhirat lebih teruk balasan jika tidak dapat balasan di dunia....masih seronok dengan perbuatan keji itu???

Apr 4, 2011

countdown

countdown,,,lagi
24jam nak exam
24jam
uhhhhhhhhh (mulut berbuih)
p/s : ibu mesej kata abang Muhammad nak tunang akhir april nih~nak balik nak balik~
p/s 2 : tanam azam baru,,kahwin lagi 10tahun~