Jan 28, 2011

ya Allah,,,senior meninggal,,,



baru dapat berita sedih sebentar tadi,,

‎[PKPMI Padang] Kami PKPMI Pusat baru sahaja mendapat berita daripada YDP PKPMI Padang, Mohd Ekhwan,mengatakan seorang pelajar Malaysia berbangsa India Yagneswaran S. Subramaniam tahun 2005 baru sahaja meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya, mendiang menaiki motor ketika itu, JPMI dan PKPMI Padang sedang menguruskan proses penghantaran mahasiswa, takziah kami ucapkan


ya Allah,,matikanlah ku dan seluruh orang beriman baik yang masih hidup mau pun yang telah bertemu dengan Mu dalam keadaan sempurna iman,,,,,dari Mu kami datang dan kepada Mu kami dikembalikan....

================================================

UPDATE

tadi sekitar jam 4pm selepas asar gi kat bahagian forensic..ramai student malaysia dan kenalan2 indonesia..masing2 mata bengkak....maryam gi masuk bilik dan jumpa dengan mendiang...ingatkan xteruk mana...rupa2nya . . . . . . . .
badan mendiang perfect...cuma kepala dia seolah2 terhentak dengan kelajuan yang sangat tinggi pada benda yang tajam..

selepas itu,kami ke tempat kejadian dan ada adik sorang ni semangat tanya pekerja2 kedai yang membantu masa kejadian...diorang kata cerita dia macam ni...

2motor berlanggar...yang bawak motor ni mendiang dan pemboncengnya adalah seorang warga tempatan...pembonceng terselamat, juga, orang yang bawak motor lagi 1 pun selamat...nak kata ajal...orang yang datang tolong kata masa tu mendiang nampak masih bernyawa...tiba2 darah banyak keluar...5minit lepas tu nampak mendiang kejang2....sakaratulmaut...

apa2 pun,, cerita detail,kena tunggu hasil autopsy...

actually,,ni kes pertama membabitkan student malaysia meninggal di PADANG...memandangkan selepas gempa 2009 dulu dari 300++ student malaysia dah jadi 102 orang so terasa kehilangan besar kali ni....bukan meninggal sebab gempa....tapi sebab kemalangan....mendiang ni batch yang dah hampir nak grad....rezeki dia sampai hari ni je....

tadi mendiang di autopsy oleh sahabat2 se batch dengan dia....pasti sahabat2 mendiang akan ingat peristiwa ni sampai ke anak cucu cicit mereka.....


================================================

LATEST UPDATE 29 Jan

jenazah di bawa ke dewan fakulti pada jam3-6pm WIB,,,sekitar jam4.15 kedengaran bunyi siren kereta polis yang mengiringi kereta ahli keluarga mendiang menandakan mereka dah nak sampai ke fakulti,,,

kereta menuju ke pintu dewan,,si ayah keluar,,,dan semua yg di dewan mengiringi si ayah masuk,,,sampai je di keranda anaknya, si ayah berkata "anak ku, ayah dah sampai,,bukak la mata,,ayah dah sampai ni" n after that he cried,,,suasana memang pilu....semua yang melihat mengalirkan air mata....seorang anak pergi setelah hampir 24tahun dibesarkan dan hampir grad tahun ni...


p/s : dapat tau dari sorang kakak yang rapat dengan mendiang "2hari sebelum kejadian, dia dan mendiang keluar makan,,,mendiang nak sangat belanja,,time makan,,mendiang nampak agak stress,,dia kata dia nak pergi jauh dari sini,tapi tak dapat balik malaysia ",,,

dengan kawan2 yang rapat dengan dia pun,,dia semangat nak belanja,,,its a sign...bak kata kawan saya "his soul knows that he is going but his physical doesn't know it"...



di depan dewan fakulti


menunggu ketibaan ayah mendiang

pasport mendiang+segala urusan surat dari pihak polis dll

memberi penghormatan terakhir

jenazah di bawa keluar

dan di sinilah kejadian tragis tu berlaku...selepas kejadian,,darah di jalan ditutupi dengan tanah seperti dalam bulatan....

mendiang akan dihantar pulang ke malaysia pagi esok,,,selamat tinggal abang yagnes :'(


