Jan 28, 2011

ya Allah,,,senior meninggal,,,



baru dapat berita sedih sebentar tadi,,

‎[PKPMI Padang] Kami PKPMI Pusat baru sahaja mendapat berita daripada YDP PKPMI Padang, Mohd Ekhwan,mengatakan seorang pelajar Malaysia berbangsa India Yagneswaran S. Subramaniam tahun 2005 baru sahaja meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya, mendiang menaiki motor ketika itu, JPMI dan PKPMI Padang sedang menguruskan proses penghantaran mahasiswa, takziah kami ucapkan


ya Allah,,matikanlah ku dan seluruh orang beriman baik yang masih hidup mau pun yang telah bertemu dengan Mu dalam keadaan sempurna iman,,,,,dari Mu kami datang dan kepada Mu kami dikembalikan....

================================================

UPDATE

tadi sekitar jam 4pm selepas asar gi kat bahagian forensic..ramai student malaysia dan kenalan2 indonesia..masing2 mata bengkak....maryam gi masuk bilik dan jumpa dengan mendiang...ingatkan xteruk mana...rupa2nya . . . . . . . .
badan mendiang perfect...cuma kepala dia seolah2 terhentak dengan kelajuan yang sangat tinggi pada benda yang tajam..

selepas itu,kami ke tempat kejadian dan ada adik sorang ni semangat tanya pekerja2 kedai yang membantu masa kejadian...diorang kata cerita dia macam ni...

2motor berlanggar...yang bawak motor ni mendiang dan pemboncengnya adalah seorang warga tempatan...pembonceng terselamat, juga, orang yang bawak motor lagi 1 pun selamat...nak kata ajal...orang yang datang tolong kata masa tu mendiang nampak masih bernyawa...tiba2 darah banyak keluar...5minit lepas tu nampak mendiang kejang2....sakaratulmaut...

apa2 pun,, cerita detail,kena tunggu hasil autopsy...

actually,,ni kes pertama membabitkan student malaysia meninggal di PADANG...memandangkan selepas gempa 2009 dulu dari 300++ student malaysia dah jadi 102 orang so terasa kehilangan besar kali ni....bukan meninggal sebab gempa....tapi sebab kemalangan....mendiang ni batch yang dah hampir nak grad....rezeki dia sampai hari ni je....

tadi mendiang di autopsy oleh sahabat2 se batch dengan dia....pasti sahabat2 mendiang akan ingat peristiwa ni sampai ke anak cucu cicit mereka.....


================================================

LATEST UPDATE 29 Jan

jenazah di bawa ke dewan fakulti pada jam3-6pm WIB,,,sekitar jam4.15 kedengaran bunyi siren kereta polis yang mengiringi kereta ahli keluarga mendiang menandakan mereka dah nak sampai ke fakulti,,,

kereta menuju ke pintu dewan,,si ayah keluar,,,dan semua yg di dewan mengiringi si ayah masuk,,,sampai je di keranda anaknya, si ayah berkata "anak ku, ayah dah sampai,,bukak la mata,,ayah dah sampai ni" n after that he cried,,,suasana memang pilu....semua yang melihat mengalirkan air mata....seorang anak pergi setelah hampir 24tahun dibesarkan dan hampir grad tahun ni...


p/s : dapat tau dari sorang kakak yang rapat dengan mendiang "2hari sebelum kejadian, dia dan mendiang keluar makan,,,mendiang nak sangat belanja,,time makan,,mendiang nampak agak stress,,dia kata dia nak pergi jauh dari sini,tapi tak dapat balik malaysia ",,,

dengan kawan2 yang rapat dengan dia pun,,dia semangat nak belanja,,,its a sign...bak kata kawan saya "his soul knows that he is going but his physical doesn't know it"...



di depan dewan fakulti


menunggu ketibaan ayah mendiang

pasport mendiang+segala urusan surat dari pihak polis dll

memberi penghormatan terakhir

jenazah di bawa keluar

dan di sinilah kejadian tragis tu berlaku...selepas kejadian,,darah di jalan ditutupi dengan tanah seperti dalam bulatan....