Jan 27, 2011

malaikat maut datang menjemput



SEDIHHHHHH!!!!!!!
tak tau la nak kata kucing jantan tu jahat atau memang itu kebiasaan mereka....
anak kucing yang baru berusia tak sampai 2minggu kena makan sekor n lagi 2ekor dibunuh di dalam rumah kotak mereka....dah kali ke2 jadi camni,,,..rasanya time kejadian tu kitorang gi class...around jam12pm....innalillahiwainnailaihiroji'un....tengok muke baby kucing tu tenang je,,,takpe lah,,dunia ni tak best pun untuk korang diami,,,kalau yang betina asyik bunting pelamin tak pun kena keja dek jantan 3-4ekor sekali,,(uhhh ngeri kalo dunia manusia camtu),,kalau yang jantan pula asyik berebut/gaduh sampai luka2 untuk dapatkan territory mereka,,,untuk manusia pun tak best juga,,,rasa cam penjara,,nasib baik ada nikmat iman & islam kalau tak hidup takde hala tuju,,,bila la nak masuk syurga,,,,ramai bidadara bidadari nak datang layan~hehehe~berangan dah~dah dah gi study nuh~ni gambar terakhir mereka yang di ambil beberapa hari lepas sewaktu bulan mengambang penuh~



~rest in peace~love u budak2 cumel~

baru je kacau salah sekor semalam~terbayang2 mereka yang dah besar n nakal...nampaknya hajat tak kesampaian...patutnya xperlu ikut mak diorang yang tak nak bagi mrym tutup pintu kotak dari kucing lain mudah masuk....takde dah tugasan ganti cadar rumah korang pasni,,,,

Jan 26, 2011

~cara2 buat piza ala maryam~piza tuna nyummmy ~

sebetulnya azam nak buat piza ni selepas exam,,memandangkan demam exam dah datang so terpakse recover dengan buat piza (hehe alasan je),,,,ok,,,buatnye senang + simple je :) sukatan ni agak2 je :)

PIZZA TOPPING TUNA
bahan2 utk dough pizza :

tepung gandum (dalam 400gr)
yeast 1/2 sachet
air suam2 panas (secukupnya)
minyak masak (1-2sudu)
garam
gula


topping :

tuna flakes 1tin
jagung del monte
mayonis
coleslaw dressing

caranya :

1. campurkan bahan2 untuk buat dough piza dan start menguli,,,air dalam segelas pun da ckup,,tak perlu banyak,,,uli sampai rasa dah cukup gebu dough (note : sambil uli sambil tambah tepung sedikit demi sedikit sampai dough tak nak melekat dah dengan lebihan tepung yang ditambah)

2.rendam bekas yang ade dough ke dalam periuk yang ada air suam2 panas kemudian cover atas bekas dough dengan kain basah (note : yeast hanya akan bertindak balas dengan suasana yang lembab dan hangat)

3. hasilnya seperti di bawah

4. kemudian,,hiris bawang kecik 3 biji n 1ulas bawang putih,,tumis,,, masukkan tuna flakes + sedikit garam (note : bawang putih sikit je takut rasa bawang putih lak piza tu,,)
,,bagi yang tak kisah, xnak tumis pun takpe,,ni khas buat housemate maryam yang tak suka makan benda yang kurang masak,,hehe,,

5. balik kepada dough tadi,,,lepas da tengok dough gebu,,uli lagi sedikit sampai rasa cantik n start penyek2 kan dia atas tempat yang nak di masukkan dalam oven/microwave,,(note : tolong jangan pakai bekas dari sebarang unsur besi untuk dimasukkan dalam microwave kalau xnak dapat kejutan jiwa)

6. masukkan dalam microwave selama 5-10minit tergantung suhu yang telah di set,,,
(note : ni sekadar untuk bagi dough masak tapi jangan lama sangat takut keras,,,kalau nk tau dalam dah masak,cucuk dengan pisau,,kalau xde yang melekat kat pisau tu dah masak la tu dough nye)

7. kemudian sapu mayonis kat atas dough yg dah masak tadi

8. tabur tuna yang dah ditumis + jagung

9. last sekali letak coleslaw dressing di atas :)