mendiang akan dihantar pulang ke malaysia pagi esok,,,selamat tinggal abang yagnes :'(


Jan 27, 2011

malaikat maut datang menjemput



SEDIHHHHHH!!!!!!!
tak tau la nak kata kucing jantan tu jahat atau memang itu kebiasaan mereka....
anak kucing yang baru berusia tak sampai 2minggu kena makan sekor n lagi 2ekor dibunuh di dalam rumah kotak mereka....dah kali ke2 jadi camni,,,..rasanya time kejadian tu kitorang gi class...around jam12pm....innalillahiwainnailaihiroji'un....tengok muke baby kucing tu tenang je,,,takpe lah,,dunia ni tak best pun untuk korang diami,,,kalau yang betina asyik bunting pelamin tak pun kena keja dek jantan 3-4ekor sekali,,(uhhh ngeri kalo dunia manusia camtu),,kalau yang jantan pula asyik berebut/gaduh sampai luka2 untuk dapatkan territory mereka,,,untuk manusia pun tak best juga,,,rasa cam penjara,,nasib baik ada nikmat iman & islam kalau tak hidup takde hala tuju,,,bila la nak masuk syurga,,,,ramai bidadara bidadari nak datang layan~hehehe~berangan dah~dah dah gi study nuh~ni gambar terakhir mereka yang di ambil beberapa hari lepas sewaktu bulan mengambang penuh~



~rest in peace~love u budak2 cumel~

baru je kacau salah sekor semalam~terbayang2 mereka yang dah besar n nakal...nampaknya hajat tak kesampaian...patutnya xperlu ikut mak diorang yang tak nak bagi mrym tutup pintu kotak dari kucing lain mudah masuk....takde dah tugasan ganti cadar rumah korang pasni,,,,

Jan 26, 2011

~cara2 buat piza ala maryam~piza tuna nyummmy ~

sebetulnya azam nak buat piza ni selepas exam,,memandangkan demam exam dah datang so terpakse recover dengan buat piza (hehe alasan je),,,,ok,,,buatnye senang + simple je :) sukatan ni agak2 je :)

PIZZA TOPPING TUNA
bahan2 utk dough pizza :

tepung gandum (dalam 400gr)
yeast 1/2 sachet
air suam2 panas (secukupnya)
minyak masak (1-2sudu)
garam
gula


topping :

tuna flakes 1tin
jagung del monte
mayonis
coleslaw dressing

caranya :

1. campurkan bahan2 untuk buat dough piza dan start menguli,,,air dalam segelas pun da ckup,,tak perlu banyak,,,uli sampai rasa dah cukup gebu dough (note : sambil uli sambil tambah tepung sedikit demi sedikit sampai dough tak nak melekat dah dengan lebihan tepung yang ditambah)

2.rendam bekas yang ade dough ke dalam periuk yang ada air suam2 panas kemudian cover atas bekas dough dengan kain basah (note : yeast hanya akan bertindak balas dengan suasana yang lembab dan hangat)

3. hasilnya seperti di bawah

4. kemudian,,hiris bawang kecik 3 biji n 1ulas bawang putih,,tumis,,, masukkan tuna flakes + sedikit garam (note : bawang putih sikit je takut rasa bawang putih lak piza tu,,)
,,bagi yang tak kisah, xnak tumis pun takpe,,ni khas buat housemate maryam yang tak suka makan benda yang kurang masak,,hehe,,

5. balik kepada dough tadi,,,lepas da tengok dough gebu,,uli lagi sedikit sampai rasa cantik n start penyek2 kan dia atas tempat yang nak di masukkan dalam oven/microwave,,(note : tolong jangan pakai bekas dari sebarang unsur besi untuk dimasukkan dalam microwave kalau xnak dapat kejutan jiwa)

6. masukkan dalam microwave selama 5-10minit tergantung suhu yang telah di set,,,
(note : ni sekadar untuk bagi dough masak tapi jangan lama sangat takut keras,,,kalau nk tau dalam dah masak,cucuk dengan pisau,,kalau xde yang melekat kat pisau tu dah masak la tu dough nye)

7. kemudian sapu mayonis kat atas dough yg dah masak tadi

8. tabur tuna yang dah ditumis + jagung

9. last sekali letak coleslaw dressing di atas :)

10. masukkan dalam microwave dalam 5-10minit lagi~gambar kat bawah ni before dimasukkan dlm microwave kali ke2,,,plz jangan tanya kenapa warna dia macam tu >.<

simple je kan~kalau penerangan kurang jelas mohon maaf banyak2 ^^ kebetulan ni je bahan2 yang ada dalam stok~atas cita rasa masing2 nak guna topping apa :)
ni pun 2nd try buat piza selepas mak ajar dulu~nasib baik puas hati~yang 1st try silap pakai cheese,,,akhirnye roti keras + masin,,,hehehe ~^^~ harap lepas ni piza yang dibuat makin cun~

Jan 22, 2011

55,555 alhamdulillah =)

alhamdulillah tanpa di sangka semalam sekitar jam4.30pm saya antara mereka yang "bertuah" menjadi pengunjung ke 55,555 di contest "55,555" yang di anjurkan oleh blog Nurazzah8 sebulan yang lalu,,

nak dijadikan cerita,,,pada permulaan saya tidak terlalu mengambil kisah mengenai contest ni sebab bukan senang nak dapat....plus,setiap hari saya akan sentiasa update perkembangan beberapa blog pilihan saya termasuk blog Nurazzah8 ini,,,,tapi angin semangat datang tiba2 datang malam Jumaat yang lalu,,mungkin dah rezeki saya kot,,hehe,,,malam tu before tidur dah di angka 55,499,,dalam fikiran saya "ehhh ada lagi 6orang la",,start dari situ angin semangat saya datang tapi agak hampa sebab kemungkinan bukan saya lah orang yang bertuah tu (note : saya terlupa angka 55,555 bukan 55,505),,,keesokan pagi nya baru sedar "baru angka 55,509+",,,jadi semangat tu datang lagi sekali,,,ternyata,sekitar jam4pm, dah di angka 55,550...bermakna ada lagi 5 ni,,,kebetulan time tu baru bangun tidur...jadi solat asar la kejap,,,sepanjang solat asar hati berdebar,,,,try khusyuk tapi tetap berdebar...selesai je baca doa (ada jugak la doa mintak menang hehehe),terus bukak blog ni....ternyata di angka 55,554...frustttttt....time tu saya berkejar ke bilik housemate (pada hal jarak 2meter je pun dr bilik saya),saya ketuk pintu bilik dia cam nak roboh (terima kasih zubi sebab sudi bukak),,dia dengan sangat confuse tanye "kenapa ni maryam?ok ke?"~"nak pinjam laptop jap "~malangnya kami pakai internet yang sama jadi tetap angka 55,554 yang muncul di laptop housemate...jadi saya pasrah jela....saya masuk ke bilik saya kembali dan try bukak blog tu lagi sekali,,,TIBA-TIBA,,,,,




time ni saya bersorak bukan main hebat lagi sampai kawan indo yang tumpang toilet time tu tercengang~housemate gelak je tengok gelagat saya time tu,,heheh~rasanya kalau record video time tu saya pun malu nak tunjuk kat anak2 saya nanti,,,astaghfirullahaladzhim,,x ingat dunia betul XD

tidak lama selepas itu time baca entry2 lain,,keluar angka 55,556 (bermakna saya dah bolot angka 55,554-55,556),,,(tamaknye maryam hehe)~maybe time ni bloggers lain masih di tempat kerja jadi boleh amek sorang2 XD (saya sebenarnye sampai sekarang xfaham macam mana sitemeter tu berfungsi),,,

ceritanya tidak berhenti setakat tu,,selepas dapat angka ni,,actually saya tidak bercadang untuk email kepada pihak penganjur,,,rasa serba salah,,,tak tahu la kenapa..tapi setelah diberi dorongan dr housemate dan si dia dengan kata2 dorongan "cepat2 hantar nanti ada orang lain claim pulak",,,saya pun jadi tak tentu arah,,,sebab tu agak lambat sikit hantar sekitar 3jam selepas tu =)