10. masukkan dalam microwave dalam 5-10minit lagi~gambar kat bawah ni before dimasukkan dlm microwave kali ke2,,,plz jangan tanya kenapa warna dia macam tu >.<

simple je kan~kalau penerangan kurang jelas mohon maaf banyak2 ^^ kebetulan ni je bahan2 yang ada dalam stok~atas cita rasa masing2 nak guna topping apa :)
ni pun 2nd try buat piza selepas mak ajar dulu~nasib baik puas hati~yang 1st try silap pakai cheese,,,akhirnye roti keras + masin,,,hehehe ~^^~ harap lepas ni piza yang dibuat makin cun~

Jan 22, 2011

55,555 alhamdulillah =)

alhamdulillah tanpa di sangka semalam sekitar jam4.30pm saya antara mereka yang "bertuah" menjadi pengunjung ke 55,555 di contest "55,555" yang di anjurkan oleh blog Nurazzah8 sebulan yang lalu,,

nak dijadikan cerita,,,pada permulaan saya tidak terlalu mengambil kisah mengenai contest ni sebab bukan senang nak dapat....plus,setiap hari saya akan sentiasa update perkembangan beberapa blog pilihan saya termasuk blog Nurazzah8 ini,,,,tapi angin semangat datang tiba2 datang malam Jumaat yang lalu,,mungkin dah rezeki saya kot,,hehe,,,malam tu before tidur dah di angka 55,499,,dalam fikiran saya "ehhh ada lagi 6orang la",,start dari situ angin semangat saya datang tapi agak hampa sebab kemungkinan bukan saya lah orang yang bertuah tu (note : saya terlupa angka 55,555 bukan 55,505),,,keesokan pagi nya baru sedar "baru angka 55,509+",,,jadi semangat tu datang lagi sekali,,,ternyata,sekitar jam4pm, dah di angka 55,550...bermakna ada lagi 5 ni,,,kebetulan time tu baru bangun tidur...jadi solat asar la kejap,,,sepanjang solat asar hati berdebar,,,,try khusyuk tapi tetap berdebar...selesai je baca doa (ada jugak la doa mintak menang hehehe),terus bukak blog ni....ternyata di angka 55,554...frustttttt....time tu saya berkejar ke bilik housemate (pada hal jarak 2meter je pun dr bilik saya),saya ketuk pintu bilik dia cam nak roboh (terima kasih zubi sebab sudi bukak),,dia dengan sangat confuse tanye "kenapa ni maryam?ok ke?"~"nak pinjam laptop jap "~malangnya kami pakai internet yang sama jadi tetap angka 55,554 yang muncul di laptop housemate...jadi saya pasrah jela....saya masuk ke bilik saya kembali dan try bukak blog tu lagi sekali,,,TIBA-TIBA,,,,,




time ni saya bersorak bukan main hebat lagi sampai kawan indo yang tumpang toilet time tu tercengang~housemate gelak je tengok gelagat saya time tu,,heheh~rasanya kalau record video time tu saya pun malu nak tunjuk kat anak2 saya nanti,,,astaghfirullahaladzhim,,x ingat dunia betul XD

tidak lama selepas itu time baca entry2 lain,,keluar angka 55,556 (bermakna saya dah bolot angka 55,554-55,556),,,(tamaknye maryam hehe)~maybe time ni bloggers lain masih di tempat kerja jadi boleh amek sorang2 XD (saya sebenarnye sampai sekarang xfaham macam mana sitemeter tu berfungsi),,,

ceritanya tidak berhenti setakat tu,,selepas dapat angka ni,,actually saya tidak bercadang untuk email kepada pihak penganjur,,,rasa serba salah,,,tak tahu la kenapa..tapi setelah diberi dorongan dr housemate dan si dia dengan kata2 dorongan "cepat2 hantar nanti ada orang lain claim pulak",,,saya pun jadi tak tentu arah,,,sebab tu agak lambat sikit hantar sekitar 3jam selepas tu =)

buat aunty Nurazzah : terima kasih sebab menganjurkan contest secomel ini (comel bagi maryam) sampai semua orang berlumba2 nak dapatkan angka tu,,,terasa seperti kembali ke zaman sekolah time cikgu buat kuiz n masing2 berlumba2 nak jawab untuk dapatkan hadiah...hehee,,terkejut juga aunty buat entry tu siap letak blog mrym,,,segan,,,,tapi apa2 pun,alhamdulillah =)
hadiah anytime pun xpe =) mrym balik insyaAllah around bulan 4 atau 5~

!!TAHNIAH!!