buat aunty Nurazzah : terima kasih sebab menganjurkan contest secomel ini (comel bagi maryam) sampai semua orang berlumba2 nak dapatkan angka tu,,,terasa seperti kembali ke zaman sekolah time cikgu buat kuiz n masing2 berlumba2 nak jawab untuk dapatkan hadiah...hehee,,terkejut juga aunty buat entry tu siap letak blog mrym,,,segan,,,,tapi apa2 pun,alhamdulillah =)
hadiah anytime pun xpe =) mrym balik insyaAllah around bulan 4 atau 5~

!!TAHNIAH!!

Jan 21, 2011

MaTang berfikir -sama/xsama dengan- Matang berKata2?

selepas membaca entri "Matangkah kita?" dari blog adik ni,,tiba2 rasa terkena pada batang hidung sendiri,,,sejak tinggal di indonesia,,bahasa melayu rasanya semakin merosot,,,kalau cakap pun da tak jumpe kata2 yang sesuai,,,last2 bila menulis,bahasa kembali ke zaman kanak2,,,ada je penggunaan bahasa indo tapi dimelayukan,,,,sampaikan bila nak tulis kat blog ni selalu menghadapi masalah "ehh betul ke ayat ni?", "rasa cam xsesuai tapi ayat apa yang selalu digunakan?",,, suatu hari nanti bile dah kembali ke tanah air, saya pasti ramai bekas pelajar malaysia di indo akan xdapat buang perkataan "pokoknya", dan penggunaan "bergantung" menjadi "tergantung",,,sebab itu yang menjadi masalah kami semua di sini bila balik malaysia termasuk sahabat2 yang dah melanjutkan pelajaran di malaysia setelah gempa tahun 2009 yang lalu =)




sedikit printscreen dari blog adik ni =)



p/s : rasanya kalau saya duduki exam spm bahasa melayu boleh kot dapat paling tinggi C+,hehehe,,

!!KuCing iDaMaN!!


xtahan bila tengok kucing secomel ni...mungkinkah saya bakal memelihara kucing sendiri?atau sekadar memelihara kucing liar belakang rumah?but seriously,,,kucing2 sangaaattt comelll!!!!!!terutama bila tidur diorang diganggu,,hehe =)








Jan 20, 2011

ini saya kah? =)


Rasanya semua orang pun tau game kat facebook kebelakangan ni...game dia macam ni,,

"Lets play a game. Inbox me any number between 1 and 10000 and I'll make my status your number and what I think about you. Then check my profile, search for the number u've given to me. Fun thing is, only you and me know what your number is. Post this as your status. :D"

ni antara feedback yang saya dapat dari kawan2 facebook saya =)


dan


entri ni khas untuk mereka yang nak kenal diri saya =)

~DeRma DaRaH~

alhamdulillah hari ni selamat menderma darah sebanyak 350cc dalam 11minit,,


syurga darah


sekitar 3minit setelah transfusi darah berjalan,,ada adik junior nak ambil darah n berbaring di katil sebelah...rasa nak berlumba tengok siapa lebih cepat siap transfusi darah....yang peliknya selepas nurse tu cabut kan jarum dari lengan saya,terus dia cabut jarum dari lengan adik tu juga...rasa cam tak puas hati kenapa adik tu cepat sangat,,kepoh jap bawah tenda tu hehehe,,,nurse cuma tersenyum tengok gelagat kitorang....tapi malangnya,,,selepas adik tu berdiri,dia terus terduduk balik,,muka pucat,kesedaran agak menurun,,,,nasib baik tak pengsan...dan tiba2 saya bersyukur sebab darah mengalir tak secepat adik tu...maybe coz adik tu stress kesakitan kot + takde kawan2 datang bagi semangat...so aliran darah jadi lebih laju bermakna darah yang keluar pun laju=badan tak sempat kompensasi sedikit demi sedikit untuk mendapatkan oksigen...terima kasih kepada housemate,zubaidah begum dan abang mohan yang berada di sisi di saat saya tak sangka memerlukan mereka pada waktu tu ^^

"biar lambat, asalkan terjamin kuat"



beg darah "pertama" dan insyaAllah bakal menyusul lagi =)

hepi dapat derma darah sebab x ramai golongan darah AB dapat membantu mereka yang memerlukan darah AB =)

terima kasih juga untuk kak rina yang bagi semangat mengatakan darah AB sangat diperlukan di hospital ~^^~ kalo saya darah jenis O kemungkinan besar x derma dah sebab ramai penderma di kalangan darah O =)

Jan 19, 2011

~Emmm nyummy~


hari ni masak ni, nyumm nyuummm ~sekian XD


kacang panjang + kobis tumis dengan pedal+hati ayam


ikan masak lemak


tengok gambar ni rasa meleleh air liur

pada hal masakan biasa je pon ~^^~

~Tahun Baru, LaYouT BaRu~

actually awalnya saja je main2 dengan template,,,kononnya ikut la tutorial yang terjumpa kat youtube tentang macam mana nak buat skin to template sebab tengok template complete yang tersedia kat beberapa website tak cun,,,berjam-jam search takde yang berkenan di hati,,,dah sangat confident ikut tutorial tu akhirnya template lama da rosak...walaupun save kat notepad tapi dia cam cacat,,,dengan hati kecewa pakai je template classic....tengah pinda2 blog tetibe jumpa "template designer",,,main punya main n TADAA!! inilah hasilnya~cukup la untuk buat saya puas hati walaupun takde la cun mana hehee =) sampai sanggup berjaga malam nak bagi hati puas dengan template baru~harap yang membaca tak sakit mata dengan warna2 ni~tahun baru,layout baru~say Hi to my new LAYOUT~




Jan 16, 2011

2011??omg...

selepas post entri Bantulah Adik Ini,,baru sedar dah hampir 2minggu setengah berada di alam 2011...disebabkan agak busy akhir dec 2010 dan awal jan 2011 jadi terlupa nak buat ucapan kat sini~(pada hal kat muka buku dah habis semangat new year dia)~hehe~ingin mengucapkan selamat memasuki tahun 2011!! mudah-mudahan tahun baru disertai azam baru untuk menjadi seorang manusia dan hamba yang berguna buat dunia dan Tuan nya....ameen =)

TOLONGLAH BANTU ADIK INI...

Dan jika ada kebajikan (sekecil zarah), niscaya Allah akan melipatgandakannya dan memberi pahala yang besar dari sisi-Nya (An Nisa’ : 40).

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki (Al Baqarah :261)


baru selesai baca blog seseorang dan terjumpa entri ni ...


isinya

Assalamualaikum...

Aku sekadar ingin berkongsi penderitaan yang dialami oleh insan malang ni. Diharapkan agar ada di antara pembaca/bloggers yang bersimpati dan sudi membantu menghulurkan sumbangan. Hari ni hari dia, hari kita belum pasti apa yang bakal terjadi. Semoga adik ini sabar dan tabah dalam menghadapi segala dugaan dari Allah ini..

Aku tempekkan apa yang telah di-tag oleh kawan aku kat fb.. Sebar-sebarkanlah sambil menderma..

Diambil dari forum.

"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.

Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman .Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.









Di sini saya sertakan nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.

No akaun: 162030632448 Maybank

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.


Hulurkan tangan, ringankan beban. Jangan jadikan kenaikan harga barang sebagai alasan untuk melarikan diri dari menderma. Dermalah dengan seikhlas-ikhlasnya. Insyaallah, Allah akan membalas setiap sen yang kita sumbangkan itu..

__________________________________________________________________________________

To 3rd Party Account Number:162030632448
Account Holder Name:MARYUNI BINTI MISKON
Effective date:Today
Status: Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]
Reference number: 1460944222
Transaction date: 16 Jan 2011
Transaction time: 22:16:07

--> maksudnya?